Cara Mudah dan Pantas Untuk Bantu Pelajar Pilih IPT Sesuai
Masalah memilih IPT ini tak kronik macam zaman saya dulu. Masa saya dulu, tak banyak IPT atau unversiti. Sekarang, dah macam-macam IPT termasuklah Kolej Komuniti, dan juga joint-venture antara IPT Malaysia dengan IPT luar negara dah wujud. Jika disenaraikan semua IPT awam dan swasta yang ada, pasti payah nak pilih mana satu yang sesuai.Sememangnya ada banyak tips dan panduan untuk memilih IPT ini. Malah, saya pernah tulis sebelum ini dalam post Tips Masuk IPT. Kali ini, saya nak tambah beberapa tips lain, selain memberikan anda cara alternatif yang bakal memudahkan anda mendapat tempat ke IPT yang sesuai - bukan ke IPT pilihan mengikut citarasa anda, tetapi IPT yang sesuai dengan keputusan, minat serta bajet pengajian.
Aha .. seharusnya anak-anak yang mahu masuk IPT sedar .. nak masuk IPT ini bukannya mudah. Kisah kehidupan ketika berada dalam IPT bukan seperti dalam drama atau filem yang sering menjadi tontonan tu.
Kesilapan Pilih IPT Merugikan
Anak-anak yang mencari peluang belajar di IPT ada kemungkinan akan tersilap memilih atas beberapa sebab berikut:- IPT tidak berdaftar secara sah. IPT mungkin sah, tetapi program yang dianjurkan itu mungkin tidak mendapat pengiktirafan. Akibatnya apabila dah tamat belajar, sijil yang dikeluarkan tidak boleh digunapakai.
- Merit untuk masuk ke program, kursus atau jurusan itu tidak tepati syarat minima ditetapkan IPT. Kena ingat, merit atau syarat minima kemasukan ke sesuatu program atau jurusan itu tidak sama antara IPT.
- Program tidak sesuai dengan apa yang diinginkan. Kadang ramai calon salah pilih program kerana tidak membaca berkaitan program yang ditawarkan oleh IPT. Dalam setiap program ditawarkan IPT itu, ada cabang program lain, contohnya seperti Teknologi Industri, ada cabang seperti Teknologi Polimer, Teknologi Kayu dan sebagainya.
- Program tidak kena dengan minat. Nampak nama sesuatu progam, kursus atau jurusan tu macam best je, tetapi apabila dah mula pembelajaran, ia jauh dari minat sebenar pemohon. Kesannya, ada yang tukar program atau pindah kursus .. rugi masa, tenaga dan juga wang ringgit.
- Salah meletakkan pilihan IPT ketika membuat permohonan menerusi UPU Online, khusus kepada calon-calon lepasan SPM.
- Pilih program atau kursus yang tak sesuai dengan bajet. Setiap program, kursus atau jurusan yang ada di IPT melibatkan kos-kos pengajian berbeza. Ada yang mahal, ada yang mampu. Malah, kalau bijak memilih, dengan adanya biasiswa atau pinjaman pengajian, kos-kos ini dapat ditampung sepenuhnya malah boleh dapat duit poket setiap bulan.
- Dah pilih program yang sesuai, tetapi tak ada penawaran biasiswa atau bantuan kewangan. Yang ada cuma pinjaman pelajaran yang akhirnya nanti perlu dibayar balik selepas tamat belajar. Ada yang mendapat keputusan cemerlang dalam SPM, tetapi gagal mendapatkan biasiswa. Kalau boleh, tentulah tidak mahu berhutang .. terutama selepas tamat belajar, ye tak?
Aha, itu antara masalah-masalah yang mungkin akan timbul apabila tiba proses untuk memilih IPT sambung belajar. Saya bukan main tulis je tu .. ia berdasarkan kepada pengalaman saya dan perkongsian pengalaman orang lain.
Nampak rumit kan? Ya, memang susah sebenarnya nak memilih IPT yang sesuai. Apatah lagi kalau kelulusan, minat, kebolehan, merit serta bajet tidak sejajar dengan kehendak atau syarat yang diletakkan. Pening dibuatnya.
Seperti saya kata di awal tadi, zaman sekarang tak sama macam zaman saya baru habis SPM dulu. Kursus atau program nak dipilih pun tak banyak. Malah, boleh dipilih IPT tertentu dengan mudah untuk jurusan pilihan.
Masa zaman saya, kalau nak jadi cikgu, ramai akan pilih UPSI. Kalau nak jadi doktor, akan pilih Universiti Malaya atau Universiti Sains Malaysia atau Universiti Kebangsaan Malaysia. Jika nak ke luar negara, boleh pilih beberapa program di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia atau Majlis Amanah MARA.
Ok. Jangan serabut. Ada cara mudah yang boleh anak-anak gunakan untuk menyelesaikan masalah memilih IPT yang sesuai.
Khidmat Nasihat dan Bantuan Pilih IPT/Kolej Dari FCL Global Education
Pada sesiapa sahaja yang mahu melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi dengan kelulusan, minat dan bajet, boleh mendapatkan nasihat dan panduan daripada FCL Global Education.Caranya cukup mudah, ikuti langkah di bawah ini:
- Telefon/WhatsApp +6012 566 0823 atau email info@globaledu.com.my
- Nyatakan kelulusan tertinggi dan tahun kelulusan, contohnya SPM 2018 7A 2B 1C.
- Nyatakan 3 IPT atau kolej ingin belajar.
- Anda akan dapat konsultansi daripada mereka cepat dan pantas.
FCL Global Education ini memberikan khidmat untuk mereka yang ada masalah nak mencari IPT yang sesuai dengan memberikan perkara-perkara berikut:
- Khidmat nasihat dan panduan memilih IPT atau kolej yang sesuai dengan pelajar berdasarkan keputusan peperiksaan, minat serta bajet.
- Memberikan info berguna mengenai lanjutan pengajian ke mana-mana IPT di dalam Malaysia mahupun luar negara seperti UK, USA dan juga Australia.
- Menghantar permohonan bagi pihak pelajar ke IPT dan kolej pilihan beserta dengan permohonan VISA termasuk juga permohonan biasiswa untuk pelajar.
Oh ya, jika anda membuat pertanyaan sekarang menerusi langkah-langkah yang dinyatakan di atas tu, mungkin boleh terima tiket wayang percuma. Ianya terhad dan perlu ikut terma syarat ditetapkan.
Aha, apalagi? Mahu sambung belajar? Tak tahu IPT atau kolej yang sesuai untuk dipilih? Hubungilah FCL Global Education sekarang.
Boleh terus klik link ini - WhatsApp FCL Global Education untuk direct WhatsApp menerusi smartphone.
Boleh juga lihat info terkini di FB Page rasmi mereka di sini - FCL Global Edu
Semoga bermanfaat dan buat anak-anak atau anda yang akan lanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi, saya ucapkan semoga berjaya.
Pergh dah ada servis mudah untuk pilih IPT yang sesuai.
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.