Pulau Orang Utan, Tasik Bukit Merah, Gunung Semanggol, Perak
Saya pasti masih ramai lagi yang belum pernah berada atau pergi ke Pulau Orang Utan. Al maklumlah harga tiket untuk ke Pulau Orang Utan ini, buat sesetengah orang agak mahal. Pastinya sebelum ke sana, anda tentu nak tahu apa yang ada di Pulau Orang Utan Bukit Merah.Apa Ada di Pulau Orang Utan?
Jadi, apa ehh yang ada di Pulau Orang Utan tu?Alhamdulillah, saya telah diberikan peluang untuk pergi ke Pulau Orang Utan menerusi satu aktiviti bersama rakan blogger dari luar negara sempena mempromosikan negeri Perak sebagai destinasi pelancongan dan tempat menarik untuk dilawati pelancong.
Jika anda seorang yang cintakan kepada alam semulajadi dan menghargai haiwan yang sedang berada di dalam senarai kepupusan, maka Pulau Orang Utan adalah satu tempat yang wajar anda kunjungi. Anda akan belajar banyak perkara mengenai haiwan istimewa ini yang tidak terdapat di mana-mana negara lain di dunia, kecuali di Borneo iaitu Sabah dan Sarawak serta Kalimantan, Indonesia.
Spesies ini begitu unik sehingga namanya kekal sebagai Orang Utan.
Pulau Orang Utan merupakan santuari Orang Utan di Semenanjung Malaysia. Haiwan ini lepas bebas di sebuah pulau berkeluasan lebih 35 ekar, dikelilingi tasik seluas 7000 ekar secara keseluruhan.
Apabila anda berada di Pulau Orang Utan, anda akan berada di dalam kurungan berbanding 'penduduk tetap' di situ iaitu Orang Utan itu sendiri.
[post_ads]
Sebenarnya, Pulau Orang Utan bukan sekadar satu penempatan buat spesies ini di Semenanjung Malaysia, tetapi ia tempat pemuliharaan dan transit kepada Orang Utan yang diselamatkan daripada pemilikan secara tidak sah atau perdagangan haram.
Santuari Orang Utan di Semenanjung Malaysia
Pulau Orang Utan mempunyai fasiliti terbaik untuk merawat Orang Utan, malah beberapa kejayaan telah tercipta di sini, termasuklah kelahiran bayi Orang Utan. Kejayaannya dari hanya mempunyai 3 ekor Orang Utan menjadi kepada 24 ekor adalah satu pencapaian yang berjaya menarik minat ramai saintis dan penyelidikan untuk mengenal lebih rapat akan spesies ini yang menjadi ikon kepada Malaysia.Apabila anda masuk ke Pulau Orang Utan ini, anda akan berpeluang untuk belajar mengenai habitat semulajadi haiwan ini selain melihat kemudahan dan fasiliti yang tersedia di situ untuk Orang Utan.
Anda akan dapat melihat dengan lebih dekat mengenai bagaimana haiwan ini hidup, berkomunikasi, tabiat makan serta tahap kepandaiannya dalam survival di hutan sebenar.
Pulau Orang Utan adalah tempat yang terbaik untuk pengkaji spesies ini, dan lokasi menarik untuk dilawati di negeri Perak bagi mereka yang mahu melihat kehidupan haiwan ini lebih dekat selain mengetahui tentang program pemuliharaan yang dijalankan oleh Bukit Merah Orang Utan Island Foundation.
Harga Tiket Pulau Orang Utan
Untuk ke Pulau Orang Utan, anda perlu menaiki feri yang tersedia di jeti Bukit Merah Laketown Resort. Harga tiket masuk ke Pulau Orang Utan adalah seperti tertera di bawah:[post_ads_2]
bukit merah popular jugak dengan ternakan ikan arowana...terbaik
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.