Jamu Mata di Pasar Kemboja Untuk Persiapan Ramadan & Raya 2018
Pasar Kemboja Parit Buntar memang tak pernah mengecewakan kalau ingin mencari produk dan barangan dengan harga murah dan mampu milik. Produk yang memang laku keras di Pasar Kemboja, pastilah tudung bawal, shawl, tudung labuh, telekung dan kain pasang beraneka corak cantik menarik.Bukan setakat kerana ianya cantik menarik, tetapi ada tu dari jenama terkenal dan ekslusif. Aha .. kalau kaum perempuan datang ke Pasar Kemboja Parit Buntar ni pasti juling matalah tengok macam-macam jenis dan jenama tudung, shawl dan telekung yang dijual.
Jika anda golongan yang pentingkan bajet ... memang patut berada di Pasar Kemboja ni.
Saya memang seronok jamu mata di Pasar Kemboja ni. Saya suka tengok gelagat orang.. haha .. kadang tu saya suka je melayan isteri saya yang memang gemar cari tudung cantik di sini. Setiap kali isteri saya tanya .. saya pasti akan kata ok .. kecuali kalau design tudung tu nampak macam design orang tua ... huhu...
Tips Kalau Nak Tanya Design Cantik di Pasar Kemboja
Satu tips saya nak berikan kepada golongan wanita yang nak cari tudung cantik lawa di Pasar Kemboja Parit Buntar ni ...Jika nak tanya; "Cantik tak design ni .. " atau "Sesuai tak kaler ni .." ...
Jika anda orang muda, carilah penjual lelaki yang sedikit berumur dan juga wanita muda. Aha .. selera dan pandangan mereka ini lebih sesuai dengan soalan yang ditanya.
Andai anda beli tudung dari penjual wanita yang dah berumur macam taraf makcik-makcik atau lelaki muda, mereka semua akan kata semuanya cantik ... hehehe. Dan kalau tanya pada penjual taraf makcik-makcik ni, mereka lebih menyatakan 'cantik' tu dari sudut selera mereka ... huhu .. err lainlah kalau anda pun taraf makcik juga... hehehe.
Apa yang saya beritahu ni adalah dari pengalaman saya pergi beberapa kali dan 'jamu mata' di Pasar Kemboja. Saya tengok gelagat orang yang membeli dan menjual ... hehe.
Beli Borong Jauh Lebih Murah
Oh ya, kalau anda beli banyak atau secara borong .. harga dijual memang jauhhhhhhh dan tersangat murah kalau anda beli secara sikit-sikit ni.Contoh .. anda boleh dapat harga sehingga RM12 sehelai untuk satu tudung berjenama jika beli sekodi atau 12 helai lebih,berbanding jika anda cuma beli sehelai yang biasanya dijual dengan harga RM25 - RM30 sehelai!
Aha, nampak tu beza jauh.
Kerana apa? Sebab penjual akan rasa rugi bila buka satu kodi tudung tu, tapi yang nak dibeli cuma sehelai sahaja. Mereka perlu bungkus balik, dan paling tidak mesti pastikan semua tudung dalam kodi tu terjual kepada orang lain. Tu semua ada kos terlibat .. huhu.
Dah dekat nak ramadan dan sempena hari raya, memang ramai penjual yang buat promosi harga menarik untuk para pelanggan. Ada tu macam tak percaya je harga yang ditawarkan.
Contoh macam harga tudung Nealofar tu .. ada jual di Pasar Kemboja Parit Buntar ni cuma RM25 je sehelai. Kata penjual, kat butik .. tudung tu dijual dengan harga lebih RM80 sehelai!! Perghhh ...
[post_ads]
Pasar Kemboja Parit Buntar juga adalah lubuk untuk peniaga kecil-kecilan untuk mendapatkan stok. Aha .. nak dekat ramadan ni, pastilah mereka nak dapatkan stok jual telekung, tudung labuh, kain batik dan kain pelekat yang banyak dijual di sini dengan harga borong.
Design kain untuk baju kurung, baju kebaya dan blouse terbaru pun dah mula dijual dengan promosi untuk hari raya 2018.
Jika anda teringin nak ke sini, boleh hubungi saya .. in Sha Allah, saya akan bawa anda shopping di Pasar Kemboja ni. Contact saya guna looket.me/hasrulhassan eh.
[post_ads_2]
Post a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.