Surirumah Buat Bisnes Bakeri Di Rumah Jana Income Sampingan 3-4 Angka
Bisnes bakeri adalah salah satu bisnes yang boleh dibuat dan dilakukan di rumah oleh kebanyakkan surirumah zaman sekarang. Bisnes ini boleh dikatakan sentiasa mempunyai permintaan. Malah, ada di antara surirumah yang menjalankan bisnes bakeri ini menjana income sampingan sehingga 3-4 angka.Benda masak-memasak memang kesukaan ramai surirumah. Jadi, daripada memasak atau membuat kuih dan kek sekadar suka-suka atau untuk hidangan pagi dan petang, mengapa tidak tukarkan ia menjadi satu perniagaan sampingan yang menguntungkan?
[post_ads]
Bisnes ini tak perlu dibuat besar-besaran. Seperti dikatakan tadi, ianya dibuat di rumah sahaja. Namun, pulangan dengan melakukan bisnes ini secara kecil-kecilan mampu menjana income sampingan dari RM200 hingga RM1000 sebulan. Nak cuba? Boleh tengok panduannya di sini - Panduan Bisnes Bakeri
Sampingan je, dengan income yang sebegitu, pastinya ia boleh bantu tampung perbelanjaan bulanan, dan boleh juga hasil keuntungan dijadikan modal pelaburan lain atau dijadikan simpanan tetap setiap bulan untuk masa depan.
Buat si isteri yang tidak bekerja tetap, jika nak harapkan pendapatan suami sahaja untuk tampung kos sekeluarga, saya fikir memang agak sukar dan kadangkala boleh jadi satu bebanan.
Uhh lagi-lagi kalau jumlah keluarga yang ditampung agak besar. Ada anak lebih dari 2 orang, pasti pening nak fikirkan kos dan harga susu, lampin pakai buang, yuran tadika/taska, yuran sekolah dan banyak lagi. Dah tu, semuanya semakin mahal dan harga barang keperluan ini sentiasa naik setiap tahun .. tak pernah lagi turun.
Hmm kalau ada pun, ianya cuma berlaku dalam jualan bermusim atau kempen tertentu. Jika waktu tu ada duit lebih, mungkin bolehlah berbelanja dengan jimat .. jika tak ada? Aha .. tengok sahaja.
Mahu tidak mahu, kena ada usaha untuk raih income tambahan.
[Dah Baca?] Kisah Ibu Bekerjaya Jana Pendapatan Jawab Survey Online
Permintaan Bakeri Sentiasa Ada ...
Bisnes bakeri ni best dan boleh dikatakan mudah nak buat kerana faktor permintannya. Tahukah anda, permintaan untuk produk home-made bakeri adalah sangat tinggi.Cupcake, Muffin, Cheese Tart, Coklat Homemade, Kek Coklat, Kek Lapis, Kek Cheese, Fruit Tart, Roti Jala, Kuih-muih dan pelbagai lagi produk bakeri sentiasa dicari-cari oleh orang ramai setiap hari.
Tidak kira sama ada untuk dimakan ketika minum petang, ataupun untuk majlis-majlis keraian seperti majlis harijadi, majlis pertunangan, perkahwinan, kenduri, majlis tahlil, rumah terbuka mahupun untuk majlis-majlis korporat seperti seminar, mesyuarat ataupun hari keluarga.
Ini memang betul. Tak percaya, anda tanyalah suami atau kawan-kawan yang kerja pejabat, atau lihat sendiri kejiranan anda.
Jika anda tinggal di bandar besar, boleh dikatakan, hampir setiap minggu akan ada sahaja majlis yang diadakan. Lebih-lebih lagi bila masuk musim perayaan dan musim cuti sekolah. Hampir setiap hari akan ada sahaja majlis rumah terbuka atau majlis perkahwinan diadakan! Kadang-kadang memang tak cukup tangan dan terpaksa tolak beberapa pesanan dari pelanggan.
Bukti Ramai Surirumah Gembira Buat Bisnes Bakeri
Saya nak kongsikan beberapa screenshot antara surirumah yang telah menjalankan bisnes bakeri ni di rumah dan alhamdulillah, berjaya menjana pendapatan sampingan yang agak baik.[post_ads_2]
Amacam? Nak jadi macam surirumah-surirumah ini tak?
Aha ... tentu anda tertanya, kenapa buat bisnes bakeri?
Sebab Surirumah Buat Bisnes Bakeri di Rumah
Kenapa ramai surirumah yang jalankan bisnes bakeri ini di rumah untuk jana income sampingan?- Kos permulaan untuk jalankan bisnes bakeri adalah kecil
- Tidak perlu sangat menjual. Cukup sekadar orang tahu anda buat bakeri di rumah.
- Hanya buat berdasarkan tempahan. Ada tempahan baru buat, tak ada tempahan, anda boleh rileks sahaja.
- Urusan rumahtangga akan terjaga, malah suami dan anak-anak akan happy dengan bisnes anda ini.
Tapi, dengan adanya panduan yang betul, yang tunjukkan teknik dan cara jalankan bisnes bakeri ini, in Sha Allah, surirumah mampu jana income sampingan 3-4 angka.
Panduan ini boleh anda dapatkan menerusi link ini - Panduan Bisnes Bakeri
Zaman sekarang memang kena ada income tambahan. Lagi-lagi suri rumah. Boleh guna untuk kegunaan sendiri ataupun untuk keperluan barangan rumah. Even group kami pun tengah lancarkan projek untuk tambah income.
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.