9+ Perkara Hasil Mesyuarat Pertama Kabinet Pakatan Harapan
Anda dah tahu ke pasal 9 perkara yang terhasil dari mesyuarat pertama kabinet Pakatan Harapan?Saya akan kongsikan apa yang telah dibincangkan dalam mesyuarat tersebut ye.
- Mengenal pasti langkah bagi menangani hutang negara yang sudah mencecah RM1 trilion
- Memotong gaji jemaah Menteri sebanyak 10 peratus, berkuat kuasa serta-merta
- Mengkaji semula Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) dan bonus penjawat awam yang dijanjikan kerajaan terdahulu.
- Mengkaji semula beberapa projek mega
- Membubarkan Majlis Profesor Negara (MPN), Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP).
- Menamatkan kontrak pegawai lantikan politik
- Membubarkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan tanggungjawab dikembalikan kepada Kementerian Pengangkutan
- Mengekalkan harga bahan api untuk masa ini, dan GST berkadar Sifar mulai 1 Jun.
- Menyatakan tiada hasrat untuk membeli balik PROTON
- Akta Antiberita Tidak Benar 2018 akan dimansuhkan
Malah, kerajaan juga dalam mesyuarat kabinet pertama ini mencapai persetujuaan untuk meneliti semula gaji dan bayaran elaun pegawai kerajaan berpangkat tinggi. Malah, semua lantikan jawatan yang ada kaitan dengan politik dan kerajaan di dalam syarikat berkaitan kerajaan iaitu GLC akan dikaji semula.
Mesyuarat kabinet juga memaklumkan semua kontrak dan projek rundingan langsung akan disemak atau dimansuhkan. Antara perkara-perkara yang dikatakan sebagai hasil mesyuarat tu, mana satu yang menjadi perhatian anda sebagai seorang rakyat Malaysia yang telah mengundi pada PRU14 yang lalu? Aha .. ada yang menarik perhatian anda tak?
Gaji Jemaah Menteri Kena Potong 10%
Saya tertarik dengan perkara kedua, iaitu pemotongan gaji jemaah menteri sebanyak 10 peratus.Aha, ia satu tindakan yang sama dilakukan oleh Tun Mahathir sewaktu pertama kali menjawat jawatan Perdana Menteri Malaysia keempat. Cuma kali ini, pemotongan gaji tidak membabitkan pegawai-pegawai atasa dalam perkhidmatan awam atau kerajaan. Hanya menteri sahaja terlibat dengan pemotongan gaji sebanyak 10% ini.
Kalau betullah, ini bermakna gaji para menteri jauh lebih rendah dengan pegawai kerajaan berpangkat JUSA .. hehe.
KGT Kedua Pada 1 Jun 2018 Dibatalkan
Perkara kedua yang menjadi perhatian ialah berkaitan Kenaikan Gaji Tahunan (KGT). Saya baru je sembang dengan isteri saya berkaitan benda ni ketika menunggu waktu sahur semalam .. aha .. memang tak akan dapatkan kenaikan yang disebutkan tu.Sebab .. ianya adalah janji dalam manifesto Barisan Nasional jika berjaya kekal sebagai sebuah kerajaan Persekutuan. Tetapi, ianya tidak berlaku, maka secara logiknya, hal berkaitan KGT ini terbatallah.
Pun begitu, dengar khabar, pihak Cuepacs ada buat rayuan dan mohon agar KGT ini dilaksanakan seperti dinyatakan kerajaan sebelum ini iaitu pada 1 Jun 2018. Aha .. macam ada harapan je nih ..
Disebabkan KGT akan dinilai semula, dan lebih cenderung untuk dibatalkan, maka bersedihlah isteri saya .. hehe. Mungkin isteri saya dah buat bajet sendiri kot .. huhu.
Agensi Bersifat Politik Dibubarkan
Bubar SPAD. Bagus juga dibubarkan SPAD ini, sebab kalau ikutkan tugasnya lebih kurang apa yang dibuat oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Bila bubar nanti, maka tak adalah banyak lesen perlu dibayar oleh mereka yang bergiat dalam industri berkaitan pengangkutan ni.Siapa yang kerja sebagai pemandu teksi memang suka sangat SPAD dibubarkan oleh kerajaan Pakatan Harapan. Kenapa mereka suka? Hmm tu kena tanya mereka .. hehe .. atau boleh sahaja anda Google mengenainya.
Harga Petrol Tidak Diturunkan
Perkara lain yang menarik perhatian ialah soal harga petrol. Saya menjangkakan harga petrol akan turun sedikit untuk berikan lebih kelegaan kepada pengguna dan rakyat di Malaysia. Apatah lagi nak dekat dengan musim perayaan. Kalau harga petrol diturunkan .. lepas tu sejajar pula dengan kadar GST sifar, maka akan lebih banyak wang boleh ada dalam poket rakyat untuk berbelanja.[Baca] Harga Petrol Terkini Selepas Kerajaan Pakatan Harapan Dibentuk
Beli Balik Saham Proton
Err pasal beli balik Proton tu .. hmm walaupun Proton adalah jenama negara yang telah 'dimiliki' hampir separuh sahamnya oleh syarikat dari China, kerajaan menyerahkan kepada DRB Hicom untuk tentukan hala tujunya.Ia bukan lagi milik kerajaan, ia sebuah syarikat swasta dalam industri automotif dunia. Jadi, kabinet memutuskan untuk tidak ada campurtangan politik di dalam Proton, segalanya bergantung kepada apa yang Tan Sri Syed Mokhtar Bukhary dan Geely sebagai pemegang saham terbesar Proton.
Kesimpulan
Sebagai rakyat yang mahukan kebaikan menyeluruh untuk negara, saya harapkan barisan kabinet akan melaksanakan tanggungjawab dengan cemerlang dan membaiki apa jua kerosakan yang ada dalam pentadbiran negara. Dan pastilah, ia mesti tidak membebankan rakyat yang selama ini banyak merasa terhimpit.Sumber: BH Online dan Kosmo Online
Catat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.