Baru-baru ni, semasa saya bercuti dengan anak-anak ke Pulau Langkawi, dapatlah merasa Aiskrim Gulung ni. Perisa yang jadi pilihan, Aiskrim Gulung Milo.
Aiskrim Gulung Milo, Oriental Village, Pulau Langkawi
Cuaca memang panas, jadi saya carilah sesuatu yang sejuk untuk dinikmati. Semasa di Oriental Village, bila isteri dengan anak-anak saya yang lain pergi merasai pengalaman di SkyRex dan 3D Art ... saya dengan Najmi, dapat peluang untuk lihat dan rasa Aiskrim Gulung yang viral tu.Najmi Melayan Aiskrim Gulung Milo
Hmm .. saya ingatkan macam masak roti canai, tapi lain skit. Haha .. yang pelik bagi saya ialaha adanya tempat nak buat aiskrim gulung ni ye. Uhh macam-macam skarang ni. Rasa macam ketinggalan dan noob betul bila adik manis pembuat aiskrim tentang peralatan nak buat aiskrim gulung ni.[post_ads]
Saya sempat rakam dan dah muatkan di YouTube. Nanti follow la ye channel YouTube saya tu ye. Anda boleh tengok sendiri bagaimana aiskrim gulung ini dihasilkan. Tak susah pun.
Video Cara Buat Aiskrim Gulung Milo
Hmm macam Aiskrim Gulung Milo ni, cuma bancuh coklat malt Milo dengan susu pekat, kemudian leperkan di atas pereng penyejuk.Rasa aiskrim ni memang sangat manis. Untuk diri saya yang ada diabetes ni, memang tak boleh makan banyak la. Satu sudu pun dah kira over-limit dah tu. Kena minum banyak air masak atau mineral lepas tu.
Tapi untuk Najmi, uhh layan betul dia dengan Aiskrim Gulung Milo ni, cuma dia cepat muak. Lepas 5-6 sudu disuap, Najmi dah tak nak dah.
Nasib baik isteri saya ada, dia yang habiskan aiskrim tu selepas keluar dari SkyRex.
Jika anda kebetulan berada di Oriental Village, boleh mencuba aiskrim ni. Ianya dijual RM10 semangkuk.
Nasihat saya, jangan beli banyak .. cukup beli satu dan berkongsi. Leh makan kat cafe situ sambil lepak-lepak. Ada kipas angin laju ..hehehe... jadi panas-panas berjalan dalam Oriental Village, boleh lepaskan dahaga dan penat.
Oh ya, dah follow YouTube, follow juga Instagram baru saya di sini - https://www.instagram.com/hasrulhassancom
[post_ads_2]
comel nya dak techik tu :D
BalasPadamHehe .. anak bongsu saya tu
Padamlayan ais krim time2 panas mesti seronok
BalasPadamYa, tapi sebenarnya tak elok manis ni sbb nanti buatkan kita lagi dahaga. Elok ambil yang masam-masam skit .. hehe
Padammemang layan juga makan aiskrim golong..masa waktu panas begini
BalasPadamsedapnya, saya tak pernah makan lagi ais krim gulung ni
BalasPadamsedapnya.. nanti nak cariklah
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.