Statistik trafik atau hits blog ini keluar lagi. Kali ini, saya akan kongsikan jumlah trafik atau pageviews (PV) yang diterima untuk bulan April 2018. Secara amnya, blog ini telah menerima sebanyak 67,469 unique pageviews (UV) yang menyumbang kepada jumlah trafik keseluruhan untuk bulan April 2018 sebanyak 136,670 PV.

Blog Catat 67K Trafik Unik Pada April 2018

67K Unique Pageviews April 2018
Pemerolehan data berkaitan UV dan PV ini saya dapat menerusi Google Analytis untuk tempoh bermula dari 1 April sehingga 30 April 2018 (30 hari).

Trafik Jatuh Sehingga 40K

Jika dibandingkan dengan jumlah trafik pada bulan Mac 2018, ia menunjukkan penurunan yang agak ketara juga. Pada bulan Mac 2018, blog ini berjaya menerima jumlah PV sebanyak 180,091. Ada beza lebih kurang sebanyak 40,000 tu.

Ya, data menunjukkan jumlah trafik sudah menurun agak tinggi. Mana hilangnya 40K PV tu? Susah nak jawab ...

Apapun, mari tengok secara ringkas butiran lebih lanjut mengenai statistik blog ini untuk bulan April 2018.

Info Berkaitan Jumlah PV Bulan April 2018

Statistik blog April 2018
Statistik blog April 2018
Statistik blog April 2018
Daripada apa yang anda lihat di atas, boleh disimpulkan bahawa blog ini banyak menarik perhatian golongan wanita dalam lingkungan umur 25-34 tahun. Ini mungkin disebabkan kisah-kisah saya mengenai percutian keluarga, resepi dan beberapa tips berkaitan kekeluargaan seperti parenting dikongsikan secara konsisten.

Mungkin juga mereka tertarik nak dapatkan info tentang tempat shopping dan harga barang murah.
Statistik blog April 2018
Daripada apa direkodkan di atas ini, kebanyakkan pengunjung akan ambil masa sehingga 60 saat atau seminit untuk baca isi kandungan utama yang dikongsikan. Satu tempoh yang agak baik sebenarnya kalau nak paparkan iklan-iklan yang berkaitan .. hehe.


Kadar Bounce Rate Bawah 10%

Alhamdulillah, blog masih mengekalkan kadar bounce rate yang rendah. Ini bermaksud, ramai pembaca yang agak menggodek kandungan di dalam blog ini dari semasa ke semasa setiap kali mereka singgah. Itu sebab anda boleh lihat mengapa kadar PV boleh jadi berganda-ganda pasa setiap sesi kunjungan.

[Dah Baca?] Tips dan Trick Mendapatkan Kadar Bounce Rate Rendah

Orait.

Blog Sebagai Medium Promosi

Statistik ini saya kongsikan untuk berikan gambaran mengenai kekuatan blog ini dalam menyampaikan sesuatu info, yang mungkin berkaitan perniagaan, bisnes atau produk, malahan acara tertentu.

Saya positif, walaupun angka PV tidak begitu memberansangkan berbanding pada bulan-bulan sebelum ini, trafik yang dihasilkan adalah lebih tertumpu memandangkan hampir 60% traffik datangnya dari enjin carian Google.

Orang cari guna Google tentang sesuatu, dan mereka jumpa blog post saya. Aha .. :)

Jika berminat nak bekerjasama, boleh hubungi saya menerusi email: blogger.hasrulhassan@gmail.com atau editor@hasrulhassan.com atau boleh gunakan looket.me/hasrulhassan untuk terus bersembang secara online.

3 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. wow! syabas tuan.. strategi SEO memberi kesan. Semuanya dari kerajinan tuan menulis artikel.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Tapi tahun 2018 menampakkan juga peningkatan trafik untuk satu2 post tu disebabkan oleh viral di fb.

      Delete
  2. padu gila trafik blog ni. masyukk ni pasang innity

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement