Rahsia dan Tips Kejayaan Tony Fernandes Menjadikan AirAsia Terbaik di Dunia
Apakah rahsia Tan Sri Anthony Francis Fernandes sehingga menjadi seorang yang berjaya di dalam industri yang serba mencabar iaitu penerbangan udara? Beliau berjaya meletakkan AirAsia menjadi sebuah gergasi syarikat penerbangan komersil tambang murah paling cemerlang di dunia; malah menempatkan nama AirAsia sebagai syarikat penerbangan tambang murah terbesar di Asia dengan lebih 120 destinasi.Saya secara jujurnya cukup kagumi lelaki ini.
Anda tahu tak, Tan Sri Tony Fernandes dulunya pernah menjual produk Tupperware? Beliau membantu ibunya yang juga bertanggungjawab memperkenalkan produk tersebut di Malaysia. Emak kaki bisnes, anak pun turut hebat dalam bisnes.
Cara fikir dan teknik bisnes Tan Sri Tony Fernandes adalah kedepan berbanding rakan saingannya yang lain.
[post_ads]
Anda mungkin juga tak tahu, bahwa Tan Sri Tony Fernandes adalah antara CEO yang pertama menggunakan media sosial untuk mempromosikan jenama AirAsia. AirAsia banyak menggunakan medium media sosial seperti Facebook, Instagram, serta Twitter untuk kempen-kempen awareness dan promosi.
Guna Blogger Untuk Bantu Kempen Pemasaran
Malah, AirAsia juga berkolaborasi dengan blogger Malaysia untuk memasarkan produk-produk AirAsia ke seluruh dunia. Aha .. anda tentu nampak ramai blogger yang dok bercerita tentang percutian sana-sini samada dalam atau luar negara dan menyebut nama Air Asia dalam penceritaan di blog mereka.Itu bukan sekadar kebetulan ya .. itu adalah marketing strategy digunakan oleh Tan Sri Tony Fernandes untuk menaikkan nama AirAsia sebagai sebuah syarikat tambang murah terhebat di rantau ini.
Sesiapa pun boleh terbang!
Dari RM1 Kini Berada Dalam Bursa Malaysia
Ketika Tan Sri Tony Fernandes membeli AirAsia dengan nilai RM1 serta menanggung hutang yang sedia ada dalam AirAsia, ramai yang tak yakin yang syarikat penerbangan ini boleh menjadi seperti sekarang. Uhhh dulu nak hampir bangkrup tu, tapi dengan teknik dan strategi luar biasa yang dilakukannya, pencapaian Air Asia sekarang memang di luar jangkaan!AirAsia has been named the "World’s Best Low Cost Airline" in the annual World Airline Survey by Skytrax for five consecutive years from 2009 to 2013.Ya, memang patut Anthony Francis Fernandes diberikan gelaran Tan Sri oleh DYMM Yang Dipertuan Agong pada Jun 2011 atas kejayaan beliau membawa jenama AirAsia dikenali serata dunia, malah terbaik antara yang terbaik.
Kecemerlangan Tan Sri Tony Fernandes dalam dunia bisnes tidak pernah pudar.
Pada 27 November 2017, Tan Sri Tony Fernandes telah menerima anugerah "Asian House Business Leaders Award for 2017". Anugerah berprestij ini dikeluarkan setiap tahun oleh 'Asia House' yang meraikan pemimpin dalam bisnes yang telah mendorong perubahan ekonomi dan sosial yang positif di rantau Asia. Ini satu pencapaian yang telah mengharumkan nama negara Malaysia.
10 Tips dan Nasihat Tony Fernandes Untuk Berjaya Dalam Bisnes
Tentu ramai nak tahu mengenai rahsia dan tips kejayaan beliau sebagai seorang ahli perniagaan kan?Tips #1 - Anda Tidak Perlu Tahu Semua Perkara
Tan Sri Tony Fernandes bukan orang kapal terbang. Beliau tak tahu satu benda pun pasal kapal terbang. Lesen kapal terbang pun tak ada. Tapi kenapa beliau boleh terajui sebuah syarikat penerbangan dari asalnya hampir bangkrup kepada menjadi syarikat penerbangan tambang murah yang disegani dan berjaya?"Saya datang daripada industri muzik dan tidak tahu apa-apa pun pasal kapal terbang. Kepada para usahawan, anda tidak perlu tahu segala-galanya. Ianya berbalik kepada idea, keghairahan dan bagaimana untuk melaksanakannya."
Perkara yang kita buat dengan rasa ghairah (passion) pasti akan menampakkan hasil. Anda nak berjaya dalam bisnes seperti Tan Sri Tony Fernandes, pastikan keghairahan ini ada dalam diri.
Tips #2 - Just Do It!
"Jangan biarkan sesiapa beritahu anda bahawa anda tidak boleh melakukannya. Anda mempunyai satu kehidupan sahaja, jadi anda tidak boleh berfikir dan berkata, 'Saya harap saya telah melakukannya.' Bertindak! Hidup dengan sebaik-baiknya dan sentiasa bersikap positif."Anda tidak boleh tunggu, kerana peluang dalam bisnes ini sangat mudah terlepas jika anda tidak rebut sepantas yang boleh.
Fikir positif. Jika anda gagal, sekurang-kurangnya anda telah mencuba.
"Saya telah gagal di dalam Formula 1, tapi saya tidak mempunyai sebarang sesalan kerana dapat bersama-sama dengan ramai orang hebat daripada pasukan Ferrari, McLaren dan banyak lagi."
Tips #3 - Pelaburan Dalam Pemasaran
"Jika anda mempunyai idea terbaik di dalam dunia, tolong, tolong, tolonglah melabur di dalam pemasaran. Ini kerana jika anda tidak melabur di dalam pemasaran, tiada siapa akan dapat mendengar idea hebat anda."Banyak idea hebat tidak berjaya kerana kurangnya pemasaran.
Ramai usahawan dan mereka yang punyai bisnes takut nak melabur dalam pemasaran; maaf kata .. lebih-lebih usahawan kecil dan sederhana. Takut rugi wang ringgit kata kebanyakan mereka.
Siapa kata pemasaran tentang wang ringgit?
"Pemasaran bukanlah tentang wang ringgit, tetapi ianya berkenaan Public Relations (PR). Di AirAsia, kami tiada wang. Jadi saya keluar berjalan dengan memakai topi warna merah dan bercakap pelbagai perkara kontroversi kepada media, supaya mereka akan mengambil gambar saya. Begitulah cara pemasaran di awal penubuhan AirAsia."
Jika anda lihat, AirAsia telah muncul dalam banyak isu. Tan Sri Tony Fernandes dengan pantas ambil peluang untuk berada dalam perbincangan isu tersebut. Bagaimana beliau lakukannya?
Masih ingat lagi dengan penyakit SARS (severe acute respiratory syndrome)? Pada masa itu, tiada siapa yang mahu terbang, kerana semua orang fikir mereka akan mati.
Waktu itu, boleh katakan semua orang memotong bajet untuk pengiklanan, tetapi tidak bagi Tan Sri Tony Fernandes. Beliau memberitahu orang-orang dalam AirAsia .. "jangan potong bajet". Katanya, ini merupakan masa terbaik untuk membina jenama AirAsia. Malahan, ketika isu SARS hebat diperkatakan dalam media, AirAsia menggandakan bajet pengiklanan sebanyak 3 kali ganda!
Ketika itu juga, semua orang lihat ke arah beliau dan berkata, "You ni sedang berkhayal ke??. Tan Sri Tony Fernandes menidakkan dan berkata "Ini adalah masa terbaik kerana orang lain tidak beriklan."
Bukan isu SARS sahaja AirAsia muncul dengan agresif dalam pemasaran.
Apabila serangan bom di Bali berlaku, semua orang membatalkan penerbangan mereka. Jika anda seorang kaki travel dan suka bercuti ke Indonesia, tentu nampak akan perubahan ketara ini. Banyak syarikat penerbang seolah takut untuk membuat penerbangan ke Bali.
Sebaliknya berlaku dengan AirAsia, kata Tan Sri Tony Fernandes; "Saya berkata kepada orang-orang saya, kita tidak boleh biarkan laluan ke Bali mati. Kita kena teruskan penerbangan ke sana."
Anda tahu apa yang Tan Sri Tony Fernandes buat?
Syarikat AirAsia muncul dengan kempen 'Love Bali', memberikan 10,000 tiket percuma, dan ia merupakan satu kempen pemasaran yang ternyata berkesan. Kesemua 10,000 tempat duduk ditempah dalam tempoh kurang daripada 60 saat!
Apa yang berlaku seterusnya ialah, kesemua mereka yang mendapat tiket tersebut telah bercerita dengan rakan-rakan mereka di media sosial. AirAsia makin dikenali dan semua sudah kenal AirAsia sebagai syarikat tambang murah di rantau ini. Ya, teknik pemasaran terbaik adalah melalui pelanggan AirAsia. Setuju?
[Dah Lihat?] Ketahui Cara Nak Promosi Bisnes di Internet Guna Google
Tips #4 - Jaga Pekerja, Mereka Aset Utama
Salah satu kekuatan bisnes Tan Sri Tony Fernandes adalah menjaga pekerja dengan baik. Beliau melihat pekerja syarikat sebagai aset utama di dalam mana-mana perniagaan beliau.Beliau sangat prihatin dengan pekerja-pekerja dan berharap dapat membantu dalam mengembangkan potensi dan matlamat hidup mereka. Pejabat beliau tidak mempunyai dinding dan ini memudahkan beliau untuk berkomunikasi dan berkongsi idea secara terus dengan kakitangan pekerja.
Pada Disember 2015, beliau telah menghadiahkan 263 jam tangan berjenama Chopard yang berjumlah 5 juta ringgit kepada 263 kakitangan pekerja yang telah bersama dengan syarikat itu selama 10 tahun. Chopard merupakan jenama jam yang mewah dari negara Swiss yang berusia 153 tahun.
"Kemudian beliau hubungi saya pada suatu hari dan tanya jika beliau boleh mengambil bahagian di dalam pertandingan Ratu Cantik Thailand, saya kata OK, selagi saya boleh guna gambar beliau sebagai bahan pemasaran kami."
Anda tahu apa berlaku?
"Beliau akhirnya memenangi Ratu Cantik Thailand dan baru-baru ini menjadi kapten, jadi kami satu-satunya syarikat penerbangan di dunia yang mempunyai Miss Thailand!"
"Beliau akhirnya memenangi Ratu Cantik Thailand dan baru-baru ini menjadi kapten, jadi kami satu-satunya syarikat penerbangan di dunia yang mempunyai Miss Thailand!"
Begitulah cara Tan Sri Tony Fernandes melihat potensi yang ada pada kakitangannya. Beliau tak pernah sekat impian dan hasrat mereka. Jika mereka mampu buat, maka buatlah.
Jika anda seorang ahli perniagaan yang ada ramai kakitangan, ikut jejak langkah Tan Sri Tony Fernandes ini menghargai kakitangan dan pekerja, kerana akhirnya nanti merekalah yang akan merealisasikan impian, misi dan visi anda dalam syarikat.
Anda tahu berapa ramai yang masuk ke laman web AirAsia dalam sehari?
Pernah tak anda jem bila cuba membuat tempahan penerbangan dalam talian? Pernah tak anda lihat tempat duduk yang anda nak tempah tetiba sudah ditempah orang lain? Aha ... begitulah sibuknya laman web AirAsia terutama ketika promosi besar-besaran.
Itu cabaran besar buat AirAsia, itu sebab mereka tidak pernah berhenti melabur dalam teknologi supaya dapat memastikan semua orang dapat terbang dengan harga termurah!
[post_ads_2]
Tan Sri Tony Fernandes yakin bahawa syarikat beliau dapat menaikkan tahap digitalisasi kepada sekitar 70% menjelang akhir tahun 2018. Proses digitalisasi syarikat akan tertumpu kepada 3 bidang utama iaitu komersil, pengalaman pelanggan dan operasi.
"Asas kami adalah digital. Kami bermula dengan internet dan kini kami menjadi syarikat penerbangan berasaskan media sosial".
"Oleh itu, kembali kepada jenama Air Asia kami yang terdahulu, kami buangkan imej burung yang ada. Dan kami gunakan 'Air Asia' sebagai logo kami. Hanya satu imej. Mengapa perlu bazir wang untuk promosikan dua imej?"
Anda sedar tak ni? Begitulah cara Tan Sri Tony Fernandes membuat kajian mengenai branding atau penjenamaan.
Apa lagi dilakukan oleh ikon bisnes penerbangan tambang murah ini?
"Kami juga buang semua warna biru dan hijau dalam jenama lama. Saya berusaha keras untuk tidak memilih warna merah, kerana semua orang berpendapat bahawa saya mahu menjadi seperti Richard Branson, Pengasas kepada Virgin Group, tetapi ia adalah warna terbaik, jadi kami memilih merah. Jadi Ya, warna itu memberi perbezaan yang besar!".
Jadi boss, tetapi rendah diri sehingga tak segan silu untuk jadi sebahagian dari mereka. Bukan sebagai boss ... tetapi bekerja bersama-sama. Ini ciri seorang boss yang baik dalam bisnes.
"Apa yang saya buat dari dulu lagi, sekali sebulan saya akan bekerja membawa beg, menjadi ahli krew kabin dan juga bekerja di kaunter daftar masuk. Saya melakukannya kerana dua sebab. Yang pertama, anda tidak boleh menjadi CEO yang berkesan melainkan anda sendiri pergi ke lapangan terbang dan rasai pengalaman sebenar."
"Ini kisah benar, pasukan pengendali bagasi memberitahu saya bahawa mereka memerlukan pengangkat tali pinggang untuk mengangkat bagasi-bagasi. Saya memberitahu mereka, 'Tidak, kita tidak boleh membelinya kerana ia terlalu mahal.'"
"Jadi suatu hari ketika saya ditugaskan untuk membawa beg, mereka meletakkan saya di salah satu penerbangan Indonesia. Pelanggan yang terbang dengan kami biasanya seperti membawa rumah mereka bersama dalam penerbangan. Oleh itu terdapat banyak beg."
"Dalam proses itu, saya mengalami sakit belakang dan saya beritahu pasukan saya bahawa mereka betul dengan permintaan mereka dan saya salah, dan kami pun membeli alat pengangkat tali pinggang."
"Sekiranya saya tidak melakukan perkara itu dan duduk dengan selesa di pejabat, saya akan membuat keputusan yang salah dan merosakkan banyak bagasi. Tujuan kedua ialah saya ingin mencari bakat. Saya tidak mencari bakat dari Oxford atau Cambridge, saya sedang mencari jenis pekerja Gred 3 SPM yang memerlukan peluang kedua.".
Begitulah Tan Sri Tony Fernandes apabila bersama dengan pekerjanya. Bukan setakat merasai pengalaman bekerja sebenar dalam membuat keputusan kritikal, tetapi juga mencari sesuatu yang boleh diketengahkan dari kalangan pekerjanya.
Jadi apa yang AirAsia lakukan ialah melayan setiap emel dengan penuh penghargaan.
Tan Sri Tony Fernandes gunakan aduan ini untuk pertingkatkan lagi mutu AirAsia.
Saya perasan, ada sesetengah pemilik bisnes sekarang yang cukup mudah melatah, malah sampai mahu saman-menyaman hanya kerana berkata benar mengenai produk yang mereka pasarkan. Kenapa tidak ikut jejak langkah Tan Sri Tony Fernandes ini?
Beliau percaya dengan konsep bersyukur. Cara beliau bersyukur dengan segala kejayaan yang diterima oleh AirAsia ialah dengan menjadi seorang yang dermawan.
Sebagai contoh, beliau telah menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa taufan Yolanda di Filipina. Selain itu Yayasan AirAsia juga memberi sokongan kepada Rag2Riches, perusahaan sosial yang diketuai oleh Reese Fernandez-Ruiz dari Filipina. Rag2Riches adalah sebuah NGO yang membantu pekerja-pekerja rakyat Filipina yang kurang bernasib baik.
Kalau ikutkan, banyak lagi bantuan yang dihulurkan oleh beliau samada di dalam mahupun luar negara. Bak kata pepatah, "Lagi banyak anda memberi, lagi banyak anda akan menerima."
Aha .. jadi bagaimana? Anda dah dapat hadam kesemua 10 tips yang dikongsikan oleh Tan Sri Tony Fernandes untuk berjaya dalam bisnes?
Moga ia jadi satu inspirasi dan panduan untuk anda menjadi lebih berjaya dalam bisnes anda.
Kredit: MajalahLabur.com, Sifu FBAds dan DigitalNewsAsia
Tips #5 - Melabur Dalam Teknologi
Beliau sangat mementingkan teknologi digital dalam perniagaan. Bagi beliau teknologi digital perlu ada di dalam bisnes bagi memudahkan semua urusan untuk dilakukan. Hampir kesemua pendapatan bisnes penerbangan beliau adalah melalui laman web AirAsia.com.Anda tahu berapa ramai yang masuk ke laman web AirAsia dalam sehari?
Pernah tak anda jem bila cuba membuat tempahan penerbangan dalam talian? Pernah tak anda lihat tempat duduk yang anda nak tempah tetiba sudah ditempah orang lain? Aha ... begitulah sibuknya laman web AirAsia terutama ketika promosi besar-besaran.
Itu cabaran besar buat AirAsia, itu sebab mereka tidak pernah berhenti melabur dalam teknologi supaya dapat memastikan semua orang dapat terbang dengan harga termurah!
[post_ads_2]
Tan Sri Tony Fernandes yakin bahawa syarikat beliau dapat menaikkan tahap digitalisasi kepada sekitar 70% menjelang akhir tahun 2018. Proses digitalisasi syarikat akan tertumpu kepada 3 bidang utama iaitu komersil, pengalaman pelanggan dan operasi.
"Asas kami adalah digital. Kami bermula dengan internet dan kini kami menjadi syarikat penerbangan berasaskan media sosial".
Tips #6 - Kena Buat Research Branding
"Pada awal dulu, terdapat perkataan 'Air Asia' dan logo burung dalam penjenamaan kami. Jika anda melihat jenama terkenal di dunia, hanya satu imej sahaja yang masuk ke dalam fikiran anda. Ketika saya berkata "Shell", anda memikirkan logo shell. Apabila saya berkata "Coca-Cola", anda memikirkan perkataan 'Coke' dalam huruf italic, dan apabila saya katakan "Nike", anda memikirkan sebutannya.""Oleh itu, kembali kepada jenama Air Asia kami yang terdahulu, kami buangkan imej burung yang ada. Dan kami gunakan 'Air Asia' sebagai logo kami. Hanya satu imej. Mengapa perlu bazir wang untuk promosikan dua imej?"
Anda sedar tak ni? Begitulah cara Tan Sri Tony Fernandes membuat kajian mengenai branding atau penjenamaan.
Apa lagi dilakukan oleh ikon bisnes penerbangan tambang murah ini?
"Kami juga buang semua warna biru dan hijau dalam jenama lama. Saya berusaha keras untuk tidak memilih warna merah, kerana semua orang berpendapat bahawa saya mahu menjadi seperti Richard Branson, Pengasas kepada Virgin Group, tetapi ia adalah warna terbaik, jadi kami memilih merah. Jadi Ya, warna itu memberi perbezaan yang besar!".
Tips #7 - Rasai Pengalaman Bekerja Sebenar
Awal tadi, saya ada beritahu anda bahawa Tan Sri Tony Fernandes tiada lansung pengalaman dan pengetahuan tentang bisnes penerbangan komersil ini. Namun, ia tidak halang beliau untuk belajar dan merasai pengalaman sebenar para pekerja dan kakitangan AirAsia.Jadi boss, tetapi rendah diri sehingga tak segan silu untuk jadi sebahagian dari mereka. Bukan sebagai boss ... tetapi bekerja bersama-sama. Ini ciri seorang boss yang baik dalam bisnes.
"Apa yang saya buat dari dulu lagi, sekali sebulan saya akan bekerja membawa beg, menjadi ahli krew kabin dan juga bekerja di kaunter daftar masuk. Saya melakukannya kerana dua sebab. Yang pertama, anda tidak boleh menjadi CEO yang berkesan melainkan anda sendiri pergi ke lapangan terbang dan rasai pengalaman sebenar."
"Ini kisah benar, pasukan pengendali bagasi memberitahu saya bahawa mereka memerlukan pengangkat tali pinggang untuk mengangkat bagasi-bagasi. Saya memberitahu mereka, 'Tidak, kita tidak boleh membelinya kerana ia terlalu mahal.'"
"Jadi suatu hari ketika saya ditugaskan untuk membawa beg, mereka meletakkan saya di salah satu penerbangan Indonesia. Pelanggan yang terbang dengan kami biasanya seperti membawa rumah mereka bersama dalam penerbangan. Oleh itu terdapat banyak beg."
"Dalam proses itu, saya mengalami sakit belakang dan saya beritahu pasukan saya bahawa mereka betul dengan permintaan mereka dan saya salah, dan kami pun membeli alat pengangkat tali pinggang."
"Sekiranya saya tidak melakukan perkara itu dan duduk dengan selesa di pejabat, saya akan membuat keputusan yang salah dan merosakkan banyak bagasi. Tujuan kedua ialah saya ingin mencari bakat. Saya tidak mencari bakat dari Oxford atau Cambridge, saya sedang mencari jenis pekerja Gred 3 SPM yang memerlukan peluang kedua.".
Begitulah Tan Sri Tony Fernandes apabila bersama dengan pekerjanya. Bukan setakat merasai pengalaman bekerja sebenar dalam membuat keputusan kritikal, tetapi juga mencari sesuatu yang boleh diketengahkan dari kalangan pekerjanya.
Tips #8 - Jangan Takut Dengan Aduan
Aduan merupakan penyelidikan pasaran secara percuma. Seseorang mengambil masa dan tenaga untuk menulis kepada anda menceritakan apa yang tidak kena dan bagaimana ianya boleh diperbaiki. Ini merupakan perkara yang dilakukan kebanyakan syarikat dengan membayar perunding untuk memberitahu hal yang sama.Jadi apa yang AirAsia lakukan ialah melayan setiap emel dengan penuh penghargaan.
Tan Sri Tony Fernandes gunakan aduan ini untuk pertingkatkan lagi mutu AirAsia.
Saya perasan, ada sesetengah pemilik bisnes sekarang yang cukup mudah melatah, malah sampai mahu saman-menyaman hanya kerana berkata benar mengenai produk yang mereka pasarkan. Kenapa tidak ikut jejak langkah Tan Sri Tony Fernandes ini?
Tips #9 - Jadilah Seorang Dermawan
Tan Sri Tony Fernandes boleh dikatakan sebagai tokoh dermawan yang murah hati. Beliau bukan sahaja murah hati dengan para pekerjanya malah beliau sangat prihatin dengan keadaan dunia luar.Beliau percaya dengan konsep bersyukur. Cara beliau bersyukur dengan segala kejayaan yang diterima oleh AirAsia ialah dengan menjadi seorang yang dermawan.
Sebagai contoh, beliau telah menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa taufan Yolanda di Filipina. Selain itu Yayasan AirAsia juga memberi sokongan kepada Rag2Riches, perusahaan sosial yang diketuai oleh Reese Fernandez-Ruiz dari Filipina. Rag2Riches adalah sebuah NGO yang membantu pekerja-pekerja rakyat Filipina yang kurang bernasib baik.
Kalau ikutkan, banyak lagi bantuan yang dihulurkan oleh beliau samada di dalam mahupun luar negara. Bak kata pepatah, "Lagi banyak anda memberi, lagi banyak anda akan menerima."
Tips #10 - Data Adalah Raja
Gunakan media sosial untuk dapatkan data-data ini. Data adalah raja dalam pemasaran. Ia adalah satu senjata yang dapat membantu dalam persaingan industri. Bukan AirAsia sahaja yang mengumpul data pelanggannya, malah banyak syarikat ternama menggunakan teknik dan kaedah yang sama untuk terus bertahan dalam bisnes.Aha .. jadi bagaimana? Anda dah dapat hadam kesemua 10 tips yang dikongsikan oleh Tan Sri Tony Fernandes untuk berjaya dalam bisnes?
Moga ia jadi satu inspirasi dan panduan untuk anda menjadi lebih berjaya dalam bisnes anda.
Kredit: MajalahLabur.com, Sifu FBAds dan DigitalNewsAsia
Terima kasih tuan. Saya share di web.
ReplyDeleteBaik. Tiada masalah.
DeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.