Wah berita baik untuk mereka yang menyimpan dan melabur dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB). Bonus khas untuk mereka yang menyimpan dan melabur dalam ASB akan dikreditkan ke dalam akaun mulai 1 Mac 2018. Bonus khas ini akan diberikan sebanyak 1 sen seunit bagi 10,000 pertama unit ASB.

Pemberian bonus khas ASB 1 sen seunit untuk 10,000 unit pertama ini diberikan adalah sempena ulangtahun  ke 40 Permodalan Nasional Berhad (PNB). Ia adalah untuk menghargai pelanggan PNB yang menyimpan dalam unit amanah ASB.

Bonus Khas ASB 1 Sen Seunit Dari PNB Masuk Akaun Mulai Mac 2018

Bonus Khas ASB 1 Sen Seunit Dari PNB
Menerusi portal Berita Harian, Pengerusi Kumpulan PNB, Tan Sri Abdul Wahid Omar berkata, Bonus Khas Ulang Tahun ini adalah penghargaan PNB kepada pemegang unit yang setia memberi sokongan selama ini.
[post_ads]
"Hari ini, syarikat pengurusan unit amanah PNB iaitu Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) adalah syarikat unit amanah terbesar di Malaysia dengan 228 bilion unit dalam edaran yang mana 67.3 peratus adalah unit-unit ASB," katanya dalam satu kenyataan.

Nampaknya nanti, bank-bank serta institusi yang menjadi agen pasti akan tertumpu oleh penyimpan-penyimpan ASB untuk semak dan lihat berapa bonus khas yang diterima. Saya pasti, ramai yang akan gembira dengan berita pemberian bonus khas ASB oleh PNB ini terutama yang banyak menyimpan.

Banyak Menyimpan, Banyak Pulangan

Bonus Khas ASB 1 Sen Seunit Dari PNB Masuk Akaun Mulai 1 Mac 2018
Pada 22 Disember 2017, pihak PNB telah mengumumkan pengagihan pendapatan (dividen & bonus) sebanyak 8.25 sen seunit untuk 10,000 unit pertama dan 7.25 sen seunit untuk baki unit selebihnya untuk Amanah Saham Bumiputera (ASB), bagi tahun berakhir 31 Disember 2017.

Siapa simpan dan labur banyak dalam ASB, maka banyaklah dan lebihlah beliau akan dapat dividen dan bonus.
Menurut kenyataan itu lagi, bonus khas berjumlah RM255.12 juta serta pengagihan pendapatan dan bonus sebelum ini sebanyak RM10.48 bilion, akan memberi manfaat kepada 9.1 juta pemegang unit yang melanggan lebih 145 bilion unit ASB.

Ini bermakna, lebih 7.5 juta penyimpan ASB dengan pegangan unit sehingga 10,000 unit akan menerima pulangan efektif sebanyak 8.25 sen seunit, manakala tambahan 1.7 juta pemegang unit ASB yang lain akan menerima sekurang-kurangnya 7.25 sen per unit seperti diumumkan pada akhir tahun lepas (2017).

Fuh ... banyak tu kadar keuntungan dan bonus yang diterima untuk ASB. Memang untunglah mereka yang banyak menyimpan dalam ASB untuk tahun 2017. Dah dapat dividen dan bonus ASB pada Januari 2018, kali ni dapat lagi bonus khas 1 sen seunit ASB.
Tapi kena faham ye, bonus khas ASB 1 sen seunit ni bukan semua yang dapat. 

Pengiraan pengagihan Bonus Khas adalah tertakluk kepada purata baki bulanan minimum selama 12 bulan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2017, bagi 10,000 unit pertama saja. Maka, kalau dalam buku pelaburan ASB anda tu tak ada baki bulanan minimum seperti dinyatakan, maka tak layaklah untuk terima bonus khas ini.

Pemegang unit boleh menyemak dan mengemas kini akaun masing-masing melalui portal baharu ASNB myasnb.com.my atau di mana-mana cawangan atau ejen ASNB di seluruh negara mulai 1 Mac 2018.
[post_ads_2]

Cara Semak Online

Tak tahu cara nak semak ASB secara online? Boleh ikuti tatacaranya di sini - Daftar Semak Baki Pelaburan ASB

Oh ya, jangan keliru ye. Pemberian bonus khas ini adalah rentetan daripada pengumuman yang dibuat pada Disember 2017. Ia bukan pengumuman baru, cuma nak beritahu bahawa bonus khas ini sudah dimasukkan ke dalam akaun ASB mulai 1 Mac 2018.

6 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. akhirnya masuk juga bulan 3 nanti

    BalasPadam
  2. menarik ni - untuk penyimpan yg tegar ni

    BalasPadam
  3. lama dah tak menabung kat sini tau...

    BalasPadam
  4. untunglah yang menyimpan dalam asb ni

    BalasPadam
  5. Patutlah check baki mcm ada lebih..rupanya ada bonus khas...nasib baik baca blog tuan HH

    BalasPadam
  6. Terima kasih tuan. Baru teringat tentang bonus khas ni. Terus check akaun. hihi

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement