Bisnes jual air ni memang mudah. Kalau terlintas di fikiran, nak jual air .. contohnya jual air balang, anda cuma perlu meja, balang, cawan plastik, payung, jus perisa, air dan ais. Tu keperluan paling asas untuk mula berniaga air balang.
Bisnes Jual Air Balang Untung Lumayan
Bisnes jual air ni untuk semua. Pelanggan pun dah siap sedia. Orang berniaga air, boleh jual air ke orang Melayu, Cina, India termasuklah kepada rakyat asing dari Nepal, Bangladesh mahupun Indonesia.Bisnes air ini mudah nak dapat pelanggan, inilah sebabnya pelawak Amir atau Mohammad Amirullah Azmi menceburi bisnes ini, meninggalkan perniagaan snek roti bakar yang diberi nama Roti Bakor Amirreka yang gagal untuk dikembangkan.
Pelawak Amir kini mengusahakan perniagaan air jagung diberi nama Air Jagung Amirreka yang diusahakan sejak setahun lalu (2017).
500 Paket Air Jagung Terjual Sehari
Langkah Amir menampakkan hasil, apabila dia mampu menjual 500 paket air jagung dalam masa sehari apabila menyertai pelbagai festival yang disertainya.[Baca] Hanya Modal RM1,000 Untuk Mulakan Bisnes Air Balang
Dari awalnya cuma suka-suka menjual air jagung, Amir kini giat memasarkan Air Jagung Amirreka di festival atau acara yang membuka ruang untuk menjual makanan dan minuman.
Paling best, menurut Amir, perniagaan air jagungnya itu semakin berkembang apabila ia dibuka secara francais untuk sesiapa yang ingin membeli pati minuman itu. Dia sudah mempunyai beberapa stokis di beberapa buah negeri dan berharap ia akan terus berkembang pada masa hadapan.
“Pati air jagung saya buat sendiri dan saya dapat resepinya daripada kawan saya.
“Alhamdulillah ramai mula membeli patinya untuk dibuat berniaga dan setakat ini saya mempunyai beberapa pelanggan tetap dari beberapa buah negeri,” katanya.
Anda juga boleh berniaga air seperti Amir ni.
Sumber: Peraktoday
yups
BalasPadamamir nih pun saing2 shuib sepahtu
pandai berniaga dan ambil peluang :)
Aku suka lakonan mamat ni
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.