Advertisement

Bisnes Shopee
Pernah singgah di Hentian Royal Belum Amanjaya di Pulau Banding tak? Aha, kalau anda dari arah Gerik nak ke Kelantan, saya syorkan anda untuk singgah di hentian ni. Hentian ini memang istimewa kerana dari situ, anda boleh menjelajah dan melihat kecantikan hutan hujan tropika di Tasik Temenggor yang merupakan antara tasik buatan tercantik di Malaysia.

Singgah Sebentar di Hentian Royal Belum Amanjaya

Hentian Royal Belum Amanjaya baru sahaja dirasmikan pada 20 Mac 2018 oleh DYMM Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah. Hentian ini telah dinaik-taraf menjadi lebih baik, selain memberikan peluang mereka yang singgah untuk menikmati keindahan sekitarnya.

Baru-baru ini, ketika dalam perjalanan pulang dari percutian di Kelantan, saya dan keluarga sempatlah singgah sebentar di Hentian Royal Belum Amanjaya ni. Uhh memang cantik pemandangan dan persekitaran dilihat daripada hentian ini.

Hentian ini boleh dikatakan antara tarikan pelancongan terbaru di negeri Perak, khususnya untuk daerah Gerik. Ia dibina dengan kos yang berjumlah RM20.4 juta.

Dari hentian ini, anda boleh pergi melihat beberapa tarikan utama di Hutan Royal Belum seperti Raflesia, gajah, house boat, kepelbagaian spesies ikan dan macam-macam lagi. Anda boleh naik bot menerusi jeti yang tersedia untuk disewakan di Hentian Royal Belum Amanjaya ini.

[Dah Baca?] Aktiviti Beri Makan Arnab Jinak di Oriental Village Langkawi

Saya sekadar singgah di hentian ini untuk melepaskan lelah dan berehat sebentar. Kata orang, jika mata rasa penat memandu, pandanglah warna hijau yang segar, in Sha Allah ... nanti mata yang lesu akan kembali 'terbeliak'.

Hentian ini juga ada kafe menjual makanan selain kedai jual cenderamata dari kraf orang asli.


Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement

13 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. cantik betul pemandangan tu..bila la kami sekeluarga nak tunaikan buckeltlist jelajah Pantai Timur melalui Gerik ni... ;D

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..untungnya Tuan dapat jalan jalan bersama keluarga.

    ReplyDelete
  3. seronoknya berjalan2 di kehijauan sebegini..

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah..untungnya Tuan dapat jalan jalan bersama keluarga.

    ReplyDelete
  5. tak pernah lagi sampai ke sini..pemandangan dan tempat pun cantik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila penat memandu, singgah sini memang mendamaikan betul... rasa letih hilang.

      Delete
  6. Wow. Baru lagi rasmi tempat ni. Mesti lawa pmndangan kat situ

    ReplyDelete
  7. Seronok betul berjalan-jalan di sana. Pulau Banding salah satu tempat percutian yang baik.

    ReplyDelete
  8. jeti tu nampak menarik sekali...moden kan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, dah naik taraf dah. Lebih moden, bersih .... pastu lengkap.

      Delete
  9. wowww,, nampak best rasa nak pegi sini jugak one day nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ikut laluan Timur-Barat ni .. memang patut singgahlah. Leh juga dapatkan souvenier.

      Delete
  10. InsAllah balik ke kampung nanti nak singgah jugak. cantiknya pemandangan di situ

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post