Istana Jahar, Muzium Adat Istiadat Diraja Kelantan
Kami pilih Kota Bharu sebab di sekitar Kota Bharu ada banyak pilihan tempat menarik untuk seisi keluarga. Ada tempat untuk makan-makan best, ada tempat nak shopping dan ada tempat rekreasi untuk anak-anak. Dan apa yang saya suka tentang Kota Bharu, ada banyak muzium boleh dilawati dalam jarak yang tak jauh.[post_ads]
Jika anda sering baca blog saya, tentu sedar yang kami sekeluarga memang suka melawat muzium-muzium yang ada di Malaysia ni. Ia merupakan satu tempat menarik yang boleh memberikan banyak pengalaman serta pengetahuan baru, bukan hanya untuk diri saya tetapi juga anak-anak.
Lagipun, kebanyakkan muzium yang ada ni tidak mengenakan caj atau tiket masuk yang mahal. In Sha Allah, ia sangat berbaloi dengan apa yang anda bayar.
Istana Jahar Kota Bharu, Tempat Menarik Belajar Mengenai Adat Istiadat Diraja Kelantan
Antara muzium best yang ada di Kota Bharu adalah Istana Jahar. Ia merupakan istana lama yang kini dijadikan Muzium Adat Istiadat Diraja Kelantan. Ia tubuhkan pada tahun 1992, dan pernah menjadi tempat bersemayam al-marhum Sultan Ismail Ibni Sultan Muhammad ke-IV (1920-1944).Ini merupakan kali kedua, saya dan keluarga pergi melawat Istana Jahar ni.
Kalau anda nak tahu, Istana Jahar atau Muzium Adat Istiadat Diraja Kelantan ini adalah muzium pertama yang anak-anak saya teruja nak pergi sebaik sahaja kami masuk ke Kota Bharu. Beria-ia anak-anak saya minta bawa ke muzium ni ...al-maklumlah, nak tunjukkan pada emak saya yang pertama kali bercuti ke Kota Bharu bersama kami. Nak tunjuk kat Opah kata mereka ..
Di muzium ini, dipamerkan segala bagai benda berkaitan adat istiadat yang berkaitan keluarga diraja Kelantan, terutama di zaman lepas. Ada ditunjukkan adat pertunangan, perkahwinan, melenggang perut, adat pijak tanah, adat berkhatan, adat naik buai dan macam-macam lagi.
Serius, anda akan kagum dengan beberapa adat ini yang menampilkan beberapa barangan yang tidak terdapat di zaman sekarang, mahupun dalam adat rakyat kebanyakan biasa.
Anda pernah tengok terompah macam gambar di bawah ni tak? Sure tak pernah .. huhu ...
Bagaimana pula dengan adat diraja untuk mengatakan putera raja Kelantan? Tahu apa alatan yang digunakan tak? Sama dengan orang biasa? Tentulah tidak ... :)
Bila sampai je ke Istana Jahar ni, macam-macam anak-anak saya akan bertanya. Yelah, benda tak pernah dilihat sebelum ini, pastilah banyak benda yang nak dan teringin nak tahu. Bila dah masing-masing bersekolah, soalan tu pun ada macam-macam la...soalan K-bat kau ... aduh.
Nasib baiklah butiran tentang setiap adat istiadat tu ada dipamer dan tertulis, jadi mudahlah - setidak-tidaknya saya boleh berikan sedikit pemahaman kepada anak-anak saya secara ringkas.
Muzium Adat ini ada dua bahagian. Bahagian utama, seperti yang saya katakan awal tadi, ia merangkumi pameran berkaitan alatan yang berkaitan dengan adat istiadat diraja Kelantan. Ia di bangunan utama.
Balai Senjata Istana Jahar
Di bahagian belakang bangunan utama Istana Jahar ini pula, ada bangunan yang dinamakan Balai Senjata Istana Jahar. Di bangunan ini, dipamerkan alat-alat senjata lama negeri Kelantan seperti keris, lembing, tombak, badik, kelewang, panah, kerambit dan macam-macam lagi.Anak-anak lelaki saya memang sukalah tengok pameran senjata ni. Nanti, bila balik .. mesti mereka ni akan berimaginasi gunakan senjata-senjata ni ...main lawan-lawan atas katil .. adeh.
Istana Jahar atau Muzium Adat Istiadat Diraja Kelantan ni letaknya di bahagian tengah Kota Bharu, tempat parking memang ada disediakan. Maka, tak susah nak ke tempat ini, dan ianya pula berdekatan dengan tempat makan tengahari yang popular di Kota Bharu iaitu Restoran Nasi Ulam Cikgu.
[Dah Baca?] Merasa Pertama Kali Makan Roti Titab Kopitiam Kita, Popular di Kota Bharu
Berdekatan dengan Istana Jahar ini, ada Bank Pitis. Tentu ramai yang tak tahu ni, sebab bangunannya kecil sahaja .. hehe. Ada orang Kota Bharu atau Kelantan yang tak sedar wujudnya Bank Pitis ni.
Muzium Batu dan Kampung Kraftangan
Di bahagian belakang Istana Jahar, ada Istana Batu, iaitu berhadapan dengan Kampung Kraftangan, bersebelahan dengan Restoran Nasi Ulam Cikgu.[post_ads_2]
Kali ini, kami tak masuk ke Istana Batu ni, sebab dah keletihan ... yelah, nak panjat tangga tu .. tak berapa nak larat. Emak saya lagilah .. huhu ... pancit dah.. haha. Jadi, kami terus je ke Kampung Kraftangan, dengan hasrat nak tengok kraf Kelantan di Muzium Kraf di situ .. tapi tutuplah pulak.
Apapun, memang enjoy jugalah dapat masuk ke Muzium Adat Istana Jahar ni, serta tengok koleksi senjata lama di Balai Senjata. Paling penting, anak-anak saya dapat sesuatu, dan kami dapat habiskan masa bersama menimba ilmu pengetahuan sambil melihat dengan mata kepala sendiri ... bukan hanya tengok gambar di internet ataupun dalam buku teks ... :)
[Dah Baca?] 7 Pilihan Tempat Menarik Sekitar Kota Bharu, Kelantan
Kalau anda ke Kota Bharu, cubalah cari lokasi-lokasi tempat menarik seperti muzium ini. Selain Istana Jahar yang menempatkan Muzium Adat, di Kota Bharu ada Muzium Diraja (Istana Batu), Muzium Negeri, Muzium Perang (Bank Kerapu), Muzium Kraftangan, Muzium Islam, dan Balai Seni Lukis Kelantan.
Banyak kan? Semua muzium mengenakan caj masuk, serendah RM2.
sejarah yg tiada tandingan
BalasPadamalhamdulillah terjaga dgn baik
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.