Alhamdulillah, untuk bulan Mac 2018, blog saya ini - HasrulHassan.com telah berjaya maintain menerima trafik bulanan atau jumlah pageviews sebanyak lebih daripada 150K. Lebih tepat lagi, blog ini berjaya menerima trafik (hits) sebanyak 180,091 untuk bulan Mac 2018.
Jumlah Trafik & Statistik Blog Bulan Mac 2018
Blog HasrulHassan.com menerima 180,091 pageviews daripada 57,409 pembaca yang sebahagian besarnya adalah pembaca-pembaca baru. Kadar bounce rate juga kekal rendah di bawah 10%, iaitu 5.48% yang menunjukkan secara am bahawa pembaca berada agak lama di dalam blog ini untuk bacaan-bacaan lain.Jumlah 180K pageviews yang diterima tak jauh beza dengan jumlah trafik atau pageviews bulan Februari iaitu sebanyak 188,727. Walaupun nampak penurunan, namun pada saya ianya tidaklah ketara; in Sha Allah .. mampu mencapai target blog ini untuk catat angka 26 juta hits sebelum akhir tahun 2018 secara keseluruhan, sejak ia 'dirasmikan' pada Ogos 2010.
[Baca Dah?] Jumlah Trafik Blog Bulan Februari 2018 Blog HasrulHassan
Yeah, bukan mudah ooo nak capai angka pageviews 26 juta. Tanyalah mana-mana penulis blog yang berdiri secara sendiri atau freelance ... susah kauuuu .. ! Janganlah banding dengan blog yang ada ramai penulis tu ekk ....
Demografik Pembaca Blog
Daripada angka dicatat itu, pecahan pembaca blog ini saya tunjukkan di bawah ...Aha, daripada apa yang anda boleh lihat, kebanyakkan pembaca blog saya ini terdiri dari golongan belia, berumur dari 25 tahun hingga 44 tahun, yang lebih separuh darinya adalah dari golongan wanita.
[post_ads]
Topik Apa Mereka Baca?
Mereka membaca berkaitan perkara tentang shopping yang sering saya kongsikan di dalam blog ini selain berkaitan percutian di serata Malaysia dan juga berkaitan kekeluargaan.Kekeluargaan adalah merupakan salah satu kategori gaya hidup atau lifestyle yang ramai orang nak ketahui dalam lingkungan umur 25 tahun hingga 44 tahun. Mereka mungkin mencari tips tentang parenting, mungkin mencari resepi, atau mencari tempat menarik untuk bercuti.
Saya memang cuba memfokuskan kategori tersebut kerana saya mempunyai pengalaman dan pengetahuan mengenainya. Lagipun, itulah cara yang betul untuk menulis sebuah blog ... huhu .. berkongsi sesuatu bersandarkan kepada pengetahuan dan pengalaman sebenar.
Pun begitu, kadangkala saya turut menulis beberapa kategori lain agar dapat menarik minat pembaca baru yang mungkin lebih spesifik. Apabila menulis sebuah topik yang lebih spesifik, ia akan bukan sahaja membuatkan pembaca berada lebih lama di dalam blog, tetapi juga akan memungkinkan blog saya mendapat autoriti lebih baik dalam enjin carian Google.
Sumber Trafik Dari Enjin Carian
Hampir 60% daripada sumber trafik blog ini datangnya dari enjin carian Google. Jadi, saya akan terus memanfaatkan sumber ini untuk memastikan blog saya terus menerima trafik lebih daripada 150K setiap bulan, in Sha Allah.Saya berterima kasih kepada ramai rakan blogger yang sudi berkongsikan artikel blog ini di laman sosial media mereka dan juga blog mereka; alhamdulillah ... tempias trafik daripada blog-blog tersebut sedikit sebanyak berikan sumbangan kepada 180K pageviews untuk bulan Mac 2018.
[post_ads_2]
Anda berminta nak bekerjasama? Atau meletakkan iklan bisnes anda di blog saya? Boleh hubungi menerusi ruangan hubungi saya atau terus online chat menerusi looket.me/hasrulhassan
Salam Sifu....
ReplyDeleteGua punya Google Analytic macam gelong sangat.. Stat dia macam susah nak diterima dek akal.. Maka terpaksa install 3rd party stat...
Tak pasti, apa masalahnya
Salah letak kod dia? Wordpress ni aku tak berapa nak tahu sangat. :)
Deletefuh...lebih separuh organic..seo mantap
ReplyDeleteTapi dah tak macam dulu, agak lambat sikit ia tersenarai .. mungkin kena bina backlinks banyak lagi
DeleteAlhamdulillah.. tahniah...
ReplyDeletetahniah Bro HH.. kita punya bounce rate masih tinggi aduhaiiii.. pageview sikit jah hahahha..
ReplyDeleteTahniah bro HH... saya masih mencuba utk dpt 100k page view permonth... Tak dpt....
ReplyDeleteNak dpt 180K mcm bro...lagi banyak usaha kena buat ni
Post a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.