Baru-baru ini kecoh mengenai cacing mati yang ditemui dalam ikan sardin dalam tin yang diimport dari China. Akibatnya pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah ambil langkah mengarahkan pengimport untuk memanggil balik produk tersebut dari pasaran, melibatkan dua jenama ikan sardin/makerel dalam tin.

Marjerin Penyebab Kanser?

Kali ini, terdapat laporan yang jadi viral mengenai majerin yang dikatakan menjadi penyebab kanser. Ia heboh diperkatakan apabila sebuah portal melaporkan bertajuk “Shocking analysis reveals a causing substances in these brands of margarine” melalui pautan -https://www.worldofbuzz.com/shocking-analysis-reveals-cancer-causing-substances-in-these-18-brands-of-butter pada 16 April 2018
Marjerin Penyebab Kanser?
Menurut laporan tersebut, pihak Hong Kong Consumer Council telah mendapati 18 jenama marjerin di pasaran Hong Kong dikesan mengandungi glycidol (epoxy propanol) dan 16 jenama marjerin pula dikesan mengandungi 3-MCPD (3-monochloropropane-1,2-diol) yang berkemungkinan boleh menyebabkan kanser.

Ia satu laporan yang sangat mengejutkan kerana jumlah jenama yang terlibat itu agak tinggi, dan ramai yang risau berkemungkinan jenama yang sama dilaporkan itu dipasarkan di Malaysia.
[post_ads]
Ia membawa kebimbangan kepada ramai pengguna di Malaysia, apatah lagi musim perayaan nak membuat kuih muih dan kek menggunakan marjerin akan tiba tak lama lagi .. hehe. Yelah, tetiba rasa takut dan risau nak guna marjerin dek kerana laporan tersebut mengatakan ada kandungan yang boleh jadi penyebab kanser.

Takkan nak guna? Ye tak?

Respon KKM Mengenai Isu Produk Majerin Penyebab Kanser

Tapi dari apa yang saya peroleh dari laman web dan kenyataan akhbar Ketua Pengarah Kesihatan KKM, marjerin yang terjual atau yang sedang berada di pasaran Malaysia, buat masa ini tidak lagi dikesan sebagai merbahaya atau boleh beri kesan seperti dinyatakan.
Respon KKM Mengenai Isu Produk Majerin Penyebab Kanser
Menurut Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan KKM; KKM melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan telah menjalankan pemantauan kandungan glycidyl esters (GE) dan 3-MCPD esters ke atas beberapa produk marjerin di Malaysia.

Hasil pemantauan mendapati kadar pendedahan pengguna di Malaysia terhadap GE dan 3-MCPD esters melalui pengambilan marjerin adalah rendah dan tidak mendatangkan risiko kesihatan kepada pengguna.

Malah, menurut beliau lagi .. sehingga kini tiada maklumat saintifik yang jelas mengenai peratus kandungan GE dalam makanan yang boleh bertukar kepada glycidol di dalam usus.

[Dah Baca?] Panduan Memasak Pelbagai Jenis Kek dan Biskut (DVD)

Glycidol merupakan bahan yang terhasil dari penguraian GE di dalam usus. GE adalah sejenis bahan cemar yang dikesan dalam semua jenis minyak dan lemak sayuran yang terhasil semasa proses penapisan pada suhu tinggi yang melebihi 240°C.
[post_ads_2]
Dengan kenyataan rasmi ini, maka harapnya kesemua penyedia kek dan roti serta usahawan bakeri boleh merasa lega untuk tanpa rasa was-was menggunakan marjerin yang berada di pasaran Malaysia. Aha .. janganlah pula pergi import atau beli marjerin kat Hong Kong tu pula ekk ... tu menempah bahaya namanya.

Ada je jenama marjerin dipercayai kebersihan dan kualitinya yang dijual di Malaysia.

Moga berita ini melegakan dan redakan kekeliruan yang timbul.

Sumber: KP Kesihatan

1 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. lama sudah marjerin ni. bukan brand ni saja tapi planta dan seangkatan juga sebaiknya dikurangkan. better pakai butter atau olive butter lebih baik

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement