Apa yang saya tengok ialah, aplikasi online Instagram ini telah menjadi satu kegilaan buat mereka yang sangat suka mengambil gambar dan mahukan perhatian terhadap gambar yang dimuat-naik. Saya tahulah, sebab saya pun salah seorang darinya .. kah kah. Tapi kan, isteri saya walaupun celit IT dan kaki shopping online, dia tak ada akaun Instagram ni. Bagus kan?
Tips Menjadi Personaliti Popular dan Berpengaruh di Instagram
Awal-awal dulu, mungkin Instagram ini sekadar aplikasi biasa. Kita ambil gambar dengan smartphone, dan kita upload untuk sharing dengan kenalan dan rakan terdekat. Tapi zaman berlalu dengan pantas. Instagram bukan sekadar kongsi gambar. Ianya dah jadi satu platform yang memberikan pengaruh.Kini, platform Instagram sudah digunakan sebagai tempat untuk berjual-beli, promosi dan menaikkan populariti. Ramai selebriti menggunakan platform Instagram untuk tujuan ini.
[post_ads]
Jika anda seorang yang mempunyai wajah dan personaliti cantik, kiut dan menarik, in Sha Allah .. platform Instagram boleh menjadikan anda seorang yang amat popular dan mempunyai pengaruh. Kesannya, ia mungkin menjadi salah satu platform anda untuk jana income samada secara sampingan atau sepenuh masa.
Ya, betul. Instagram boleh menjadi lubuk sumber rezeki dan pendapatan anda. Tetapi untuk ke arah itu, bab paling penting ialah dengan menjadikan diri anda sebagai seorang personaliti Instagram. Aha .. jangan tak tahu, baby dan budak kecil serta kanak-kanak baru darjah enam pun dah ramai yang bertukar menjadi personaliti berpengaruh dan popular di media sosial ini - walaupun mereka belum tahu pun cara nak guna smartphone yang canggih.
4 Tips Untuk Menjadi Personaliti Popular dan Berpengaruh di Instagram
Saya ada beberapa tips yang mungkin boleh sesiapa sahaja praktikkan untuk raih populariti dan menjadi personaliti hebat menerusi Instagram. Tips ini sedang saya cuba, dan anda juga mungkin boleh mencubanya juga, manalah tahu rezeki Allah S.W.T nak beri ... :)Perbaiki Perhubungan Awam (PR)
Mereka yang popular di media sosial seperti di Instagram sangat bagus dalam hal ini. Malah, mereka melantik seseorang untuk kendalikan soal perhubungan awam. Tapi tak adalah saya nak suruh anda untuk cari seseorang handle mengenai PR untuk akaun Instagram milik anda.Apa yang perlu ialah cuba perbaiki dan mantapkan soal PR ini. Komen yang diberikan dalam Instagram tidak boleh dijawab sambil lewa atau melulu, mesti ada kaedahnya supaya orang respek anda. Wajar sekali untuk anda menjadi seorang yang peramah dan menjawab soalan yang berkaitan dengan baik.
Apabila di luar, anda mesti pastikan anda bukanlah seorang Instagramer yang sombong. Nak berposing dan muat-naik gambar ke Instagram dalam event tertentu kena bijak pilih waktu dan ketika. Bila berdepan dengan orang awam lain yang mungkin pengikut anda di media sosial, perlulah sentiasa memberikan senyuman dan tidak berlagak serta nampak angkuh. Be friendly. Friendly people will have most likes!
[Dah Baca?] Tips Tambah Follower di Instagram
Kuasai Bahasa Inggeris Sebaiknya
Jangan jadikan masalah bahasa ini sebagai penghalang untuk anda menjadi popular di Instagram. Di sebalik rupa paras cantik serta style menawan yang kerap anda muat-naik di laman sosial, anda wajar kuasai bahasa Inggeris untuk kemudahan anda. Apatah lagi apabila anda mendapat permintaan dan perhatian daripada pengiklan luar negara.Instagram dicapai seluruh dunia, makanya ramai agen pencari talent untuk mempromosikan produk akan melihat anda. Kebanyakkannya akan minta untuk anda membuat review produk dalam Instagram menggunakan bahasa Inggeris. Jika anda tak berapa mahir, mungkin ia jadi satu masalah.
Dengan menguasai bahasa Inggeris dan bahasa lainnya (jika boleh), orang akan respek anda .. malah anggap anda seorang yang mempunyai daya IQ dan intelek yang sangat baik.
[post_ads_2]
Sentiasa Positif
Selain mempunyahi kemahiran PR yang baik, anda juga perlu berfikiran positif. Dalam menguruskan akaun media sosial ke arah tujuan untuk menjana income dan meraih populariti, sentiasa bersifat positif dengan segala komen yang ada. Walaupun ada komen tersebut yang boleh mengoncang iman, elakkan dari memberikan reaksi yang boleh menyemarakkan kebencian.Jadikan platform Instagram sebagai platform yang menyenangkan untuk semua orang, baik untuk diri anda mahupun pengikut anda. Bila semua orang berasa senang dengan anda, maka proses untuk menjadi popular dan berpengaruh akan lebih mudah. Lihat sahaja mereka yang ada pengaruh dalam media sosial ini, semuanya memberikan 'getaran' yang positif kepada masyarakat.
[Dah Baca?] Teknik Berkesan Lariskan Jualan Guna Instagram
Jadi Diri Sendiri
Tak perlu mengikut cara orang lain untuk raih populariti di media sosial seperti Instagram. Anda perlu jadi diri sendiri, tetapi dengan batasan tertentu. Paling penting, biar gambar yang dimuat-naik itu dekat dengan kehidupan anda seharian.Ketika berfesyen untuk Instagram, elakkan gambar yang boleh mengundang kritikan; walaupun pada anda... itulah gaya dan life style anda yang anda suka.
Begitulah beberapa tips yang dapat saya kongsikan kepada anda, hasil olahan dari bacaan saya dari beberapa sumber. Mungkin ia tidak berapa kena dengan teknik mempopularkan diri oleh beberapa pakar Instagram; tetapi boleh je nak mencuba.
Walaupun Instagram itu platform yang boleh memberikan populariti mudah .. pastikan bahawa dengan populariti yang anda raih boleh memberikan manfaat kepada orang lain. Jangan salah guna, dan undang sesuatu yang tidak sepatutnya.
Gunakan teknologi dengan berfikir.
Setuju...SA biasa nyer jadi diri sendiri..memandangkan platform media sosial sangat penting buat blogger sebab tu SA cuba sedaya upaya untuk mengumpul followers...kadang bila takde idea atau gambar terbaru sure akan menurun follower..nak mantapkan balik bukan senang
ReplyDeletethe second one and the last one are important . jadi diri sendiri jaa ... jangan hipokrit . natural people are always love by other , visit my blog https://www.ketamkecil.com/belajar-memulakan-bisnes-melalui-sistem-yang-patuh-syariah/
ReplyDeleteTerima kasih tips berguna ni. Kena jaga diri sendiri supaya tidak tersalah langkah dalam nak menambah jumlah follower. Perkongsian biarlah yang mendatangkan faedah.
ReplyDeleteyer betul tu
ReplyDeletejadi diri sendiri
hehee
betul2..
ReplyDeletetq for tips HH walaupun tak penah terlintas nak jadi famous pun dalam insta hihii
ReplyDeleteJadi diri kamu sendiri. Yakin pada diri, inshallah pasti berjaya dalam app jua pekerjaan.
ReplyDeleteSetuju, andd positif itu perlu!
ReplyDeleteWalau apa pun komen or kritikan yang diberikan, fikir elok elok....before membalas..haaa gitu~
setuju part jad diri sendiri, barulah orang elok je dengan kita :)
ReplyDeletekesimpulannya jadilah diri sendiri di alam maya ni...
ReplyDeleteTambahan lagi HH, gambar diambil kena cantik. CN tgk mostly gambo2 instafemes ni mmg cantik2. Gaya OOTD dorg pun cantik
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.