Tips Untuk Membuat Pinjaman Kenderaan
Bukan semua orang rajin nak bertanya kenapa permohonan pinjaman kereta ditolak. Oleh itu, saya usahakan untuk memberikan sedikit tips serta panduan menerusi blog saya ini. Ia mungkin tidak tepat 100 peratus kerana ada banyak sebab sebenarnya untuk sesebuah bank menolak permohonan pinjaman kenderaan yang anda buat.Nak tahu tak?
Ok. Dalam industri jual beli kereta, jika pembelian dibuat secara pinjaman, bermakna ia akan melibatkan tiga pihak, iaitu diri anda sebagai pembeli, syarikat anda membeli kereta atau pengeluar dan juga syarikat kewangan yang memberikan wang pinjaman.
Jika anda beli tunai, memang kurang sikit masalah. Tetapi, berapa kerat je la yang boleh beli kereta sendiri dengan tunai ni. Kebanyakan orang seperti saya dan anda, pasti akan memohon bantuan pinjaman agar dapat memiliki kenderaan sendiri.
Ketahui 6 Sebab Permohonan Pinjaman Kenderaan Ditolak Bank
Justeru itu, pembeli akan memohon pinjaman daripada syarikat kewangan untuk membiayaai kewangan untuk membeli kenderaan tersebut. Walaubagaimanapun, tidak semua pembeli layak untuk memohon pinjaman, kerana syarikat kewangan akan terlalu berhati-hati dalam memberikan pinjaman, dan kepada mereka yang benar-benar layak sahaja.Berikut adalah sebahagian dari alasan dan sebab kenapa pinjaman kenderaan anda ditolak:
Umur
Kebanyakan bank, menetapkan umur pemohon sekitar 23 tahun ke atas berdasarkan tarikh lahir. Hanya beberapa bank sahaja yang masih membenarkan umur 22 tahun ke atas. Dan saya dapat tahu, hanya Bank Islam sahaja boleh memohon jika umur pemohon tersebut 19 tahun ke atas dengan syarat ianya dilakukan menerusi skim graduan.Umur terlalu berusia 55 tahun ke atas juga menjadi penyebab pinjaman ditolak.
[Dah Baca?] Panduan dan Tips Membeli Kereta Sendiri
Track Record atau Rekod Hutang Lampau
Untuk kes sebegini, selalunya pemohon tidak mempunyai sejarah hutang seperti kad kredit, pinjaman peribadi, pinjaman perumahan, pinjaman kenderaan dan lain-lain pinjaman yang melibatkan bank. Selalunya mereka yang berumur 28 tahun ke atas dan masih tidak mempunyai rekod lampau berkaitan hutang atau kredit akan ditolak.Untuk mereka yang di bawah 28 tahun masih boleh dipertimbangkan oleh bank dengan merujuk beberapa factor.
Gaji Minima
Ini adalah alasan yang paling kerap terjadi kepada pelanggan. Ramai pemohon gagal pada bahagian ini. Apabila jumlah gaji minima tidak begitu 'ada' untuk dilihat sebagai satu kemampuan membayar balik pinjaman, maka pasti bank tidak akan ambil risiko untuk luluskan pinjaman kenderaan anda.Ada had minima ditetapkan bagi setiap bank. Dan setiap bank pula menetapkan had minima yang berlainan untuk gaji minima ini.
Contohnya:
- Maybank – RM 2,500 ke atas
- AmBank – RM 3,000 ke atas
- Public Bank – RM 2,500 ke atas
- BSN – RM 2,000 ke atas
Status Jawatan
Tahukah anda, jika status jawatan anda adalah secara kontrak atau sambilan, maka ia merupakan status jawatan yang paling kiritikal bagi pihak bank. Malah, ia menjadi satu keputusan yang sukar untuk sesebuah bank memberikan pinjaman kenderaan.Selalunya, bank hanya memandang kepada pemohon yang bersatus jawatan tetap sahaja. Akan tetapi, status kontrak kerajaan boleh dipertimbangkan mengikut faktor tertentu.
Malah, ketika saya memohon pinjaman kenderaan ketika bekerja sebagai penyelidik USM (kontrak); permohonan pinjaman kenderaan saya mudah diluluskan, disebabkan oleh track record hutang lampau yang baik serta gaji minima jawatan saya yang agak tinggi.
Faktor Halangan
Zaman sekarang memang banyak faktor-faktor halangan yang menyebabkan pinjaman bank untuk pembelian kenderaan ditolak. Tak seperti 10 tahun dahulu.Mereka yang mempunyai faktor halangan seperti senaraihitam (blacklist), CCRIS, SAA (Special Attention Account), AKPK dan penstrukturan semula pinjaman adalah mereka yang dihalang untuk membuat sebarang pinjaman di bank.
Hmm .... senang ceritalah, faktor halangan ini bermakna nama anda dah rosak - hatta bukan disebabkan oleh diri anda; contohnya kerana menjadi penjamin kepada pinjaman orang lain.
Usia Perniagaan
Jika anda memohon pinjaman kenderaan menggunakan nama perniagaan, faktor usia bisnes anda adalah antara faktor penting. Bagi mereka yang berniaga, perniagaan mestilah lebih dari dua tahun, dibuktikan dengan tarikh pendaftarn perniagaan.[Baca] 10 Sebab Bank Tolak Permohonan Pinjaman Anda
Risau dan rasa tak keruan? Nak beli kenderaan tetapi bila baca sebab-sebab pinjaman kenderaan ditolak anda rasa gelisah dan takut?
Aha ... rileks. Setiap masalah ada penyelesaiannya.
Faktor-faktor di atas bukanlah bermakna anda tidak boleh langsung mendapatkan pinjaman membeli kenderaan sendiri. Anda patut tahu memang ada beberapa cara untuk membantu anda mendapatkan pinjaman kenderaan.
Dapatkan Bukti Sokongan Jika Sukar Nak Memohon Pinjaman
Salah satunya ialah dengan mendapatkan penjamin yang sesuai atau menyertakan bukti sokongan kewangan yang lain.Apa bukti sokongan kewangan lain tu?
Contoh. Katakan anda seorang yang suka bermain saham di Bursa Malaysia, bukti pemilikan saham dan penyata keuntungan yang anda dapat dari saham ini boleh dijadikan sandaran dokumen untuk memohon pinjaman kenderaan.
Begitu juga andai anda anda seorang yang aktif berniaga di pasaran Forex. Anda boleh gunakan penyata akaun Forex anda sebagai salah satu dokumen sokongan untuk memohon pinjaman.
Samalah juga andai anda memiliki emas untuk pelaburan. Gunakan sijil pemilikan emas sebagai bukti sokongan anda untuk mendapatkan kelulusan pinjaman kenderaan.
[Dah Baca?] Buat Duit di Bursa Saham Cuma Modal Rm100 Sahaja
Oleh itu sebelum membuat permohonan, semak dulu kelayakan anda dengan syarikat kewangan atau bank; malah servis semakan ini turut disediakan oleh penjual dan pengedar kenderaan. In Sha Allah, mereka akan cuba membantu anda memberikan khidmat nasihat sehingga anda dapat memiliki kenderaan idaman anda.
Uh.. takkan mereka mudah-mudah nak lepaskan .... ini juga peluang bagi mereka dapat income.:)
Catat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.