Malah, saya pernah jumpa ada servis meningkatkan pengikut Instagram dengan cara menggunakan teknik godam akaun popular.
7 Tips Untuk Elak Akaun Instagram Dari Kena Hack
Dek kerana ramai pengguna Instagram yang ada ratus ribu pengikut sering menjadi mangsa dari jenayah siber ini, maka di sini, saya ingin kongsikan serba sedikit tips untuk mengelakkan akaun Instagram kena hacked atau kena godam.Tips yang akan diberikan ini cukup mudah untuk diamalkan. Andai sayangkan akaun Instagram anda yang dah ada ramai follower tu, maka ikutilah tips di bawah dengan teliti.
[post_ads]
Gunakan Email Yang Berbeza
Jangan guna akaun email yang sama untuk peribadi dan bisnes. Maka, samalah juga untuk akaun Instagram, sila gunakan email berbeza untuk login ke Instagram. Jika anda gunakan fungsi login ke Instagram guna Facebook, pastikan alamat email anda berbeza di FB dengan Instagram.Ada kes di mana penggodam dapat masuk ke akaun Instagram anda menerusi akaun FB. Jadi, awas ingat tips ini.
Tambahan lagi, fungsi email ini akan digunakan bagi membolehkan anda mendapatkan semula akaun Instagram anda seandainya ia telah digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Sentiasa Tukar Kata Laluan Atau Password
Malas tukar password bakal menjadi penyebab akaun Instagram anda kena hack atau digodam. Jangan abaikan tips utama keselamatan akaun media sosial ini. Anda perlu kerap menukar kata laluan atau password, sekurang-kurangnya 3 bulan sekali.Sekiranya anda terlupa kata laluan yang telah ditukar, hantar email support untuk buat tetapan semula kata laluan yang baru. Ini peri pentingnya anda ada akaun email yang berbeza untuk handle akaun Instagram anda!
Manalah tahu, kot-kot salah satu akaun email anda juga turut dihack oleh penggodam. Setidaknya ia akan kurangkan kebarangkalian anda kehilangan salah satu akaun sosial media anda seperti Instagram.
Gunakan Pengesahan 2 Faktor
Ini merupakan ciri keselamatan tambahan yang diamalkan bagi kebanyakkan aplikasi di internet. Bukan sahaja bank komersil menggunakan teknik pengesahan dua faktor ini, malahan email dan akaun media sosial seperti Facebook dan juga Instagram turut menggunakan cara ini untuk membantu pelanggan mereka dari kena hack.Pengesahan dua faktor ialah ciri keselamatan antara terbaik yang boleh elakkan akaun Instagram dari kena hacked. Apabila pengesahan dua faktor dihidupkan, setiap kali anda log masuk ke Instagram daripada peranti yang tidak diketahui, anda akan diminta untuk memasukkan kod keselamatan SMS atau kod sandaran selain nama pengguna dan kata laluan anda.
Jadi, untuk kaedah ini, pastikan nombor telefon anda dikemaskini di akaun Instagram anda. Fungsi ini boleh dinyah-aktifkan pada bila-bila masa, terutama jika anda berhajat untuk tukar smartphone baru dan install semula Instagram.
Gunakan Password Berbeza
Bukan semua orang mahu buat akaun email yang berbeza untuk uruskan akaun media sosial ni, jadi alternatifnya ialah, gunakan kata laluan atau password berbeza. Jangan gunakan password yang sama di Instagram seperti password di email.Jika anda gunakan kata laluan atau password yang sama untuk email dan juga Instagram, maka kemungkinan besar untuk anda dapatkan akaun Instagram anda kembali mungkin sukar sedikit. Ini adalah kerana, untuk mendapatkan kembali akaun Instagram yang telah digodam, email yang diletakkan dalam Instagram akan dijadikan sebagai rujukan.
Dan penggodam boleh tukar je alamat email di dalam Instagram tu untuk sukarkan anda dapatkan kembali akaun anda. Jika anda blogger, ia juga boleh akibatkan anda kehilangan blog anda!
[Dah Baca?] 4 Tips Menjadi Personaliti Berpengaruh dan Popular di Instagram
Link Dengan Facebook
Satu lagi alternatif untuk mereka yang malas nak daftar atau gunakan email jika login ke Instagram. Anda hanya perlu link sahaja akaun Instagram anda dengan Facebook.Ada dua kaedah, samada anda link Instagram anda ke akaun FB personal anda, atau link ke FB Page.
Jadinya, setiap kali anda nak masuk ke Instagram, anda hanya gunakan login ke FB sahaja. Oleh itu, jika anda guna smartphone untuk login Instagram, pastikan anda dah sedia login ke FB.
Awas 3rd Party App Meragukan
Kadang penggodam boleh akses ke akaun Instagram anda menerusi aplikasi lain yang anda muat-turun ke dalam smartphone anda. Contohnya, anda main game, kemudian anda diminta untuk link ke akaun Instagram bagi mendapatkan mata atau ganjaran, maka awas .. anda mungkin undang pencerobohan mudah berlaku.Satu lagi ialah menerusi aplikasi yang berkaitan gambar, kebiasaannya akan minta anda link ke akaun Instagram samada untuk republish, repost dan sebagainya. Pilih aplikasi 3rd party yang sah dan tidak meragukan. Tips - gunakan aplikasi antivirus untuk scan aplikasi tersebut dahulu.
[Dah Baca?] 5 Taktik Untuk Tambah Follower Instagram Boleh Anda Cuba
Logout Akaun Instagram Selesai Guna
Ini tips paling mudah. Anda perlu logout akaun Instagram anda selepas guna, terutama andai akses akaun anda samada daripada komputer/laptop sendiri atau orang lain; begitu juga kalau anda akses akaun Instagram anda menerusi smartphone orang lain.Lagi satu, katakan smartphone anda rosak .. anda hantar ke kedai untuk repair dan kerja untuk repair tidak dilakukan depan mata anda, ia juga berkemungkinan buatkan akaun Instagram anda kena hacked. Jadi, pastikan anda logout.
[Dah Baca?] Cara Berkesan Untuk Lariskan Bisnes dan Jualan di Instagram
Amacam? Dapat sesuatu dari perkongsian saya ini?
Kalau Dah Kena Hacked?
Bagaimana kalau akaun Instagram anda dah kena hacked atau anda percaya ia dah kena hacked?Anda boleh dapatkan kembali dengan mudah akaun Instagram anda yang dah kena hacked atau godam ni, seandainya akaun email anda masih boleh diakses. Jadi itulah sebabnya saya sarankan anda gunakan akaun email berbeza atau setidak-tidaknya password berbeza.
Boleh baca artikel ni jika nak dapatkan akaun Instagram yang dah kena hacked tu - Cara Dapatkan Akaun Instagram Kena Hack
Atau boleh sahaja minta bantuan daripada pihak Instagram sendiri menerusi email - Saya Tidak Dapat Log Masuk Akaun Instagram
[post_ads_2]
Sila kongsi pada orang lain ye.
terima kasih sifu. sangat bermanfaat ^_^
BalasPadamTerima kasih .. ramai yang cari cara nak dapatkan akaun instagram balik. Kesian yang dah ada ribuan followers tu.
PadamSalam abg saya kena kes mcm ni link dia 'Bogus Instagram account using my email, never been verified, has over 1000 followers' dapat noti ig kena login dari US pastu saya tekan recover akaun sebab dah cuak pastu bila masuk rupanya ig lain yg registered under email saya. Saya delete ig tu pastu sebab cuak dgn akaun betul pon saya delete so kesimpulannya dorang ambik email kita yg sah untuk create bot account sesetengah untuk follow orang so berhati hati2
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.