Kalau tak ada kabel, jangan haraplah nak dapat kerja kerajaan, apatah lagi nak lulus dalam temuduga. Persepsi ini dah lama ada dan wujud sejak wujudnya Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) yang mengelolakan pengambilan jawatan dalam kerja kerajaan.

Jujurnya, saya sewaktu awal mencari kerja pun ada anggapan sebegini. Yelah, siapa yang tak mahu kerja dalam sektor kerajaan ni kan, ia nampak lebih terjamin. Ada 1001 kelebihan jika dapat kerja kerajaan ni. Ada pencen, ada pinjaman perumahan khas, ada bonus dan banyak lagi.

Tak Ada Kabel, Susah Nak Kerja Kerajaan

Tak Ada Kabel, Susah Nak Kerja Kerajaan
Saya dulu memang memohon untuk kerja dalam sektor kerajaan ni. Tapi itulah, pemahaman dulu .. kalau tak ada kabel, memang susahlah nak dapat kerja kerajaan ni.

Walaupun saya pernah lulus dalam peperiksaan untuk jawatan dalam kerja kerajaan, dan pernah dipanggil untuk ditemuduga beberapa kali, namun bukan rezeki saya untuk bekerja dalam sektor kerajaan ini.

Berjaya lulus peperiksaan untuk perjawatan, tetapi gagal dalam temuduga kerja kerajaan. Sedih masa tu.

Ramai yang senasib seperti saya. Saya boleh katakan, zaman sekarang lagi mencabar dari zaman saya dulu. Terdapat lambakan graduan dan lepasan ijazah yang memohon untuk kerja kerajaan ini. Itu sebab ada beberapa program dan inisiatif dibuat untuk membolehkan golongan ini bekerja.

Benarkah kalau tak mempunyai 'kabel' atau 'orang dalam' susah nak dapatkan kerja kerajaan ni?

Hmm .. habis tu apa gunanya laman web SPA untuk para pencari kerja memohon kerjaya dalam sektor ini? Isi borang segala bagai sekadar prosedur?

Memang ramai yang memohon kerja kerajaan ni. Permohonan bukan setakat datang dari lepasan ijazah atau graduan, tetapi juga daripada mereka yang sudah bekerja di sektor swasta, dan yang bekerja sendiri.

Kelebihan Kerja Kerajaan

Kerana apa? Meh lihat beberapa sebab di bawah ini yang membuatkan kerja kerajaan ini menjadi pilihan ramai....

  1. Ada elaun perumahan - anda akan dapat elaun perumahan setiap bulan yang mampu untuk kurangkan bebanan menyewa tempat kediaman, atau setidaknya mendapatkan kuarters kerajaan tanpa risau.
  2. Ada COLA - anda diberikan elaun sara hidup berdasarkan kepada tempat anda bekerja. Jika anda bekerja di bandar besar, maka nilai atau kadar COLA juga tinggi.
  3. Kenaikan gaji tahunan - setiap tahun gaji anda akan naik. Semakin lama anda bekerja dalam sektor kerja kerajaan, lagi banyak gaji anda.
  4. Cuti tahunan - cuti tahunan paling minima adalah 14 hari mengikut gred gaji atau pangkat dalam sektor kerja kerajaan.
  5. Kemudahan pinjaman untuk pembelian kenderaan dan juga komputer - pastinya ia akan membantu banyak tanpa jejaskan gaji bulanan anda.
  6. Pinjaman perumahan - selain anda menerima elaun perumahan, ada kemudahan pinjaman pembelian rumah sendiri dengan kadar faedah yang sangat rendah. Malah, cara nak memohon juga dipermudahkan.

Dan banyak lagi sebenarnya kelebihan kerja kerajaan ini, itu sebab nak mendapatkan kerja kerajaan ini agak sukar ... malah semakin sukar di waktu lambakan pencari kerja sektor ini semakin meningkat dari tahun ke tahun.

Nak tahu lagi apa kelebihan kerja kerajaan ni? Boleh tengok di SINI.

Antara halangan untuk kerja kerajaan ini ada dua, yang paling kritikal - peperiksaan online dan juga temuduga. Dua kaedah ini digunapakai oleh pihak SPA untuk saring calon-calon berkelayakan bagi jawatan yang dipohon menerusi laman web SPA.

Guna kabel je .. sah-sah dah boleh dapat kerja kerajaan. Errr ye ke?

Faktor Gagal Dapatkan Kerja Kerajaan - Gagal Dalam Temuduga

Elakkan berfikiran seperti ini. Tiada jalan semudah itu untuk mendapatkan kerja dalam sektor kerajaan ini.
Kenapa ramai gagal temuduga kerja kerajaan
Tahukah anda, ramai calon yang terkandas akibat kegagalan semasa ditemuduga?
  • 90% peserta temuduga tidak bersedia atau sambil lewa menghadapi temuduga kerana tidak tahu apa yang perlu dilakukan sebelum menghadapinya.
  • Kekurangan pengetahuan dan pendedahan tentang teknik menghadiri temuduga salah satu sebab mengapa graduan universiti atau kolej gagal dalam temuduga.
  • Tidak bersedia dari segi komunikasi atau pertuturan adalah penyebab utama peserta temuduga hilang idea bercakap di depan panel.
  • Penampilan diri yang salah menyebabkan peserta temuduga gagal diterima.
  • Over Confident salah satu faktor utama kegagalan calon yang telah menghadiri temuduga.
Anda mungkin calon yang mempunyai resume serta pencapaian pendidikan tahap terbaik, tetapi ia bukan satu tiket untuk anda lulus dalam temuduga. Ramai yang terlalu yakin dengan keputusan peperiksaan dan pencapaian akademik ... walhal itu hanya salah satu kaedah pemilihan ... bila hadir temuduga .... calon itu GAGAL !!

Tak mahu gagal dalam sessi temuduga kerja kerajaan?

Jika tak mahu gagal, anda kena lihat balik mengapa dan kenapa anda gagal dalam setiap temuduga kerja kerajaan yang pernah anda hadir atau dipanggil.

Cuba baca panduan yang telah disediakan untuk calon-calon yang masih hadapi kesukaran nak dapatkan kerja dalam sektor kerajaan ini, boleh lihat dahulu dengan terus ke link berikut - Pakej Panduan Lulus Temuduga

Oh ya, kalau anda nak tahu.... saya pernah gunakan kabel untuk dapatkan kerja dalam sektor swasta .. tapi .. hmmm .... tak lepas juga, gagal ketika temuduga.

Temuduga

Nampak tak? Sebenarnya ada kabel ke .. tak ada kabel ke .. bukan penentu pun untuk mendapatkan kerja. Orang yang akan temuduga anda bukan orang yang 'berkabel' dengan anda. Nak kerja kerajaan, anda perlu persiapkan diri untuk WOW kan para penemuduga.

p.s: Dapatkan 3 ebook ini secara percuma - Temuduga PTD, Temuduga Juruaudit, Temuduga Separa Perubatan jika anda tempah Panduan Lulus Temuduga sebelum 21 April 2018.

6 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. saya dua kali dipanggil untuk memnghadiri temuduga..

    dua kali juga tidak datang kerana pada masa itu permohonan dibuat oleh isteri tanpa kerelaan saya.

    sekarang tidak juga menyesal sangat kerana kerja kerajaan hanya untuk mereka yang betul betul nak bekerja makan gaji..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tanpa kerelaan..hehe..nice lah bro..janji kita suka dgn apa yg kita buat..insyaAllah hasilnya pasti lebih nikmat

      Delete
  2. sekali je kena panggil SPA tapi tak dpt..

    ReplyDelete
  3. kabel dan kroni..perosak recruitment spa hehe..sekadar pandangan

    ReplyDelete
  4. Itulah yang saya sayang sangat kerja gomen ni, pernah terfikir nak berhenti, tapi gaji naik setiap tahun, walaupun bonus tak de. sekadar bayaran khas Rm500 je. Tapi bila difikir, selepas 20 thn kerja, kenaikkan gaji tahunan tu ada, dengan gaji pokok terkini campur semua elaun COLA dan cecah RM 6,382.22 sen, pangkat pun dah 3 kali naik. Rasa bersyukur sangat dapat kerja kerajaan.

    ReplyDelete
  5. HH, ada kabel, confirm masuk govt.
    Pengalaman depan mata hi hi hi...

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement