Parlimen Bubar Secara Rami 7 April 2018
Pengumuman pembubaran Parlimen telah dipersetujui dan mendapat perkenan DYMM Yang Dipertuan Agong Sultan Muhammad ke-V, setelah Perdana Menteri hadir mengadap Yang Dipertuan Agong di Istana Negara pada awal pagi hari ini 6 April 2018.
Pembubaran rasmi Parlimen diperkenan pada 7 April 2018.
[post_ads]
Berikutan pengumuman tersebut, Perdana Menteri juga menasihati para ketua kerajaan negeri untuk segera mendapatkan perkenan Sultan dan Yang DiPertuan Negeri untuk pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) supaya Pilihanraya Umum ke 14 (PRU14) dapat diselaras dan dijalankan serentak seluruh Malaysia.
Pengumuman pembubaran Parlimen ini telah lama dinantikan oleh rakyat Malaysia apabila tempoh penggal pemerintahan kerajaan sedia ada tamat - dalam 5 tahun.
[Dah Baca?] Surat Terbuka Mufti Kepada Pemimpin Politik dan Masyarakat Sempena PRU14
Dengan pembubaran Parlimen secara rasmi pada 7 April 2018 ini, maka satu piliharaya umum mesti dilakukan dalam tempoh 60 hari seperti termaktub dalam Perkara 55 (4) Perlembagaan Persekutuan.
Untuk memastikan kelancaran proses PRU 14, semua kerajaan negeri perlu membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing dalam jangkamasa yang serentak dengan perkenan Sultan dan Yang Dipertua Negeri masing-masing.
Setelah semua DUN dibubarkan secara rasmi, barulah pihak SPR mengumumkan tarikh-tarikh penting untuk proses PRU kali ke 14 ini, iaitu tarikh penamaan calon. tempoh untuk berkempen serta tarikh pengundian.
Sistem Pilihanraya di Malaysia adalah berasaskan jumlan kerusi dimenangi, dan bukan berdasarkan kiraan undi popular.
[post_ads_2]
Saya memang menunggu saat ini, kerana seolah macam ketagihan pula nak mengundi. Walaupun ada rakan-rakan saya yang cuba mengajak saya untuk #TidakUndi pada PRU 14 ini, tetapi saya kekal mahu merasai kehangatan proses PRU kali ini.
tak lama lagi mengundi lah kita yek
ReplyDeleteUndi jangan tak undi
ReplyDeletetak sabar nak mengundi utk kali pertama
ReplyDeleteAerill Hassan
Alhamdulillah....dah lama saya tunggu masa nak mengundi. Dari tahun lepas lagi. Tiba sudah masanya yang ditunggu-tunggu.
ReplyDeleteSatu soalan saya, kenapa wajah PM dan TPM kita yang disayangi rakyat Malaysia dan mungkin juga Indonesia di atas (kerana salasilah mereka dari sana) agak macam tertelan biji nangka pula gamaknya.
Harap saya tak dikenakan tindakan sebab ini bukan fake news. Ini cuma gambaran saja. Sebab pic speaks a thousand words bak kata omputih.
Kita nantikan tarikh rasmi penamaan calon dan PRU ... in Sha Allah, kita tukar mana yang perlu.
Deleteundi yang terbaik.
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.