Sakit lutut, ketahui tips rawatan dan cara nak atasi. Dalam usia yang semakin meningkat, nak tak nak .. kena akui bahawa tubuh badan bukan lagi seperti dulu. Boleh dikatakan hampir semuanya, luar dalam sudah dimamah usia. Kalau nak 'servis' pun .. makan belanja besar .. haha.

Apa Perlu Buat Kalau Sakit Lutut? Tips dan Rawatan Awal Mampu Elakkan Sakit Lutut Kronik

Apa Perlu Buat Kalau Sakit Lutut? Tips atau Rawatan?
Antara paling jelas dan sering berlaku pada mereka yang sudah meningkat umurnya adalah sakit lutut. Saya sendiri akui, kadangkala bila melakukan kerja atau aktiviti yang agak berat, terasa mudah nak berasa sengal di segala sendi, terutama lutut.

Malah, sakit lutut ni bukan hanya berlaku untuk orang macam saya .. tetapi juga golongan muda. Ehh betul ni .. tak tipu. Memang ada orang yang masih muda belia yang terkena sakit lutut akibat aktiviti yang terlalu ekstrim, misalnya melompat dari tempat tinggi.

Sakit Lutut Berlaku Pada Sesiapa Sahaja

Sakit Lutut Tips Rawatan
Ahli sukan misalnya, kita selalu nampak golongan ini kadang tercedera kat bahagian lutut. Ala .. paling jelas, yang bermain badminton dan juga tenis. Kecederaan di lutut memang pasti akan berlaku. Ia samada kesakitan di lutut berpunca dari kecederaan tulang keras, tulang rawan, ligamen atau otot. Bahagian tersebut akan terasa tegang dan kelihatan bengkak.

Tapi itu sakit lutut yang biasa berlaku, dan boleh dikatakan tidaklah terlalu kronik. Kalau kes biasa sakit lutut sebegini, ia dipanggil Sakit Lutut Akut.

Faktor Usia Punca Sakit Lutut Kronik

Sakit lutut yang teruk adalah Sakit Lutut Kronik.

Ia terjadi dek kerana faktor usia atau juga kerana penyakit sistemik.

Dalam kes usia macam saya ni, sakit lutut terjadi sebab badan dah tak boleh nak baiki sel lutut dalam kadar macam muda-muda dulu. Ada rawatan, dan ia akan pulih tetapi sangat lambat ... dalam tempoh nak pulih sakit lutut tu .. uhh .. terpaksa la hadap sakitnya tu. Berjalan je akan rasa sakit .. nak berak pun akan rasa sakit lutut .. haha .. seksa ooo.

Itupun kalau ambil rawatan la. Jika ada sesetengah kita yang tak ambil kisah atau ambil rawatan jalan mudah - sapu minyak angin je ... mungkin sakit lutut ini akan jadi teruk dan kronik.

Tips atau Rawatan Awal Jika Kena Sakit Lutut

Orait .. kalau anda hadapi sakit lutut secara tiba-tiba atau akibat sesuatu aktiviti berat, apa yang boleh anda lakukan ialah membuat rawatan awal dengan terapi.
  1. Rehat - Lutut yang cedera harus direhatkan. Untuk mengelak bertambahnya kecederaan akibat digerak-gerakkan. Orang yang berumur patut amalkan rawatan awal ini jika sakit lutut.
  2. Ais - Tuam dengan ais (air batu). Persekitaran yang sejuk akan mengurangkan rasa sakit, dan mengurangkan bengkak. Kalau anda tengok ramai ahli sukan akan buat cara ini.
  3. Tekanan - Bahagian lutut yang sakit ditekan atau dipasangkan bandage. Ini untuk menstabilkan lutut yang sedang cedera.
  4. Apung - Jika bengkak yang besar, adalah lebih baik diangkatkan melebihi paras jantung ketika pesakit baring.
Manakala rawatan bagi sakit lutut yang disebabkan oleh faktor penuaan, ia bergantung kepada beberapa tahap kesakitan lutut. Ada empat tahap ...ada tahap satu dan dua yang tidak terlalu serius. Ada rawatan yang boleh akan membolehkan sakit lutut itu sembuh.

Namun, kalau tak mendapat rawatan ... ia boleh membawa ke tahap ketiga dan keempat yang lebih serius.

Jangan Tunggu Sakit Lutut Jadi Serius

Tahap ketiga dan tahap keempat, dah kira serius di mana bahagian lutut perlu diperiksa dengan teliti serta dilakukan x-ray.
Sakit Lutut Tips Rawatan
Pada tahap ketiga, tulang rawan semakin menipis. Tulang keras hampir bertemu antara tulang peha dan betis, tapi belum bertemu (pada gambar xray). Cairan sendi yang mengurangkan geseran antara tulang amatlah sedikit. Pada keadaan ini, berjalan sedikit pun sudah sakit, namun sendi masih boleh dilipatkan sedikit.

Tahap paling parah adalah tahap keempat. Tulang peha dan tulang betis sudah bertemu antara satu sama lain. Tulang rawan sudah tiada lagi. Pada keadaan ini, amat susah untuk berjalan. Sendi menjadi ketat, kadang kaki sudah mula membengkok bila berdiri tegak. Kebiasaannya sudah bergantung kepada kerusi roda untuk bergerak. Sudah tidak boleh melipatkan sendi lutut.

Jadi, kalau dah jadi seperti apa yang saya sebut di atas tu .. apa perlu dibuat? Rawatan yang sesuai?

Rawatan Sakit Lutut

Ok. Saya bukan doktor untuk beritahu anda apa rawatan yang sesuai jika terkena sakit lutut yang teruk. Anda memang wajar untuk bertemu dengan doktor untuk mendapatkan nasihat berkaitan rawatan.

Biasanya, jika anda bertemu doktor, antara pilihan rawatan yang akan diberikan adalah suntikan pada lutut dan juga pembedahan lutut.

Pada tahap tiga sakit lutut, doktor sudah mula berfikir ke arah pembedahan. Jika ke hospital swasta, mereka biasanya menyarankan pembedahan terus. Namun majoriti doktor di hospital kerajaan, akan menyarankan pesakit untuk mendapatkan suntikan lutut.

Antara suntikan lutut yang bermanfaat dan terbukti secara kajian klinikal oleh KKM adalah suntikan dengan hyaluronic acid dan suntikan dengan Platelet Rich Plasma (PRP).

Ada rasa risau tak?

Makanan Tambahan Untuk Bantu Pesakit Lutut

Makanan Tambahan Untuk Bantu Pesakit Lutut
Kalau anda rasa risau, elok anda bersedia dari awal dengan memastikan lutut anda berada di dalam keadaan baik. Jika anda mengalami sakit lutut, cuba amalkan Eliss Tropical Collagen (ETC).

ETC ni bukan ubat .. tetapi merupakan makanan tambahan (supplement) untuk membantu penghasilan kolagen di dalam badan dan menambah pelincir pada bahagian sendi lutut. Supplement ini boleh diamalkan selagi tidak teruk ke tahap tiga di mana pembedahan akan dibuat.

Elok Ambil Supplemen Dari Tunggu Masa Kena Bedah Lutut!!

Aha, takkan nak tunggu hingga kena bedah kot baru nak lakukan sesuatu pada kesakitan lutut yang dialami tu .. ye tak? Elak jadi parah ... sebab nanti kosnya akan jauh lebih tinggi.
Eliss Tropical Collagen Untuk Rawatan Pesakit Lutut
Berminat nak mendapatkan supplement ini sebagai meredakan sakit lutut anda, boleh hubungi sahabat saya di talian 012- 4175589 (tel/sms/whatsapp) in Sha Allah dia akan bantu dan beri penerangan lebih lanjut mengenai ETC ni untuk bantu meredakan sakit lutut anda ...

Apa Kata Pengguna Mengenai Tips Gunakan Supplemen ETC ..

Anda juga boleh refer pada pengalaman orang lain yang gunakan ETC ini di FB Page Farmasi Sakit Lutut. Antara testimonial pengguna yang telah menggunakan ETC .. saya kongsikan di bawah ini ...
Makanan Tambahan Untuk Pesakit Lutut
Supplemen Untuk Pesakit Lutut
Jangan biarkan sakit lutut berlarutan. Hubungi: Direct WhatsApp - 60124175589

Semoga bermanfaat.

3 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. sakit lutut memang menyakitkan..

    wajar juga untuk dirawat supaya kembali rasa selesa

    ReplyDelete
  2. Terima kasih HH, kebetulan Saya tengah sakit lutut, gara-gara terkedu waktu bangun dari sujud solat. Terus terasa-rasa sakitnya bila nak naik tangga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh cuba makan suplement tu ... in Sha Allah, mana tahu sakit lutut tak mudah kena lepas ni

      Delete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement