Bercuti dan Bersantai Petang di Pantai Cahaya Bulan
Ketika saya dan keluarga pergi bercuti ke Kota Bharu, kami memang tak lepaskan peluang untuk lihat dan rasai sendiri suasana petang di Pantai Cahaya Bulan ni. Walaupun perjalanan agak mengambil masa dari tempat penginapan kami, namun kami rasa puas dapat bersantai petang di PCB.Cari Makan Sedap di Pantai Cahaya Bulan
Sebenarnya, kedatangan kami ke PCB bukan setakat nak bersantai petang semata-mata. Dengarnya di PCB ada banyak kedai makan yang menyajikan hidangan menu yang sedap antaranya Mee Udang dan Mee Ketam. Makanan 'ringan' seperti Ikan Celop Tepung, Sotong dan Udang Celop Tepung pun mudah dicari di PCB ni.Kalau ikut pengalaman saya sekeluargalah, menu masakan celop tepung ni lebih popular sekitar Terengganu. Malah, sewaktu kami bercuti ke Kuala Terengganu, ada banyak tempat di tepi pantai yang sediakan menu masakan ini; dan bagi saya ... menu celop tepung di Terengganu lebih sedap jika dibandingkan dengan di Kelantan .. huhu...
Ehh ... bukan saya nak kata menu serupa tak sedap di Kelantan, cuma selera saya lebih kepada selera Terengganu kot .. jangan maraaahhh naa.
Lain orang lain selera .. ye kan?
Tapi, kalau nak bersantai petang di Pantai Cahaya Bulan ni .. memang saya syorkanlah; apatah lagi kalau anda baru pertama kali sampai ke Kota Bharu atau Kelantan.
Tempatnya agak terjaga, ada kedai makan, ada aktiviti-aktiviti boleh dilakukan bersama keluarga.
PCB memang menjadi tumpuan waktu petang. Ramai orang suka datang ke sini.
[post_ads]
Masalah Parking?
Jika anda pertama kali ke PCB, mungkin anda akan rasa bermasalah untuk mencari parking kereta. Tetapi sebenarnya ada je kemudahan tempat letak kereta di sini, cuma agak jauh sedikitlah. Kalau nak parking kereta betul-betul tepi pantai ni, memang sukar sikitlah ... melainkan anda datang awal pagi .. huhu.Ada je kawasan nak letak kenderaan ni. In Sha Allah, boleh je cari dan tak susah sebenarnya nak dapatkan parking.... errr melainkan memang tersangat ramai orang datang santai petang di situ ..
Aktiviti Menarik Boleh Dibuat di PCB
Selain menghirup udara nyaman tepi laut, anda boleh juga dapatkan layang-layang yang ada dijual di sini. Uhh standard ... kat mana-mana tepi pantai, lebih lagi area Pantai Timur Semenanjung ni, akan ada peniaga yang jual layang-layang aneka warna dan corak.Anak-anak saya ada juga pujuk minta dibelikan layang-layang tu .. tapi saya kata, "Ishh susah nak bawak balik nanti ...".
Alternatif, saya suruh mereka beli belon buih. Lebih murah, lebih seronok dan pakai buang .. hehe.
Maira; anak perempuan saya, yang seronok melayan belon buih di benteng PCB. Nasib baik orang Kelantan sporting .. huhuhu .. tak kesah belon buih singgah menyinggah tanpa haluan.
[post_ads_2]
Oh ya, kat PCB ada aktiviti berkuda. Saya tak pasti kena sewa berapa, tapi adalah nampak beberapa orang naik kuda berjalan tepi pantai tu.
Pemandangan di waktu petang di PCB juga amat menarik dan cantik. Memang best kalau ambil gambar di sini.
[Dah Baca?] Santai Melihat Matahari Terbenam Pantai Bersih, Butterworth
Memang banyak tempat menarik yang ada sekitar Kota Bharu ni, itulah sebabnya ia menjadi destinasi kami untuk bercuti baru-baru ni. Itupun, percutian 3 hari 2 malam masih banyak tempat yang kami tak jelajahi dan singgah.
Al maklumlah, ada waktu yang perlu dikhaskan untuk bershopping di Pasar Khadijah .. hehe.
In Sha Allah, lain kali kami pasti akan datang lagi.
rumah saya dekat sangat dengan pcb ni. tapi nak ke sana setahun sekali cukup susah. dan, makanan celup tepung kat sini tak sedap dan harga cekik darah.. jgn mudah terpengaruh ye. hehe!
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.