Diskaun Saman dan Kompaun JPJ Sebanyak 70% Bermula 2 April - 2 Mei 2018
Pengumuman pengurangan dan diskaun saman JPJ sebanyak 70 peratus ini dibuat oleh YB Datuk Ab Aziz Kaprawi, Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia sempena Sambutan Hari JPJ Ke-72.Kesalahan Tidak Dibenarkan Diberikan Diskaun
Diskaun saman JPJ 70 peratus ini walaubagaimanapun terhad untuk kesalahan jalanraya tertentu sahaja. Sebanyak lima kesalahan utama telah disenaraikan sebagai tidak layak untuk mendapat diskaun 70 peratus ini, iaitu:- Kesalahan Sistem AWAS
- Kompaun AES
- Kesalahan 'Berat Dengan Muatan' atau BDM
- Saman mahkamah
- Saman/kompaun membabitkan warga asing
Untuk makluman, penawaran pembayaran saman JPJ dengan diskaun 70% ini adalah pertama kali dilakukan sejak JPJ ditubuhkan lebih 30 tahun.
tak check lagi saman ni, mana tahu ada. boleh terus bayar dah ada diskaun ni
ReplyDeleteInilah masa yg paling bagus naknbayar Saman.. mama nak check la kut2 Ada ni
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.