Tips dan Cara Dapatkan Pelepasan/Potongan Cukai Maksimum
Jika anda awal membuat declare penyata cukai ini, in Sha Allah .. awallah anda akan dapat pulangan balik wang cukai anda. Jangan terkejut, untuk tahun 2017 ini .. banyak perkara yang boleh anda masukkan dalam declare cukai LHDN anda untuk dapatkan rebat serta potongan cukai. Silap-silap, anda boleh dapat pulangan semula duit cukai anda sehingga RM3,000!Untuk dapatkan pulangan semula duit pembayaran cukai ini, anda perlu membuat kaedah pemotongan secara automatik bulanan untuk membayar cukai. Jika anda tak buat kaedah ini, jadi kemungkinan besar nak dapatkan pulangan ini memang tak adalah.
Berikut adalah beberapa keadaan bagaimana boleh mendapat bayaran balik ..
Bayaran Balik Lebihan Cukai
Bayaran balik cukai wujud apabila:- Pembayar cukai telah membuat bayaran lebih daripada cukai yang sepatutnya,
- Pembayar cukai mempunyai lebihan cukai akibat taksiran cukai yang telah dikurangkan, atau
- Cukai yang dipotong daripada dividen melebihi tanggungan cukai pendapatannya dalam tahun berkenaan
Cara Menuntut Bayaran Balik
Bayaran balik lebihan kredit akan dibuat secara automatik kepada pembayar cukai dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh penghantaran Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP).Walau bagaimanapun jika anda tidak menerima bayaran balik, anda bolehlah berbuat demikian dengan menulis surat kepada Unit Pungutan di cawangan yang mengendalikan fail anda atau isikan Borang Maklum Balas Pelanggan http://maklumbalas.hasil.gov.my/ atau melalui panggilan telefon ke Hasil Care Line melalui talian tanpa tol 1-800-88-5436 (LHDN).
Menggunakan Baki Kredit Untuk Membayar Baki Cukai Tahun Semasa
Sekiranya akaun anda menunjukkan terdapat lebihan kredit bagi tahun sebelum tahun taksiran anda boleh membuat permohonan untuk menggunakan kredit tersebut bagi membayar cukai tahun semasa. Permohonan untuk set off boleh dibuat dengan mengemukakan surat kepada unit pungutan di cawangan di mana fail fizikal anda berada sebelum 30 April.Ok.
Setiap tahun akan terdapat beberapa kriteria tambahan untuk pelepasan cukai individu, ia bergantung kebiasaannya dengan pengumuman Perdana Menteri dalam pembentangan bajet tahun tersebut.
Bacalah Nota Penerangan BE Untuk Maksimum Potongan Cukai 2017
Anda harus tahu, kriteria pelepasan cukai untuk tahun 2016 tidak sama dengan tahun 2017. Jadi, sangat penting anda ambil tahu mengenai perkara-perkara yang boleh membantu anda mendapatkan lebihan bayaran cukai.Kaedah paling senang yang boleh anda ikuti untuk mendapatkan banyak pelepasan cukai individu ini ialah dengan membaca dengan teliti Nota Penerangan BE yang ada disediakan di akhir borang online menerusi ezHasil.
Mungkin ramai yang tidak sedar atau hanya ambil mudah - berdasarkan pengalaman tahun sebelumnya dalam mengistiharkan pendapatan dalam borang BE terkini, walhal Nota Penerangan BE ini berbeza setiap tahun.
Nota Penerangan BE 2017
Jika anda tak dapat nak akses ke nota yang saya maksudkan tu, boleh baca di bawah. Anda boleh cetak, atau simpan dalam PC.Jenis Potongan atau Pelepasan Cukai Individu LHDN 2017
Ok. Berikut adalah beberapa jenis atau kategori untuk pelepasan cukai yang boleh anda tuntut untuk tahun 2017.
Bil.
|
Jenis Potongan Individu
|
Amaun (RM)
|
1
|
Individu dan saudara tanggungan
|
9,000
|
2
|
Perbelanjaan rawatan perubatan,keperluan khas dan penjaga ibu bapa ( Keadaan kesihatan disahkan oleh pengamal perubatan)
ATAU
Ibu dan Bapa
Terhad 1,500 bagi hanya seorang ibu Terhad 1,500 bagi hanya seorang bapa |
5,000 (Terhad)
ATAU
3000 (Terhad)
|
3
|
Peralatan Sokongan Asas (untuk individu kurang upaya, suami/isteri, anak atau ibubapa yang kurang upaya)
|
6,000 (Terhad)
|
4
|
Individu Kurang Upaya
|
6,000
|
5
|
Yuran Pendidikan (Sendiri) :
(i) Peringkat selain Sarjana dan Doktor Falsafah - bidang undang-undang, perakaunan, kewangan Islam, teknikal, vokasional, industri, saintifik atau teknologi; (ii) Peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah - sebarang bidang atau kursus pengajian |
7,000 (Terhad)
|
6
|
Perbelanjaan perubatan penyakit yang sukar diubati (individu atau suami/isteri atau anak-anak)
|
6,000 (Terhad)
|
7
|
Pemeriksaan perubatan penuh (Diri sendiri, suami / isteri atau anak)
|
500 (Terhad)
|
8
|
Gaya Hidup :
(i) Pembelian buku, jurnal, majalah, suratkhabar bercetak dan penerbitan (selain bahan bacaan terlarang) untuk diri sendiri, suami / isteri atau anak; (ii) Pembelian komputer peribadi, telefon pintar atau tablet untuk diri sendiri, suami / isteri atau anak; (iii) Pembelian peralatan sukan untuk aktiviti sukan mengikut Akta Pembangunan Sukan 1997 (tidak terpakai bagi jenis basikal bermotor) dan bayaran keahlian gimnasium untuk diri sendiri, suami / isteri atau anak; dan (iv) Bayaran langganan internet |
2,500
(Terhad) |
9
|
Pembelian peralatan penyusuan
|
1,000 (Terhad)
|
10
|
Yuran penghantaran anak ke Pusat Asuhan Kanak-Kanak atau Pra-sekolah
|
1,000 (Terhad)
|
11
| Tabungan bersih dalam skim SSPN (Jumlah simpanan dalam tahun 2017 TOLAK jumlah pengeluaran dalam tahun 2017) |
6,000 (Terhad)
|
12
|
Suami/Isteri/Bayaran alimoni kepada bekas isteri
|
4,000 (Terhad)
|
13
|
Suami/Isteri kurang upaya
|
3,500
|
14
|
Anak di bawah umur 18 tahun
|
2,000
|
15
|
Anak yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun dan ke atas dan menerima pendidikan sepenuh masa (peringkat A-Level, sijil, matrikulasi, persediaan atau pra-ijazah)
|
2,000
|
16
|
Anak yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun dan ke atas tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
(i) mengikuti kursus di peringkat diploma dan ke atas di institusi pengajian tinggi dalam Malaysia (tidak termasuk kursus matrikulasi/pra-ijazah). (ii) mengikuti kursus di peringkat ijazah dan ke atas di institusi pengajian tinggi luar Malaysia. (iii) kursus dan institusi pengajian tinggi diiktiraf oleh pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan. | 8,000 |
17
|
Anak Kurang upaya
|
6,000
|
Pelepasan tambahan sebanyak RM8,000 bagi anak kurang upaya berumur 18 tahun dan ke atas, belum berkahwin dan mengikuti diploma ke atas di dalam Malaysia @ peringkat ijazah ke atas di luar Malaysia dalam kursus dan di IPT yang diiktiraf oleh pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan. | ||
18
|
Insuran nyawa dan KWSP TERMASUK tidak melalui potongan gaji
|
6,000 (Terhad)
|
19
| Skim Persaraan Swasta dan Anuiti Tertunda (Deferred Annuity) - berkuatkuasa mulai Tahun Taksiran 2012 hingga tahun taksiran 2021. |
3,000 (Terhad)
|
20
|
Insurans pendidikan dan perubatan TERMASUK tidak melalui potongan gaji
|
3,000 (Terhad)
|
21
| Caruman kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) |
250 (Terhad)
|
Untuk lebih terperinci mengenai kategori potongan di atas, jangan lupa bacalah Nota Penerangan BE yang saya telah lampirkan di atas ye.
Moga bermanfaat.
nice sharing HH.. terima kasih
BalasPadamSama-sama. Ilham dari isteri saya ni. Dia yng tgk detail tu. Ada kawan lhdn pun tak sedar beberapa kategori .. kelakar tak?
PadamUih beli handphone pun Ada laa.. baru perasan. Tq HH for sharing
BalasPadamYa. Beli smartphone leh dapat pengecualian cukai.
Padamperkongsian yang bagus :)
BalasPadamTerima kasih. Alhamdulillah. Itupun atas idea isteri saya suruh tulis benda ni.
Padamgud - dpt perkongsian di sini
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.