Sup Tulang Sri Cemerlang Memang Mantab
Restoran Nasi Sup Sri Cemerlang sebenarnya agak popular juga di kalangan warga Kota Bharu. Kalau nak makan dan hirup aneka sup panas-panas, memang wajar pergi ke restoran ini yang terletak di Jalan Sri Cemerlang.[post_ads]
Aha, saya kebetulan je makan di restoran ni. Ketika itu, baru sahaja abis bershopping di Pasar Siti Khadijah. Perut lapar. Malas nak cari tempat makan lain, saya cuba cari tempat makan yang dekat dengan tempat penginapan saya, di apartment Sri Cemerlang.
Popular Rupanya ..
Tak sangka pula restoran Nasi Sup yang saya singgah makan bersama keluarga agak popular di Kota Bharu. Lepas dah makan, ambil gambar dan muat naik di Instagram, baru saya sedar yang tempat makan tu sememangnya popular, dan menjadi antara tempat makan menarik sekitar Kota Bharu.Mulanya tu, saya ingatkan kedai makan ni hidangkan lauk-pauk tengahari. Apabila dah ambil tempat duduk, dan staff situ datang nak ambil pesanan, baru sedar yang restoran tu nama Restoran Nasi Sup, dan hanya ada menu aneka sup sahaja ...
Sup Tulang Memang Terbaik
Hmm nak tak nak, saya pun pesan Sup Tulang bersama nasi putih. Anak-anak pula pesan Ayam Bakar, emak saya pesan Daging Bakar dengan Sup Perut. Dan isteri saya hanya berkongsi sahaja apa yang ada.Tak perlu tunggu lama. Nasi putih dan sup tiba selesai pesanan diterima. Perghhh pantas .... inilah kelebihan kalau restoran tu sediakan makanan yang spesifik, kata orang unik dan ada niche sendiri.
Perghhh .... panas-panas.
Makan sup panas dengan nasi putih .. memang terbaik. Rasa Sup Tulangnya memang mantab ... lembut, tak perlu nak susah payah nak makan. Serius lembut dan sedap.
Emak saya pun suka dengan hidangan sup di restoran ini. Begitu juga dengan Daging Bakar yang dicicah dengan air asam.. menyelerakan sungguh.
Walaupun makan menu ringkas seperti itu, alhamdulillah ia tetap mengenyangkan. Harga pun berpatutan.
[post_ads_2]
Kalau anda ke Kota Bharu, bolehlah cari tempat makan ni, ala .. guna Waze dengan Google Map, in Sha Allah .. boleh jumpa dengan mudah. Cubalah. Mantab ooo Sup Tulang ...nyumm nyumm ... hehe.
sedapnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
ReplyDeletememang cemerlang lah rupa dan rasanya.. sedap dapat makan sup panas2 ni kan
ReplyDeleteSup panas memang sedap, pastu sup tulang tu pula dah empuk .. memang bestlah
Deletebestnyaaa
ReplyDeleteYup, memang best Sup Sri Cemerlang ni. Patutlah ramai suka makan kat sini
Deletesedapnya nampak...
ReplyDeleteAerill Hassan
perghhh terangkat tapi jauh benar nak menapak
ReplyDeletelapar terus perut kita. walhal baru makan nasi lauk telur sambal tadi. 2 pinggan.
ReplyDeleteBanyak betul juadah famous dari Kelantan..
ReplyDeleteTadi saya blogwalking baca tentang nasi tumpang, ini pula saudara HH kongsi tentang Sup Tulang Sri Cemerlang dari Kelantan..
Fuhh memang tercabar, rasa nak pi Kelantan dalam masa terdekat nanti, hehehe
Tu la pasal, sekali dah tahu tempat, dah rasa .. mesti akan repeat lagi lepas tu. Macam Sup Sri Cemerlang ni la ... rasa nak pergi lagi la, sebab masa first time tu tak sedar pun kedai ni popular .. haha
Deletethorbaik la sup tulang..
ReplyDeletedah lama juga tidak pekena sup tulang nie
Hmm leh masak la lepas ni .. hehe
DeleteRestoran kena ada menu khas..yang lain tu hanya sampingan, barulah ada ummmph. Sebab tumpuan dan bahan terbaik boleh diberikan kepada menu khas.
ReplyDeletesedap tu sup tulang
ReplyDeletesup memang enak dan best makan waktu bila2 pun. dah lama tak kelik kelate ni, banyak juga restoran yg best di sana.
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.