Petua Serta Tips Mudah Hamil
Zuriat penting untuk kelansungan salasilah. Malah ia menjadi satu ibadah untuk meramaikan umat. Ramai yang berjaya mendapatkan zuriat selepas beberapa bulan menjadi suami isteri, namun ada yang belum sampai masa menerima anugerah terindah ini. Bila cepat dapat anak, ramai yang akan berkata "waaaa bunting pelamin yer"; tapi sebaliknya berlaku pada pasangan yang belum lagi 'berjaya' memperoleh zuriat.[post_ads]
Ada suami isteri yang lama kawin tapi still tak dapat anak; sehingga mereka jadi tension sebab selalu saja ditanya persoalan: "Bila nak tambah?" .... "Ada isi ke?" dan macam-macam lagi. Ia satu perkara yang sedikit sebanyak mengganggu emosi, dan boleh menjurus kepada perkara yang lebih serius, contohnya pertengkaran serta penceraian.
Bagi saya, berilah mereka ruang dan janganlah usik emosi mereka. Bagi yang tabah, ia bukan satu kesukaran; namun kepada sebahagian pasangan yang lain, ia menjadi satu hasrat atau cita-cita terpendam.
[Dah Baca?] Bahaya Ibu Hamil Mandi Kolam Air Panas
Saya ingin berkongsikan 4 tips di bawah yang boleh dijadikan ikhtiar untuk mudah mendapatkan anak.
4 Tips Memudahkan Kehamilan
Kita merancang Tuhan menentukan. Jadi, apa yang perlu ialah teruskan berikhtiar, setiap masalah mesti ada jalan penyelesaian. Jadi, dalam entri ini saya berikan 4 tips untuk memudahkan kehamilan.- Elakkan minum ais atau makan ubi kayu pada masa kedatangan haid disebabkan angin boleh memudaratkan.
- Jika mengikuti apa-apa program untuk mudah hamil yang dicadangkan pakar, cuba ikuti segala pantang larang yang diarahkan. Jika dibuat tanpa disiplin, ini akan mengakibatkan program untuk mudah hamil yang disertai langsung tak berkesan, malah mungkin tubuh badan akan merasai kesan ’side effect’ daripadanya
- Niat dan fokus untuk hamil, fikir secara positif, cuba elakkan stress sekurang-kurangnya sepanjang program mudah hamil.
- Elakkan makanan yg tajam seperti nenas, rebung, tapai, ubi kayu, tembikai, air kelapa dan tebu.
[Dah Baca?] Tips Dapat Anak Menerusi Buah Kurma dan Susu Kambing
Ingat tips diberikan tu. Usaha jangan berhenti ya .. semoga berjaya. In Sha Allah.
bagus tips ni. tq for sharing HH
ReplyDeletebagus info
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.