Bercuti ke Pulau Langkawi - Beras Terbakar Tempat Shopping Harga Murah di Langkawi
Sejak bertahun-tahun lamanya, Beras Terbakar menjadi antara tarikan menarik di Pulau Langkawi. Selain pelancong hadir untuk melihat bagaimana rupanya Beras Terbakar tu, ia juga tempat lawatan yang ada banyak deretan kedai untuk mendapatkan cenderahati atau souvenier.Saya suka ke Beras Terbakar ni.
Lokasi Beras Terbakar Strategik Untuk Para Pelancong Singgah
Kalau nak ke Oriental Village dari Kuah, mesti akan lalu kawasan ni. Begitu juga kalau nak ke Pantai Chenang, juga akan lalui kawasan ni.Selain lokasinya yang senang nak temui, ia juga salah satu tempat menarik berkaitan sejarah Pulau Langkawi yang tidak mengenakan sebarang caj atau tiket masuk..hehe.. berbeza dengan Telaga Mahsuri yang mengenakan harga tiket masuk.
[post_ads]
Jika anda ke Beras Terbakar, pastikan anda berjalan masuk menerusi pintu gerbang Beras Terbakar, menyusuluri lorong sehingga ke hujung. Sepanjang lorong, ada banyak kedai yang menjual kain sarung, kain batik jawa, kain batik lepas, kain batik tradisional, kain batik berjenama terkenal, kain pelikat, baju-baju kanak-kanak, t-shirt berkaitan Langkawi termasuklah minyak Gamat di kira dan kanan.
Sampai sahaja di hujung lorong, anda akan nampak sebuah rumah tradisional yang tersergam cantik dan indah, selain persekitaran yang sangat bersih.
[post_ads_2]
Masuk sahaja ke perkarangan rumah itu, di sebelah kanan anda akan nampak Beras Terbakar yang diletakkan dalam bekas kaca. Ada info ringkas sejarah terjadinya Beras Terbakar ini, selain tapak Beras Terbakar di sebelahnya.
Sejarah Beras Terbakar, Pulau Langkawi
Beras Terbakar dikaitkan dengan sumpahan Mahsuri, seorang wanita yang tidak bersalah tetapi dizalimi dan dihukum bunuh kerana hasad dengki. Sebelum meninggal dunia, beliau telah bersumpah bahawa Langkawi tidak akan aman dan makmur selama tujuh keturunan.Kejadian Beras Terbakar ini berlaku tidak lama selepas Mahsuri dibunuh.
Kerajaan Siam telah menyerang Langkawi yang diperintah oleh Datuk Kerma Jaya pada ketika itu. Kerana dikhuatiri akan kalah dalam peperangan, beliau telah mengarahkan supaya semua simpanan beras ditanam agar tidak jatuh ke tangan musuh. Apabila Datuk Kerma Jaya benar-benar tewas, beras simpanan di Padang Matsirat itu telah dibakar. Menurut cerita, beras terbakar itu akan timbul setiap kali selepas hujan.
Peta Lokasi Beras Terbakar, Padang Matsirat, Langkawi
Disebabkan saya tiba agak lewat petang di Beras Terbakar, maka tak ramai orang .. malah, kedai-kedai pun dah nak tutup dah. Pun begitu, emak saya sempat juga beli 2-3 pasang kain batik untuk dibawa pulang.
Emak saya juga dapat beli Minyak Gamat Pulau Langkawi dengan harga lebih murah di situ. Harga nak tutup kedai .. hehe.
Hari pertama, kami dapat pergi ke Oriental Village, Beras Terbakar dan Pantai Kok. Alhamdulillah, kereta yang disewa tak ada masalah dan cuaca juga sangat baik, walaupun agak panas terik,
artikel ini mengisahkan kepada saya pengalaman belajar sejarah di sekolah la
ReplyDeleteaida gi beras terbakar ni masa kekecik dulu.
ReplyDelete2015 tu ada la ke langkawi. nak gi sini, tapi majoriti member dlm bas tak nak gi.
kami jengah dari tingkap bas aje.
kawasan beras yg terbakar tu da skit aje ekk...
Saya sudah pergi sini juga. Key chain beras terbakar bewarna masih ada di kereta. Sampai pudar warna dia.
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.