Resepi Masak Asam Pedas Ikan Kerisi. Saya sebenarnya memang tak reti nak masak Asam Pedas ni. Malah, tak pernah pun memasak resepi ni sebelum sebelum ni. Alhamdulillah, saya dah tahu cara mudah nak masak resepi Asam Pedas ni.

Resepi Mudah Masak Asam Pedas Ikan Kerisi

Resepi Mudah Asam Pedas Ikan Kerisi
Resepi Asam Pedas Ikan Kerisi
Baru-baru ni, saya dah cuba masak sendiri resepi Asam Pedas menggunakan ikan Kerisi. Walla, memang best dan memang sangat mudah. Setiap kali nak makan menu lauk Asam Pedas, saya akan gunakan cara ni.

Emak dan isteri saya pun tak pernah masak Asam Pedas. Kalau masak asam tu memang biasa. Emak saya kata, Asam Pedas ni lain sikit cara masaknya, berbeza macam masak asam yang selalu dia buat. Hmm ntahlah. Saya pun kadang keliru gak nama-nama masakan ni, walaupun nampak macam sama je.
[post_ads]
Ok, bagaimana cara mudah saya masak Asam Pedas Ikan Kerisi tu?

Senang je. Saya gunakan pes Asam Pedas yang memang ada dijual di kedai runcit. Beli sepeket memadai untuk hasilkan resepi lauk Asam Pedas yang sedap.

Err cuma kena kreatif sikit untuk menambahkan lagi 'kaw' macam masakan Asam Pedas Melaka .. huhu.

Bahan-Bahan Asam Pedas Ikan Kerisi

Resepi mudah memasak Asam Pedas ikan Kerisi
  • Pes asam pedas (syor guna Adabi).
  • Ikan Kerisi saiz besar, dipotong ikut suka, dalam 600gram pun ok.
  • Kacang bendi
  • Sebiji tomato dibelah empat
  • 3-4 tangkai daun selum
  • Cili kering dikisar
  • Satu labu bawang besar potong dua
  • Garam
  • Air
  • Minyak masak

Cara Menyediakan Asam Pedas

Cara masak Asam Pedas mudah
  1. Panaskan 1 sudu minyak masak dalam periuk
  2. Masukkan dan tumiskan pes asam pedas
  3. Biar naik bau, dan nampak warna bertukar, masukkan pula 2-3 sudu besar cili kisar
  4. Kacau-kacau dan tambahkan air dalam dua cawan
  5. Biarkan ia mendidih.
  6. Masukkan ikan Kerisi yang telah dipotong
  7. Biarkan ia sehingga mendidih
  8. Masukkan kacang bendi, tomato dan daun selum serta bawang
  9. Jika terlalu pekat, masukkan air.
  10. Biarkan selama 5-6 minit
  11. Tambahkan sedikit garam jika perlu. Jadi, anda kena rasa menu masakan anda.

Dah siap.

Aha, memang mudah. Kira macam masukkan je bahan-bahan yang tersedia tu.

Saya dah masak dua kali resepi Asam Pedas Ikan Kerisi guna pes, alhamdulillah setakat ini memang kena dengan selera sekeluarga.

Cubalah.

Meh layan gambar Asam Pedas Ikan Kerisi yang telah saya masak dengan jayanya, cara termudah, in Sha Allah sedap ... :)
Cara masak Asam Pedas mudah
Nak naikkan selera dan rasa, masakkan resepi ikan masin (jenis ikan masam tu). Perghh ...
[post_ads_2]

1 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement