Hari ini saya nak berbagi tips gratis yang sangat penting untuk pembuatan kek, biskut dan juga kuih-muih yang melibatkan telur. Tips ini adalah untuk memastikan mana-mana kek, biskut atau kuih yang dibuat menggunakan telur akan rasa lebih enak, gebu dan juga tidak ada bau hanyir telur.

Pernah tak anda membuat kek, biskut atau kuih yang guna telur, dah ikut resepi elok-elok tetapi rasanya kurang sedap, pastu tak berapa nak cantik dan baunya tak menyenangkan .. ada bau hanyir telur yang kuat? Aha ... ini adalah sebab cara nak gunakan telur dalam pembuatan kek atau biskut mahupun kuih tu tak berapa nak betul sangat.

10 Tips Mengenai Telur Untuk Hasilkan Kek dan Biskut Sedap

10 Tips Mengenai Telur Untuk Hasilkan Kek dan Biskut Sedap

Untuk bantu anda yang suka dan gemar buat kek, biskut dan kuih yang guna telur, saya akan kongsikan 10 tips penting berkaitan telur untuk digunakan dalam penyediaan kek, biskut dan juga kuih-muih.

Ini penting supaya nanti kek atau biskut yang dihasilkan akan nampak menarik, menjadi ... dan paling penting sedap. Apa yang anda lihat dalam resepi-resepi berkaitan kek dan biskut, itulah yang anda akan dapat hasilnya .. in Sha Allah.

Tips Penting Mengenai Telur Untuk Penyediaan Resepi Kek/Biskut

Tips Penting Mengenai Telur Untuk Penyediaan Resepi Kek/Biskut

Anda baca elok-elok tips di bawah ini ehh ..
  1. Pastikan hanya telur segar digunakan untuk membuat kek atau biskut. Uji kesegaran telur dengan meletakkan telur ke dalam gelas berisi air. Jika telur tenggelam ke dasar, bermakna telur masih segar. Saya pernah ceritakan dalam Facebook saya.
  2. Telur yang masih segar, warna kulitnya cerah. Telur yang sudah agak lama, akan nampak sedikit kusam dan timbul bintik-bintik hitam. Jadi, jika nak buat kek dan biskut .. jangan pilih telur yang ada tanda-tanda seperti ini.
  3. Untuk membuat biskut jangan gunakan telur bersaiz AA kerana kandungan cecair yang berlebihan akan membuatkan doh lembik. Cukup sekadar telur saiz B. Aha .. ramai yang ingat gunakan telur saiz besar lebih baik, lebih bagus .. tetapi sebenarnya tidak. Ia akan merencatkan pembetukan kek atau biskut tu untuk jadi cantik dan gebu.
  4. Jika ingin kek gebu dan ringan, pukul telur sehingga kembang. Lebih lama lebih baik. Tips penting ..untuk mengetahui telur yang dipukul tu sudah cukup gebu, senduk adunan dan terbalikkan. Adunan tidak akan jatuh kalau ia sudah betul-betul gebu.
  5. Ramai akan simpan telur dalam peti ais. Jadi, apabila nak menggunakan telur tersebut bagi tujuan buat kek dan biskut, keluarkan telur sekurang-kurangnya 30 minit dari peti ais sebelum digunakan. Ini penting untuk menstabilkan suhu, dan bagi memastikan fungsi telur dalam pembuatan kek atau biskut tu dioptimumkan.
  6. Bau hanyir? Untuk mengurangkan bau hanyir telur, campurkan sedikit esen vanila atau jika anda rajin, anda buanglah pusat telur. Tali pusat telur ini berwarna sedikit keruh/putih, dan nampak seperti berketul sedikit. Ia terletak biasanya pada bahagian putih telur yang nampak macam 'terikat' pada kuning telur. Anda pecahkan telur, mesti akan nampak bezanya.
  7. Jika resepi kuih atau biskut memerlukan anda untuk pisahkan kuning dan putih telur, buat ketika ia dalam keadaan sejuk. Kuning telur dan putih telur mudah dipisahkan jika telur sejuk. Telur juga membantu struktur dan kestabilan dalam adunan biskut dan kek.
  8. Ingat, apabila memukul putih telur, mulakan pada kelajuan perlahan terlebih dahulu dan tambah tahap kelajuan hingga adunan gebu dan ringan. Ramai yang buat kek dan biskut .. fikir nak cepat je .. sehingga hasilkan adunan dengan cara gelojoh ... akibatnya, hasil akhir kek dan biskut tidak seperti diharapkan.
  9. Jangan simpan telur terlalu lama di dalam peti sejuk, kerana telur akan menjadi ringan. Amalkan cara .. beli telur segar apabila betul-betul nak buat kek atau biskut. Nak buat baru beli.
  10. Telur diibaratkan sebagai sumber penaik dalam pembuatan kek span kerana sel-sel udara terperangkap di dalam buih-buih telur dan akhirnya mengembangkan tekstur kek apabila dibakar. Jika nampak banyak buih telur tu ... maka ia bagus untuk buat kek span... :).


Ramai yang tak ambil kesah mengenai cara nak gunakan telur dengan betul bila nak buat kek dan biskut. Akibatnya, bila buat ikut resepi .. ia tak menjadi, dan paling teruk .. tak sedap dan langsung tak dijamah. Rugi dan membazir kan?


Jadi, ambil perhatian soal bahan-bahan dan kandungan setiap pembuatan kek dan biskut tu. Nak sedap, gunakan bahan terbaik dengan cara yang betul.

Semoga 10 tips diberikan tu dapat dimanfaatkan sebaiknya ye .. in Sha Allah kek dan biskut akan jadi lebih sedap dan nampak menarik.

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement