Baru-baru ni, saya dan keluarga telah pergi bercuti ke Pulau Langkawi. Ianya berlaku seminggu sebelum cuti penggal persekolahan bermula. Jadinya, tak ramai orang atau pelancong tempatan di Pulau Langkawi.
Aktiviti Beri Makan Arnab Jinak di Oriental Village, Pulau Langkawi
Di Oriental Village ni memang macam-macam benda ada. Heh .. ada duit, boleh rasai segala keseronokan tersebut sebab semuanya berbayar.Tapi ada juga aktiviti di sini yang percuma boleh dilakukan, seperti memberi makan arnab jinak.
Tempatnya betul-betul di bawah SkyCab. Di sebelahnya ada restoran jual makanan. Agak mahal makan di situ, tapi sekadar dah hilang lelah dan dahaga, boleh je lepak di sofa empuk. Ada kipas untuk dinginkan badan.
Anak-anak saya memang tak lepaskan peluang untuk melihat dan memegang arnab jinak yang ada di situ. Nak beri makan arnab ni, ada disediakan makanan khas yang dijual dengan harga serendah RM1.
Masa anak-anak saya masuk ke 'kandang' arnab ni dan nak beri makan arnab, nasib baik ada pelancong asing yang sudi berkongsi makanan arnab. Jadinya, tak perlulah nak beli. Baguskan begitu?
Najmi, anak kecil saya yang belum pun berumur setahun pun seronok melihat banyak arnab jinak di situ. Najmi memang tak takut dengan haiwan. Kalau boleh dia nak pegang-pegang dan gomol lagi .. hehe.
Best tengok gelagat anak-anak memberi makan arnab di sini. Bila mereka seronok, rasa berbaloilah bawa mereka jenjalan ke Oriental Village ni.
[post_ads_2]
Kalau anda pergi bercuti ke Pulau Langkawi, pastikan bawa anak-anak ke Oriental Village ni. Andai anda menginap di pekan Kuah, jadikan ia destinasi terawal untuk pergi, kerana jaraknya agak jauh juga.
Bila balik dari Oriental Village ni, bolehlah singgah di Pantai Kok dan nikmati Laksa Kedah.
wah seronok tgk budak2 enjoy kan. nanti bolehlah masukkan dalam program mama nanti nak kesana gak
ReplyDeletecomelnya arnab2 tu!
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.