6 Amalan atau Disiplin Baik Bagi Anak-Anak Agar Keluarga Sejahtera
Saya dan isteri ingin berkongsikan beberapa tips dan amalan baik yang boleh dijadikan panduan untuk semua dalam mendidik anak-anak ke arah mewujudkan kesejahteraan hidup. Masa depan mereka adalah lebih mencabar dari kita, jadi kena persiapkan dengan disiplin amalan baik supaya mereka bersedia menghadapinya.Amalan Sentiasa Menunjukkan Rasa Syukur
Didik dan jadikan amalan kepada anak-anak supaya menunjukkan rasa syukur. Antara amalan dan disiplin baik yang wajar diterapkan untuk tunjukkan rasa syukur ini adalah seperti mengerjakan sholat, sentiasa berdoa, dan mengucapkan terima kasih setiap kali menerima sesuatu pemberian.Dengan disiplin ini akan mengingatkan anak-anak kepada golongan yang serba kekurangan, dan juga kepada Tuhan yang mengurniakan rezeki samada sedikit mahupun banyak. Anak-anak perlu diingatkan bahawa dengan menunjukkan rasa syukur ini, ramai akan suka dan menyanyangi mereka.
Paling mudah, ajar dan ingatkan mereka untuk sentiasa ucap terima kasih. Ini paling simple, dan boleh bermula seawal usia 1 tahun.
Jika diterap amalan dan disiplin ini sewaktu mereka masih kecil, bila dewasa kelak .. mereka tak mudah untuk merungut dan mengeluh, yang sebenarnya satu sifat yang negatif untuk berjaya.
[post_ads]
Amalan Kemaskan Barang Milikan
Disiplinkan anak-anak supaya mereka mengemaskan barang mainan selepas bermain atau barang milikan mereka. Tugas didikan ini mungkin sedikit mencabar buat kebanyakkan ibu bapa tetapi ia penting supaya mereka menghargai apa yang menjadi milik mereka. Cara ini juga untuk mengelakkan sikap mensia-siakan pemberian orang, selain mendisiplin mereka supaya sentiasa kemas dan bersih.Kalau boleh, sebagai ibu bapa ... cuba sediakan tempat, bekas atau ruang khas untuk mereka simpan barang milikan mereka seperti mainan, buku cerita, pakaian dan sebagainya. Wujudkan ruang peribadi untuk mereka jaga. Hias jika perlu.
Amalan Menabung
Menabung adalah satu disiplin yang sangat baik untuk anak-anak. Ajarkan mereka untuk suka menabung. Di awal usia mungkin sedikit sukar, tetapi ibu bapa boleh disiplinkan mereka untuk menabung apabila mereka sudah mula bersekolah. Berilah duit belanja 'lebih' sedikit untuk memudahkan mereka menabung sendiri.Buat begini ..
"Adik, abah bagi duit belanja RM3 ni, beli makanan RM1, lebih ni nanti adik simpan dalam tabung ye"
Jika mereka belanjakan duit lebihan tu .. boleh beritahu begini ...
"Tengok abanglong tu, dia dapat beli jam cantik tu guna duit tabung, adik tak nak jam macam abang long tu ke? Kalau adik simpan duit dalam tabung .. mesti dah boleh beli jam cantik macam Along"
Lepas tu, apabila tabungan anak-anak dah semakin banyak, cubalah yakinkan mereka untuk simpan lebih banyak dalam bank atau institusi kewangan. Beritahu mereka akan nilai yang mereka akan dapat kalau simpan lebih banyak ... contohnya dapat pergi ke Disneyland ke, Legoland ke ...
Apabila disiplin ini sudah menjadi sebagai satu amalan yang baik, perkenalkan pula cara menabung yang lain, seperti menabung untuk membeli rumah sendiri, menabung untuk pergi sambung belajar luar negara .. ini sekadar contoh.
Dewasa kelak, mereka akan terbiasa dengan amalan baik ini.
Oh ya, untuk ibu bapa yang mungkin mahu memperbanyakkan lagi tabungan anak-anak, boleh cuba menyimpan dalam SSPN1M yang kini tawarkan simpanan menarik, simpan RM500 .. akan dapat tambahan RM500 PERCUMA dalam akaun. Boleh tengok tawaran ni di SINI.
Amalan Bersedekah dan Membantu Orang Lain
Terapkan dalam amalan anak-anak untuk ada sifat ingin bersedekah atau menderma. Ia satu amalan yang baik supaya mereka menjadi seorang yang murah hati, selain mewujudkan sifat ingin membantu orang lain.Boleh didik mereka untuk berikan mainan atau pakaian lama mereka kepada samada adik-adik lain, sanak sedara, kawan-kawan yang kurang berkemampuan atau sesiapa sahaja. Mereka akan belajar untuk membantu orang lain tanpa ada rasa beban.
Disiplin ini sebenarnya mendidik hati mereka, selain ia merupakan satu amalan yang dituntut dalam agama. Apabila mereka sudah dewasa kelak, ia akan menjadikan mereka seorang yang boleh memberikan manfaat pada orang lain atas kemampuan yang ada.
Amalan Meminta Maaf dan Memaafkan Kesalahan serta Kesilapan
Untuk wujudkan kasih sayang dan sejahtera dalam keluarga, terapkan disiplin memaafkan kesalahan dan kesilapan orang lain, selain rasa humble untuk segera meminta maaf jika berbuat kesalahan. Ini agar mengelakkan mereka untuk berdendam dan menyimpan rasa tidak puas hati.Amalan ini juga akan eratkan lagi ikatan sesama adik beradik dan juga ibu bapa. Ia juga mengajarkan anak-anak untuk tidak bongkak dan sombong.
Jika boleh, cuba didik mereka setiap kali meminta maaf dan memaafkan untuk bersalaman dan berpeluk terutama terhadap adik beradik dan ibu bapa. Ada kajian mengatakan cara ini akan meredakan perasaan marah, malah mengukuhkan lagi rasa kasih sayang.
Amalan Tidur Awal
Mungkin ramai tak sedar bahawa disiplin ini sangat bagus untuk anak-anak. Anak-anak yang sedang membesar memerlukan tidur yang cukup. Jika mereka cukup tidur, mereka akan lebih cergas dan kurang bermasalah.Jika mereka cukup rehat, mereka boleh melakukan disiplin lain dengan baik. Otak mereka boleh menerima input dengan jelas. Ia bukan sekadar akan memudahkan tugas ibu bapa untuk mendidik dan terapkan amalan-amalan baik, malah andai amalan ini diteruskan sehingga mereka dewasa ... kehidupan mereka akan menjadi lebih baik, lebih sihat dan lebih sejahtera.
Tidur awal, bangun awal.
[post_ads_2]
Ok.
Rasanya enam amalan atau disiplin yang saya kongsikan ini dah cukup bagi membantu ibu bapa mewujudkan sebuah keluarga yang sejahtera. Ia bukan untuk waktu sekarang, tetapi juga untuk masa depan anak-anak.
Didik dari sekarang agar mereka terbiasa, dan tidak menjadikan amalan baik seperti ini sebagai alasan bila mereka dah dewasa.
Bagus tips2 di atas
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.