10 Pelaris Bisnes Homestay. Ramai kenalan saya termasuk sahabat lama semasa belajar di sekolah menengah dan IPT yang mengusahakan bisnes homestay ini. Ia merupakan antara cabang bisnes moden yang boleh dibuat dan dilakukan hanya dari rumah. Malah, saya pernah menulis beberapa review dan advertorial berkaitan homestay di blog ini.

Bisnes homestay sekarang tak tertumpu untuk pasaran tempatan sahaja. Kini dengan menggunakan portal seperti AirBnb; pengusaha homestay di Malaysia boleh mempromosikan homestay mereka sehingga ke luar negara. Keunikan homestay di Malaysia sering menjadi pelaris terbaik sehingga ada pengusaha homestay tidak putus-putus menerima tempahan serata dunia. Best kan?

10 Pelaris Homestay Patut Usahawan Homestay Tahu

Namun, ada juga pengusaha homestay di Malaysia yang tidak tahu cara untuk melariskan homestay mereka. Mereka masih lagi dengan teknik serta cara 'tradisional' dan pendekatan yang save budget untuk homestay mereka.

Ok. Untuk post ini, saya nak kongsikan sedikit apa yang saya tahu mengenai bisnes homestay ini dan cara untuk melariskan bisnes ini untuk pengetahuan pemilik bisnes homestay di Malaysia. Apa yang saya akan kongsikan merupakan sebahagian dari isi kandungan pakej ebook Panduan Urus Homestay Gaya Jutawan, ditulis oleh seorang Jutawan Homestay yang telah menang beberapa anugerah dalam bisnes ini.
[post_ads]

Pelaris #1 - Dekorasi Eksklusif

Pelanggan inginkan kelainan ketika bercuti, oleh itu, pemilihan dekorasi yang menarik menjadi tarikan kepada pelanggan untuk memilih homestay anda. Anda boleh menambah dekorasi seperti frame gambar, pasu bunga, dan sarung kusyen moden yang boleh didapati di kedai dekorasi seperti Kaison, Romantika dan SSF. Anda juga boleh memasang wallpaper bagi menonjolkan kelainan di dalam hiasan dalaman homestay anda.

Pemilihan corak cadar dan tuala juga merupakan elemen penting dalam menaikkan seri homestay anda. Berhati-hati agar jangan terpilih corak cadar old style. Pilihlah corak yang moden dan terkini. Corak cadar moden mampu mempengaruhi suasana dan menaikkan seri homestay anda.
Jika anda seorang pelanggan nak mencari homestay, pada gambar 1 dan gambar 2 di atas, mana satu akan jadi pilihan anda?

Pelaris #2 - Warna Tema Homestay

Pemilihan warna penting kerana ia berhubung kait dengan nilai-nilai homestay yang dibawa di samping membantu memperkukuhkan hiasan homestay anda. Setiap warna mempunyai maksud dan emosi yang tersendiri.

Oleh itu pemilihan warna haruslah betul dan tepat dengan konsep homestay yang dibawa. Biasanya, jumlah warna yang digunakan adalah di antara dua hingga ke tiga warna sahaja. Menurut Robert Plutchik, seorang pakar psikologi dan pengarang buku terkenal, setiap warna mempunyai maksudnya yang berbeza dan ia mampu mempengaruhi emosi dan persepsi seseorang.

Berikut dikongsikan beberapa tip warna sebagai panduan anda untuk melariskan homestay kendalian anda:

Pelaris #3 - Perabot Moden

Pemilihan perabot yang moden adalah penting kerana ia merupakan elemen yang paling besar serta menentukan tema hiasan dalaman homestay anda. Pemilihan yang salah akan memberikan impak yang negatif kerana anda perlu bersaing dengan homestay lain yang mungkin menawarkan hiasan yang lebih menarik.

Anda nak tahu di mana anda nak dapatkan perabot yang nampak eksklusif dengan harga berbaloi? Aha .. anda boleh borong perabot di China. Perabot di China amat murah, malah design yang ada sangat moden, susah nak dapat di Malaysia dengan harga ditawarkan di sana.

Jika nak tahu cara nak borong perabot dari China, dari A sampai Z, boleh belajar menerusi panduan ini - Klik Sini (Buku + DVD)

Pelaris #4 - Gambar Memukau

Sebaik-baiknya dapatkan perkhidmatan jurugambar profesional kerana gambar merupakan penarik utama yang akan membuatkan pelanggan teruja untuk menempah homestay anda.

Pelanggan tiada akses untuk melihat perabot-perabot yang ada di homestay anda dengan lebih dekat, jadi pendekatan anda ialah memberikan gambar yang jelas, terang, menarik serta paling penting .. gambar sebenar homestay anda.

Dengan sedikit bajet mengupah jurugambar profesional, anda boleh dapatkan gambar-gambar homestay anda yang berkualiti terbaik dan memukau.

Lihat perbezaannya seperti ditunjukkan di bawah ini.

Pelaris #5 - Jaga Kebersihan dan Tahap Kualiti

Jaga tahap kebersihan homestay anda, jangan nampakkan sampah kecil atau besar walaupun seurat rambut.

Dua elemen ini adalah faktor utama yang memberi kepuasan kepada pelanggan yang menginap. Bayangkan jika seseorang menginap di homestay anda untuk pertama kalinya untuk bercuti. Sekiranya mereka mendapati homestay anda kotor dan tidak dicuci dengan sempurna, sudah tentu ini akan merosakkan mood percutian mereka.

Anda rasa adakah mereka akan kembali untuk menginap? Sudah pasti tidak! Malah lebih buruk lagi, jika mereka mem’viral’kan tentang kekotoran homestay anda di media-media sosial. Oleh itu, sentiasa pastikan dua elemen ini dijaga dengan baik.

Pelaris #6 - Unsur-Unsur Kredibiliti

Unsur-Unsur kredibiliti dalam melariskan homestay
[post_ads_2]
Sesetengah OTA (Online Travel Agency) memberi pengiktirafan kepada host yang mendapat rating yang tinggi daripada pelanggan. Antaranya Airbnb menganugerahkan gelaran Superhost kepada host yang menepati syarat-syarat kelayakan.

Tripadvisor pula menganugerahkan Traveller’s Award kepada pengusaha homestay yang mencapai tahap kualiti yang dikehendaki. Anda disyorkan untuk mendapatkan anugerah-anugerah seperti ini bagi meningkatkan kredibiliti homestay anda.

[Baca] Tips dan Panduan Urus Bisnes Homestay oleh Jutawan Homestay Faridil Altras

Pelaris #7 - Sediakan Snek dan Minuman Percuma

Pelanggan akan merasa dihargai jika mendapati terdapat snek dan minuman disediakan untuk mereka sebaik sahaja melangkah masuk ke homestay anda. Anda tidak perlu mengeluarkan kos yang tinggi untuk penyediaan snek dan minuman. Beli secara pukal di pasaraya atau hypermarket bagi mengurangkan kos. Nilai tambah ini akan membuatkan pelanggan berasa sangat gembira dan dihargai.

Pelaris ini sudah lama diamalkan oleh hotel-hotel bajet mahupun hotel mewah. Ia memang satu cara berkesan. Itulah sebab anak-anak saya sering meminta kami sekeluarga untuk menginap di hotel yang sama setiap kali mahu bercuti - hanya kerana pelaris ini.

Pelaris #8 - Post Mortem

Sentiasa membuat post morterm tahap kelebihan dan kekurangan homestay anda, seperti menambahkan idea baru atau added-value ke dalam homestay anda.

Borang maklumbalas yang anda berikan kepada penginap anda adalah sangat penting untuk perkara ini. Baca setiap maklumbalas yang mereka berikan. Sedikit sahaja kelainan yang boleh anda tonjolkan berbanding dengan pesaing anda, walaupun sekecil 10% sahaja, ianya mampu memberikan impak yang besar.

Oh ya, borang kaji selidik juga boleh menjadi medium terbaik untuk anda punyai pengkalan data pelanggan anda sendiri. Dengan teknologi sekarang, anda boleh blast promosi anda menerusi aplikasi WhatsApp mahupun Telegram dengan mudah.

Pelaris #9 - Baucer Diskaun

Untuk membuatkan pelanggan anda rasa dihargai, anda boleh menyediakan baucer diskaun kepada pelanggan ulangan anda kerana mereka adalah prospek pelanggan yang tinggi. Ini adalah kerana mereka telah merasai keselesaan menginap di homestay anda dan tentunya dengan memberi baucer tersebut, akan menjadi daya penarik untuk mereka kembali menginap di homestay anda.

Ia juga boleh dijadikan salah satu teknik pemasaran dan promosi dari mulut ke mulut yang sangat berkesan. Mereka yang rasa dihargai tidak akan susah untuk bercerita mengenai homestay anda kepada rakan taulan mereka yang lain. Aha .. silap-silap homestay anda boleh viral dengan mudah menerusi media sosial mereka.

Pelaris #10 - _________________

Untuk ketahui apakah pelaris yang kesepuluh ini, anda perlu muat turun Ebook 10 Pelaris Homestay yang akan diberikan secara percuma kepada anda.

Apa yang perlu anda buat ialah klik SINI dan isikan nama serta email anda.

Kemudian, anda akan diberikan link untuk baca mahupun muat-turun ebook tersebut menerusi email anda.

Nak tahu lebih banyak panduan dan tips dalam menguruskan bisnes homestay ini tak?

Jika anda berminat, muat-turun dahulu pemberian percuma ebook 10 Pelaris Homestay tersebut, akses anda - KLIK SINI.

Cara uruskan homestay gaya jutawan

2 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. setuju
    saya kalau cari homestay kalau tengok perabot dalam dan cadar katil wow dan cantik
    baru excited nak duduk
    hehehe

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement