Kaedah Tanggani Tekanan (Stress) Cara Muslim
Oh ya.... sebelum tu, anda harus tahu, stress tidak boleh hilang! Dalam hidup kita, pasti akan melalui kehidupan yang stress dan penuh tekanan, cuma yang bezakannya ialah cara kita menanganinya dengan bijak agar kita tak diakhiri dengan benda yang tidak elok - contohnya bakar diri, cederakan diri sendiri atau terjun dari bangunan.8 Kaedah Seorang Muslim Handle Stress
Jadi, saya sertakan sedikit untuk panduan kita bersama, cara nak handle stress ini melalui kaedah kerohanian; khasnya buat seorang muslim.Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk
Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan sesuatu, agar kerja dan amalan itu akan jadi lebih baik dan dipermudahkan.Perbanyakkan Membaca Al-Qur'an
Bagi seorang muslim, membaca Al-Qur'an merupakan satu keistimewaan yang telah diperturunkan oleh Allah Taala kepada umat Nabi Muhammad S.A.W. Ia merupakan satu mukjizat 'hidup' untuk umat akhir zaman kerana didalamnya terkandung sejuta rahsia dan pedoman. Ia juga memberikan kedamaian dan membolehkan kita memohon keredhaan dari Allah Taala.Banyakkan Solat Sunat
Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.[post_ads]
Selalu Berdoa Kepada Allah
Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah.Bersangka Baik Dengan Allah
Kadang-kala kerana terlalu berat stress yang kita rasakan, kita akan bersangka buruk. Kita menuduh qadar dan qada kita, kita membenci diri kita sendiri dan merasa kesal dengan peristiwa yang berlaku. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah yang Berkuasa bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba Allah.Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkanNYA jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.
Menangis Dengan Sepuas Hati
Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. "Luaran lain hati lain" ada sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, mereka seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu.Sebagai contoh, mereka akan sentiasa gembira bila dilihat bersama rakan-rakan tetapi dalam hatinya hanya Allah yang Maha Mengetahui. Maka dengan itulah, menangis dilihat sebagai salah satu cara kita dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja.
[post_ads_2]
Hargai Kebolehan Diri Sendiri
Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja.Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria.
Cintai Diri Sendiri
"Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain".Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman.
Semoga perkongsian ini membawa manfaat kepada anda, juga kepada mereka yang mungkin anda kenal alami masalah ini. Kongsi artikel ini pada mereka, moga lebih ramai dapat tanggani stress dengan bijaksana.
terima kasih sharing
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.