Tahukah anda, Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra atau lebih dikenali sebagai Masjid Beijing adalah masjid dengan senibina Cina yang pertama dibina di Malaysia. Ianya terletak di bandar Rantau Panjang, Kelantan. Ia sebuah masjid yang unik, dan semestinya ia patut menjadi monumen penting untuk perkembangan Islam di Malaysia.

Ziarah Masjid Cina Pertama di Malaysia - Masjid Beijing, Rantau Panjang

Masjid Beijing, Masjid Cina Pertama di Malaysia
Ziarah Masjid Cina Pertama di Malaysia - Masjid Beijing, Rantau Panjang
Jika anda nak tahu, pembinaan masjid ini telah dimulakan pada 12 September 2005 dan telah dirasmikan pada bulan Ogos 2009. Jadi usianya sudah menjangkau 10 tahun. Kos keseluruhan pembinaan masjid ini pada ketika itu adalah sebanyak RM8.8 juta dan kapasitinya boleh menempatkan sehingga 1000 orang jemaah pada satu-satu masa.

Masjid Cina Unik di Rantau Panjang

Saya dan keluarga telah berkesempatan untuk melihat dengan lebih dekat akan keunikan dan kecantikan senibina Cina pada Masjid Beijing ini.
[post_ads]
Ianya terletak tidak jauh dengan Kompleks Imigresen Rantau Panjang.

Aha .. alang-alang dah sampai ke Rantau Panjang dengan tujuan untuk bershopping barang murah, saya pun bawalah famili untuk singgah sebentar di Masjid Beijing ini. Itupun, selepas dicadangkan oleh isteri saya apabila mengetahui mengenai masjid unik ini daripada rakan-rakannya yang berada di Kelantan.

Kenapa Masjid Cina, Masjid Beijing Ini Didirikan?

Senibina Cina pada Masjid Beijing
Memang bagus adanya masjid berciri rekabentuk budaya Cina ini. Setidak-tidaknya ia akan memecahkan tembok stereotaip yang wujud dalam pemikiran masyarakat orang bukan Islam, yang sering anggap bahawa Islam itu Melayu dan Melayu itu Islam, khususnya di Malaysia, amnya di rantau ini.

Kebanyakkan anggap, jika memeluk agama Islam, maka masuk Melayu.

Adanya Masjid Beijing ini, setidaknya masyarakat bukan Islam akan tahu, bahawa agama Islam bersifat universal, milik semua kaum. Seharusnya agama Islam itu tidak perlu ditakuti kerana ianya adalah agama untuk semua. Malah, kalau diikutkan, Negara China yang hampir 99.9% adalah berbangsa Cina, telah menerima kemasukan agama Islam lebih dahulu daripada Tanah Melayu (Malaysia).

Alhamdulillah, atas izin-NYA, saya sekeluarga dapat lihat lebih dekat masjid unik ini.

Kalau dari kejauhan, memang agak sukar nak menyangka bahawa senibina Cina ini merupakan sebuah masjid. Apabila dah sampai ke perkarangan, apatah lagi masuk ke dalam bangunan ini, baru dapat melihat bahawa ianya adalah sebuah rumah ibadat untuk mereka yang beragama Islam.

Masjid Cina Pertama Dibina Di Malaysia

Kalau anda nak tahu, idea dan cadangan pembinaan masjid ini datangnya dari usaha murni Malaysian Chinese Muslim Association (MACMA). Persatuan ini ditubuhkan oleh segolongan profesional Cina Muslim yang memikirkan perlunya sebuah Persatuan Cina Muslim yang beridentitikan sosio budaya Cina yang tidak bertentangan dengan Islam.

Andaikata tiada usaha daripada MACMA ini, mungkin tidak wujud masjid Cina ini di Malaysia. Alhamdulillah, di Malaysia sudah ada dua masjid Cina .. yang keduanya terletak di Taman Tasek Jaya, Ipoh, Perak. Masjid Cina di Ipoh ini lebih dikenali sebagai Masjid Muhammadiah.

Saya belum pernah lagi menjenguk Masjid Cina Ipoh atau Masjid Muhammadiah ini. Ia juga sebuah masjid yang agak popular dan pernah viral di media sosial sekitar tahun 2017.

Apabila dinamakan Masjid Cina, pastinya apa yang akan dapat dilihat ialah ciri-ciri budaya Cina dalam setiap sudut dalam masjid.
[post_ads_2]

Gambar Rekabentuk Luaran Masjid Beijing

Cuba lihat beberapa gambar yang sempat saya rakam ketika berkunjung ke Masjid Beijing, Rantau Panjang ini ....
Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Rantau Panjang
Gambar Masjid Beijing, Rantau Panjang, Kelantan
Gambar Masjid Beijing, Rantau Panjang, Kelantan
Gambar Masjid Beijing, Rantau Panjang, Kelantan
Tu semua gambar bahagian luaran Masjid Beijing. Cantik kan? Memang unik. Walaupun ia berciri budaya kesenian Cina, tetapi ada elemen Islam yang menjadikan ianya tak sama dan berlainan dengan elemen senibina lain yang terdapat di dunia.

Anda dapat lihat bahawa bentuk bumbung­nya yang melengkung ke atas seakan-akan tokong. Juga menara berbentuk serban disokong dengan lilitan unik di bahagian bawah. Tidak seperti kebiasaan masjid yang ada di Malaysia, tiada lambang bulan sabit kelihatan di menara mahupun kubah luar masjid Cina ini.

Gambar Bahagian Dalaman Masjid Beijing

Sekarang, meh tengok beberapa gambar bahagian dalaman masjid Cina ini ..
Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Rantau Panjang
Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Rantau Panjang
Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Rantau Panjang
Pada kesempatan saya dapat ziarah Masjid Beijing atau nama rasminya Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra, saya pun lakukan sholat Tahiyatul-masjid dua rakaat.

Kompleks masjid ini juga ada ruangan kedai yang menjual barang keperluan sholat serta haji.

Bangunan utama adalah dua tingkat. Di tingkat pertama, ia adalah untuk ruang sholat utama, manakala bahagian tingkat bawah adalah ruang sokongan. Ruang ini adalah untuk kemudahan awam yang menempatkan dewan serbaguna, dewan makan, klinik serta perpustakaan masjid.

Ketika saya ziarah masjid ini, bahagian dewan baru sahaja dikemaskan setelah ditempah untuk satu majlis kenduri perkahwinan.

Agak luas juga kawasan masjid ini. Tempat letak kereta pun agak selesa dan banyak. Kalau anda nak tahu, terdapat empat pintu masuk ke masjid ini, bertujuan untuk elakkan kesesakan terutama ketika sholat Jumaat.

Saya turut difahamkan yang Masjid Beijing ini ada anjurkan pelbagai aktiviti menarik untuk ahli kariah ... seperti kelas mengaji, kelas tahfiz, kelas tadika, kelas agama, aktiviti memanah dan banyak lagi. Aktiviti ini semakin meriah setiap kali ramadan.

Andaikata anda pergi Kelantan, dan khususnya pergi bershopping ke Rantau Panjang, jangan lupa untuk singgah ke Masjid Beijing ini .. Anda patut lihat keistimewaan masjid ini dengan lebih dekat. Setidaknya anda akan tahu bahawa terdapat Masjid Cina didirikan di Malaysia ... yang senibinanya persis Masjid Niujie di Beijing, China.

Rujukan: http://kelantan.macma.my/index.php/masjid-cina/

3 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Indah.
    Melaka ada 1, HH.
    Dinamakam Masjid Cina :-)

    ReplyDelete
  2. kami di Sujoodada buat video ringkas di: https://www.youtube.com/watch?v=BSVBLV0Uymg . Enjoy!

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement