Jadual Perjalanan serta Tambang Feri ke Pulau Langkawi dari Kuala Kedah
Sekarang untuk ke Pulau Langkawi sudah lebih mudah, malah dah ada beberapa alternatif lain. Terbaru, anda boleh buat tempahan secara online untuk mendapatkan tiket feri ke Pulau Langkawi, baik dari arah Kuala Kedah mahupun Kuala Perlis.Anda boleh ke Pulau Langkawi samada menaiki Feri dari Kuala Kedah, Kuala Perlis mahupun dari Pulau Pinang. Jika dulu, anda terpaksa sewa kenderaan atau mengambil teksi di Pulau Langkawi untuk bersiar-siar dan bercuti, sekarang anda dah boleh membawa kenderaan anda sendiri menerusi perkhidmatan feri 'Roro'.
Tak terhad dengan servis feri untuk ke Pulau Langkawi, anda juga boleh terbang ke Pulau Langkawi menerusi beberapa syarikat penerbangan Malaysia, termasuklah penerbangan ke Pulau Langkawi dari syarikat tambang murah AirAsia.
[post_ads]
Bagi kebanyakan orang, untuk pergi ke Pulau Langkawi adalah lebih berpatutan dan mampu jika menggunakan perkhidmatan feri penumpang samada dari jeti Kuala Kedah mahupun jeti Kuala Perlis.
Jadual Perjalanan Feri Pulau Langkawi dari Kuala Kedah
Meh lihat dan semak jadual terkini feri penumpang ke Pulau Langkawi dari Kuala Kedah di bawah.Kuala Kedah - Langkawi | Langkawi - Kuala Kedah |
---|---|
07:00 am | 07:30 am |
08:00 am | 08:00 am |
08:30 am | 09:00 am |
09:30 am | 10:00 am |
10:00 am | 11:00 am |
11:00 am | 12:00 pm |
12:00 pm | 01:00 pm |
01:00 pm | 02:00 pm |
02:00 pm | 03:00 pm |
03:00 pm | 04:00 pm |
04:00 pm | 04:30 pm |
05:00 pm | 05:00 pm |
06:00 pm | 06:00 pm |
07:00 pm | 07:00 pm |
Kadar Tambang Feri Jeti Kuala Kedah ke Pulau Langkawi
Dan berikut pula adalah kadar tambang feri ke Pulau Langkawi dari Kuala Kedah.Dari | Destinasi | Dewasa | Kanak-kanak |
---|---|---|---|
Kuala Kedah, Kedah | Kuah, Langkawi Kedah | MYR 23.00 | MYR 17.00 |
Kuah, Langkawi Kedah | Kuala Kedah, Kedah | MYR 23.00 | MYR 17.00 |
Untuk mereka yang mungkin pergi bercuti secara sendirian ke Pulau Langkawi, boleh juga ambil perkhidmatan bas ekspress dari bandar utama terus ke jeti Kuala Kedah mahupun Kuala Perlis.
Masa perjalanan untuk Pulau Langkawi dari jeti Kuala Kedah mengambil masa lebih kurang 1 jam 40 minit. Bot yang akan menghantar ke Pulau Langkawi adalah bot berhawa dingin dengan nombor tempat duduk ditetapkan.
Panduan Tempat Duduk dan Tiket Feri Langkawi
Anda tidak boleh sewenang-wenangnya menukar nombor tempat duduk seperti yang tertera pada tiket feri untuk mengelakkan berlaku sebarang masalah di dalam feri. Pun begitu, seandainya banyak tempat duduk kosong setelah feri bertolak dari jeti, anda boleh tetapi tidak digalakkan untuk berpindah tempat.Tukar tempat duduk sering berlaku jika anda pergi bercuti ke pulau peranginan menaiki feri penumpang bersama keluarga atau kumpulan yang besar.
Oh ya, satu lagi nak beritahu.
Tiket feri yang telah dibeli tidak boleh ditukar masa atau nombor tempat duduk, melainkan ianya dilakukan ketika feri sudah memuatkan penumpang. Maksudnya jika tiket anda beli tertera tarikh perjalanan feri adalah jam 4:00 petang, dan anda mahu tukar ke waktu yang lebih awal, contohnya jam 2:00 petang, anda perlu berada di kaunter tiket feri atau pintu pelepasan pada jam 1:40 petang untuk semakan dan pengesahan semasa.
Seandainya ada tempat duduk kosong, barulah anda diberikan kebenaran untuk menaiki feri pada masa tersebut.
Semoga bermanfaat.
Jenis yang suka tukar tempat duduk dalam feri ini paling stress. haha. dah bagi no tempat duduk pn tak nak follow. T_T
ReplyDeletenice info. Terima kasih share
ReplyDeletebila la nak ke langkawi lagi ni. rindu...
ReplyDeletemr.asben seram bila aida ajak ke langkawi tau :)
shopping coklat tu ok lagi. coklat feveret dia.
tang shopping pinggan mangkuk tu hu hu hu....
Post a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.