Pertama Kali Guna Booking.com Tempah Online Penginapan Bercuti
Saya adalah pengguna baru Booking.com ini. Sebelum ini, saya banyak menggunakan aplikasi Traveloka dan juga Agoda.com apabila mahu menempah hotel secara online.Untuk pertama kalinya, saya telah muat-turun aplikasi Booking.com ini ke dalam smartphone saya.
Segalanya disebabkan saya mahu dapatkan penginapan termurah untuk homestay bagi cuti bersama keluarga sempena cuti persekolahan anak-anak saya. Saya cuba gunakan laman web Airbnb, tetapi nampaknya tiada kekosongan untuk destinasi yang dipilih.
[post_ads]
Lagipun harga penginapan homestay menerusi tempahan online Airbnb agak mahal, pada pandangan sayalah. Tapi tak tahulah, mungkin ada tawaran lebih murah dalam Airbnb yang saya tak nampak.
Hmm patutlah ramai usahawan homestay yang berjaya jadi jutawan.
Orait.
Aplikasi tempahan online Booking.com tak susah nak digunakan.
[post_ads]
Seperti biasa, anda boleh membuat carian mudah berdasarkan lokasi. Contohnya, macam saya .. saya cuba nak cari penginapan jenis homestay atau apartment di Cameron Highlands dalam lingkungan harga tertentu, dan yang memenuhi saiz keluarga saya.
Tak Perlu Bayar Apa-Apa Dahulu
Untuk pengalaman pertama kali saya ini, saya telah membuat tempahan secara online sebuah apartment di Cameron Highlands pada minggu pertama cuti persekolahan. Alhamdulillah, ada apartment yang dapat disewa dengan kadar yang berpatutan.Tak perlu bayar apa-apa dahulu. Malah, anda tidak perlu pun masukan butiran berkaitan pembayaran seperti kad kredit atau kad debit. Ini adalah kerana, owner property yang saya tempah di Booking.com tu mahu bayaran secara tunai!
Rasa Selamat Sebab Tak Perlu Butiran Kad Kredit/Debit atau Akaun Bank
Jadi, dari satu sudut .. saya fikir tempahan online di Booking.com adalah yang paling selamat kerana tiada butiran seperti nombor kad kredit/debit atau akaun bank perlu diberikan.Selesai sahaja buat tempahan, saya terus menerima email dari Booking.com dan juga SMS daripada owner property yang saya tempah. Lagi satu kelebihan bila buat tempahan di Booking.com .. saya boleh terus hubungi pemilik.
Berikut adalah email yang saya terima bila saya sahkan tempahan di Booking.com:
Dalam email itupun ada dinyatakan nombor telefon dan juga email owner apartment yang saya tempah. Ia juga nyatakan cara pembayaran yang perlu saya lakukan, iaitu bayar secara tunai apabila check-in di apartment tersebut.
Batal Tempahan Tanpa Caj
Untuk tempahan ini, saya juga diberitahu cara untuk batalkan tempahan. Secara amnya, tiada sebarang caj dikenakan untuk pembatalan dalam tempoh 14 hari sebelum kedatangan.Saya juga diberitahu mengenai beberapa peraturan tambahan berkaitan penginapan saya di apartment tersebut..
Anda tahu apa yang best kalau gunakan Booking.com ini untuk buat tempahan hotel/apartment/homestay secara online?
Selesai Menginap, Dapatkan Pulangan 10%!
Anda boleh dapat pulangan 10% daripada harga penginapan apabila selesai sahaja penginapan anda di situ, dengan syarat ... tempahan perlu dilakukan daripada rakan anda yang pernah membuat tempahan menerusi Booking.comAmacam? Menarik tak? Jadilah dapat 10% pulangan.
Andai anda nak dapatkan pulangan 10% ini menerusi tempahan di Booking.com, boleh gunakan link ini - Get 10% Refund With Booking.com
[post_ads_2]
Selain agoda, saya selalu guna booking.com. untuk tempahan. mudah dan service tip top
BalasPadamBooking.com ni aplikasi ketiga saya guna. Saya selalu gunakan Traveloka, Agoda, Trivago untuk cari hotel.
PadamBetul. LeYa dah pernah juga guna booking.com ni untuk tempahan bilik. Memang senang dan semuanya dibuat secara tunai. Jadi, tak risau lah kalau dalam online banking tiada duit. Sempat lah nak mengumpul sehingga harinya tu nanti.. Hahahaha... #GurauGurauAje. Dah nak bercuti tak kan tak ade duit kan..
BalasPadamHmmm ... saya suka booking sbb ada tawaran diskaun shingga 70% utk booking hari sama.
PadamJadi, Kite booking je dulu ye?
PadamNanti pada hari kita nk check in tu baru bayar?
yessszz .... saya pun guna booking.com
BalasPadambetul tue selalu anum guna agoda dan booking.com shj
BalasPadamBest sbb ada pulangan 10% tu.
Padamagoda and booking menjadi pilihan..
BalasPadamTiap2 tahun saya akan guna booking.com xde pn buat bayaran deposit tetapi.. baru2 ni pihak hotel call dam minta buat bayaran deposit..rasa mcm xmambantu pulak kali nie... sebab tiap2 tahun pun saya guna booking.com untuk book virgo batik....
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.