Ini amalan biasa saya sebagai seorang blogger setiap akhir bulan. Saya akan kongsikan statistik am berkaitan trafik blog ini. Dengan cara ini, bukan saya sahaja dapat tahu perkembangan trafik yang masuk ke blog ini setiap bulan, tetapi memudahkan orang lain yang mungkin nak menilai sejauh mana kekuatan blog ini.

Statistik blog ini saya peroleh menggunakan Google Analytics. Platform dari Google ini memang cukup power untuk lihat sejauh mana pencapaian blog. Jika anda belum gunakan platform Google Analytics untuk merekodkan data dan statistik trafik blog anda, maka buatlah sekarang.

Jumlah Trafik Blog Januari 2018

Berikut adalah jumlah trafik keseluruhan diterima untuk bulan Januari 2018. Data diambil bermula dari 1 Januari hinggalah 31 Januari 2018. Anda boleh lihat sendiri berapa jumlah trafik yang telah diterima oleh blog ini sepanjang tempoh tersebut di bawah.
Trafik Bulan Januari 2018
Trafik Bulan Januari 2018
Untuk awal tahun 2018 ini, blog saya ini (hasrulhassan.com) telah berjaya menerima trafik sebanyak 196,251 page views (PV), yang mana sebahagiannya itu adalah 102,350 unique PV.

Unique page views ni bermaksud sekurang-kurang satu artikel dibaca/dibuka oleh pengunjung blog.

"Unique Pageviews is the number of sessions during which the specified page was viewed at least once. A unique pageview is counted for each page URL + page Title combination."
[post_ads]
Alhamdulillah, walaupun jumlah trafik tidaklah setinggi mana, namun cukup baik untuk sebuah blog yang biasa-biasa ini. Mungkin di bulan akan datang, trafik blog akan menjadi bertambah baik disebabkan beberapa penambahbaikkan dari segi SEO yang telah saya gunakan.

Oh ya, jika anda ada menggunakan Google Analytics ini, anda tentu perasan sesuatu yang baru pada pelaporan jumlah trafik. Anda kini dah boleh lihat berapa janaan income Google Adsense yang diterima bagi setiap tajuk post atau link dalam blog anda.

Apa kelebihannya?

Ia akan berikan gambaran tajuk apa yang perlu anda tulis lebih kerap untuk menjana lebih income USD menerusi Adsense. Maka, dengan ini bolehlah anda maksimakan income Adsense anda untuk menjadi lebih baik.

Saya pun baru je sedar akan perkara ini dan tengah cuba untuk implementasikan.

[Baca Juga] Cara Ketahui Populariti Blog Menerusi Alexa Ranking

Jika blog anda masih belum mempunyai akaun Adsense untuk jana income USD, maka bolehlah gunakan Panduan Adsense Revive untuk langkah-langkah awal menggunakan Adsense sebagai sumber income blog anda secara pasif dan berterusan.

7 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. ccl kena selalu check google analytics lepas ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Heheh.. dua minggu sekali okaylah. Hari2 kalu baik gunakan yang versi mobile pnya.

      Padam
  2. wow.. banyak gilos tu HH.. tahniah ye

    BalasPadam
    Balasan
    1. Err .. tapi jatuh banyak tu .. selalu blog ini boleh dapat dalam 200K PV sebulan.

      Padam
  3. wahh tinggi tu HH. CR baru nak check.huhu

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum tuan, mohon panduan, tuan ada gunakan platform adsense dan juga innity bersama kan.

    Lepas tu iklan innity jenis responsive otp tu saya perasan aktif bersama adsense.

    Soalan saya, tak menyalahi terma adsense ke iklan innity tu cover. Sebab jenis site take over kan?

    Mohon bantuan. Sebab saya pernah baca di mana tah. Dari pengalaman tuan macam mana?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement