Tarikh penting Pilihanraya Umum ke 14 (PRU14) sudah diumumkan oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerusi FB rasmi SPR dan juga siaran lansung media elektronik seluruh Malaysia. Tarikh penting tersebut melibatkan tarikh penamaan calon, tarikh mengundi awal dan tarikh pengundian umum.

Pengumuman tarikh-tarikh penting untuk PRU14 itu dibuat oleh Pengerusi SPR Tan Sri Mohd Hashim Abdullah.

Tarikh Penting Pilihanraya Umum ke 14 (2018)

Tarikh Penting Pilihanraya Umum ke 14 (2018)

Berikut adalah tarikh penting yang telah diumumkan oleh SPR secara rasmi:
  • Tarikh Penamaan Calon: 28 April 2018
  • Tarikh Pengundian Awal: 5 Mei 2018
  • Tarikh PRU14: 9 Mei 2018
Hari pengundian bagi pilihan raya umum ke-14 ditetapkan pada 9 Mei iaitu jatuh pada hari Rabu, hari bekerja, manakala tarikh penamaan calon telah ditetapkan pada 28 April 2018. Untuk pengundian awal, pihak SPR telah menetapkan 5 Mei 2018 iaitu hari Sabtu.

Tempoh Berkempen PRU14

Pengumuman tersebut juga mengumumkan tempoh berkempen adalah selama 11 hari.

Ketika mengumumkan tarikh-tarikh itu, Pengerusi SPR Tan Sri Mohd Hashim Abdullah berkata seramai 14,940,624 juta rakyat Malaysia layak mengundi kali ini.

Pilihan Raya Umum ke 14 membabitkan 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Mohd Hashim membuat pengumuman itu pada pukul 12.15 tengah hari di ibu pejabat SPR di Putrajaya, yang disiarkan secara langsung oleh media utama Malaysia.

Berikut adalah kenyataan rasmi daripada pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai tarikh-tarikh penting PRU14 2018.
Sumber: FB SPR

3 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. SELAMAT mengundi.. pilih yang akan mendaulatkan Islam.. :)

    naimttbc
    http://pemudattbc.blogspot.com/2018/04/pru14-kembali.html

    BalasPadam
  2. ramai sungguh yang teruja nak mengundi dalam PRU14.

    sebab banyak isu yang ingin disampaikan oleh rakyat dalam sistem demokrasi

    BalasPadam
  3. selamat mengundi semua.. undilah calon yg terbaik

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement