Pelbagai Tawaran Kerja Kosong Tahun 2018
Jadi, peluang ini tidak harus dilepaskan oleh pencari kerja, samada yang mempunyai kelulusan ijazah dari universiti mahupun untuk lepasan SPM.[post_ads]
Agak berbeza di zaman saya mencari kerja. Memang susah dan sukar. Kena beli akhbar dan tengok di bahagian iklan. Lepas tu, gunakan buku graduan untuk hantar resume secara rambang.
Ada iklan di internet, tetapi zaman saya internet sangat mahal. Kalau nak hantar resume secara online, kena pergi ke Cyber Cafe.
Iklan di internet pun tak seperti sekarang. Cuma ada beberapa laman web sahaja yang paparkan mengenai kerja ni.
Sana Sini Iklan Tawaran Kerja Kosong
Sekarang, sana sini boleh nampak iklan jawatan kosong dan tawaran kerja. Kerajaan dan sektor swasta pun aktif iklan dan buat tawaran kerja ni.Contohnya, Kementerian Sumber Manusia yang mengadakan 75 siri jelajah Program JobsMalaysia di seluruh negara. Program ini menyediakan kira-kira 250,000 peluang pekerjaan, sepanjang tahun 2018. Fuh.. memang cukup banyak.
Malah, kira kira 20,000 jawatan kosong akan ditawarkan oleh 350 majikan pada Program Job Fair @ UTC 4.0 2018 yang akan diadakan di 13 Pusat Transformasi Bandar (UTC) dan Pusat JobsMalaysia di seluruh negara, bermula 3 Mac 2018.
Banyak memang banyak. Nak tahu peluang kerja yang ditawarkan sana sini di seluruh Malaysia? Terus ke https://www.facebook.com/JobsMalaysia.gov.my/
[Baca] Tips & Cara Lulus Temuduga Kerja
Cumanya, samada nak dengan tak nak je untuk memohon.
Tawaran banyak, yang akan memohon juga akan ramai. Jadi, sebagai seorang pencari kerja kena pastikan kerja yang dipohon tu akan berjaya diterima, dan kemudian dipanggil untuk temuduga.
Bab hadir temuduga ni masih ramai yang sebenarnya tak berapa nak cekap lagi. Walaupun ada kelulusan tinggi, tetapi ramai je yang gagal di peringkat temuduga.
[Dah Baca?] 10 Tips Untuk Peluang Cerah Dapat Kerja
Ambil peluang dengan banyaknya tawaran kerja kosong di tahun 2018, dan buat persediaan untuk hadapi temuduga. Pastikan juga resume dah siap lengkap dengan info terkini serta lengkap.
[post_ads_2]
ya dulu susah nak tengok iklan pekerjaan kecuali beli surat khabar dan kat tepi jalan.
ReplyDeletesekarang sangat mudah..
persoalanya sekarang layak dengan tidak untuk dapatkan pekerjaan tersebut
banyak peluang namun banyak lagi yg memohonnya...
ReplyDeletesokong komen sheila adziz
ReplyDeletehehehe
Juga setuju dengan komen Shiela Adziz. Minggu lepas, staff saya pergi interview satu jawatan kosong di Majlis Daerah Kampar, kekosongan cuma 4 saja tapi yang datang intervie hampir 100 orang.
ReplyDeleteantara nak atau tak aje mohon.
ReplyDeletetapi, tak mudah jugak kot nak dpt.
ada member tu, anak nyer, dah grad last year.
sampai skang tak dpt keje yg bagus.
jadi cashier kat mydin. serabut member tu mikirkan anak nyer.
dah le nak kawin lepas raya nanti.
Post a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.