Untungnya orang KL, boleh dapat bantuan berkaitan perumahan menerusi Program Baiti Jannati (Rumahku Syurgaku). Pernah dengar ke program ini? Aha ..  Program ini sebenarnya sudah hampir setahun dilaksanakan terutama di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Program Baiti Jannati Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur adalah merupakan satu inisiatif murni dikelolakan oleh Badan Amal Kasih Ibu Wilayah Persekutuan dengan kerjasama rapat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) selain beberapa syarikat swasta dan NGO lain.

Program Baiti Jannati (Rumahku Syurgaku) Untuk Warga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Program Rumahku Syurgaku Warga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Mana saya tahu mengenai progam ini? Aha ... sebenarnya, program Baiti Jannati ini pernah ditampilkan dalam berita TV. Siap dilaporkan secara bersiri lagi ... huhu.

Kalau anda ikuti blog saya sejak dari dulu, tentu biasa lihat saya kongsikan mengenai beberapa program berkaitan perumahan rakyat yang ada di Malaysia. Saya memang suka berkongsi info macam ni sebab ia boleh bantu ramai orang, terutama yang alami kesusahan nak mendapatkan rumah sendiri.

Aha, jika hidup di bandar misalnya Kuala Lumpur, kalau nak ada rumah sendiri memang cukup susah. Kalau ada pun, kehidupan seharian memang perit. Apatah lagi buat golongan yang dikategorikan sebagai miskin tegar bandar.

Ada banyak program yang nak bantu golongan miskin tegar dan asnaf di Kuala Lumpur ni, salah satunya seperti awal saya katakan tadi ialah Program Baiti Jannati bermaksud Rumahku Syurgaku.Miliki Rumah Sendiri Untuk Warga Kuala Lumpur Baiti Jannati
Objektif utama Program Baiti Jannati ini adalah untuk membantu golongan asnaf atau miskin tegar di bandar-bandar besar dalam Wilayah Persekutuan, termasuklah Kuala Lumpur. Sama ada nak percaya atau tidak, masih ramai lagi golongan miskin tegar di bandaraya Kuala Lumpur yang memerlukan bantuan dan perhatian ramai, terutama sekali dari aspek perumahan yang sempurna dan selesa.

Kisah Saya Bertemu Golongan Miskin Tegar KL

Ini kisah saya. Saya pernah bertemu dengan golongan miskin tegar yang tinggal di tengah bandaraya Kuala Lumpur ini. Ini kisah lama, tahun 2014.

Ramai yang datang ke Kuala Lumpur untuk mencari nafkah, kemudiannya menetap dan berkeluarga. Kebanyakkan mereka ini tidak mempunyai rumah sendiri. Mereka tinggal di Kuala Lumpur samada tinggal menumpang di rumah sanak-saudara atau menyewa di rumah-rumah yang kondisinya agak mendukacitakan.

Pernah seorang lelaki yang bekerja sebagai seorang guard di Muzium Negara memberitahu saya - dia tinggal menumpang di rumah kakak iparnya bersama isteri dan dua orang anak, akhirnya dek kerana tidak mampu nak berkongsi membayar sewa rumah, mereka dihalau keluar.

Sedih saya mendengar cerita lelaki tu, yang boleh dikatakan sebaya adik saya. Nak ditolong memang di luar kudrat dan keupayaan. Lagipun, saya cuma singgah lalu sahaja di bandaraya KL. Ditakdirkan Allah S.W.T bertemu lelaki tersebut di KL Sentral. Aduh .. rasa sayu betul bila ingat balik kisah diceritakan lelaki tu.

Sebak oo dalam hati. Dah-dah lagi lelaki tu beritahu, susah nak dapatkan bantuan dari pihak tertentu.

Ya, kehidupan di KL memang mencabar. Cabaran inilah yang terpaksa dilalui ramai golongan yang kurang berkemampuan, terutama miskin tegar.

Apa yang saya tu cuma sepotong kisah sahaja, ada banyak kisah lain yang lebih menyanyat hati. Kalau anda warga KL, patut sedar akan hal ini. Ramai yang nampak tersenyum bila kita menegur, tetapi ... :(

7 Fakta Menarik Program Baiti Jannati DBKL

Fakta Menarik Program Baiti Jannati D
Program Baiti Jannati, satu usaha murni dalam membantu golongan ini, terutama mereka yang tinggal di kawasan perumahan di bawah skim Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPR) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Okay, ramai ni tak tahu mengenai Baiti Jannati, meh saya kongsikan beberapa info dan fakta perlu tahu mengenai Program Baiti Jannati terutama di bawah inisiatif DBKL serta Badan Amal Kasih Ibu Wilayah Persekutuan.
  1. Ia merupakan program CSR (Corporate Social Responsibility). Jadi, dana diperoleh bukan dari sumber kewangan kerajaan, tetapi dari badan korporat. Contohnya, Tenaga Nasional Berhad (TNB), Celcom, Maju Holding dan sebagainya.
  2. Program ini motifnya adalah sebagai penyelesaian dalam membantu golongan miskin tegar bandar serta golongan asnaf memerlukan untuk 'hidup' di Kuala Lumpur. Namun, bukan semua layak untuk diberikan bantuan menerusi program ini, ada syarat serta saringan pemilihan. Nanti anda boleh tonton video yang telah saya sertakan. Kena tonton ye ....
  3. Hasrat DBKL adalah untuk meningkatkan kualiti hidup dengan menyediakan tempat tinggal yang selesa kepada golongan berpendapatan rendah, ibu tunggal, orang kurang upaya (OKU), golongan asnaf, fakir dan miskin di Wilayah Persekutuan. Hanya yang benar layak sahaja akan terpilih menerusi program ini.
  4. Program bukan sekadar memberi rumah baru kepada golongan miskin tegar di Kuala Lumpur, tetapi juga memastikan rumah itu selesa dan sesuai untuk keluarga tersebut. Ada penghuni di PPR diberikan bantuan seperti melengkapkan peralatan elektrik contohnya peti sejuk dan mesin basuh, dan juga menggantikan perabot yang rosak atau uzur.
  5. Awalnya program ini khas untuk yang beragama Islam hasil dari wang zakat, tetapi kini diperluaskan kepada masyarakat dari kaum dan agama lain. Jadi, tiada yang akan tertinggal dan terpinggir, asalkan lepasi tapisan dan syarat ditetapkan.
  6. Program ini juga libatkan pembaikan rumah uzur dan rosak bagi pemilik rumah PPR yang kurang berkemampuan serta asnaf yang layak. Banyak rumah golongan ini yang sudah menjadi daif dan ada yang menjadi sudah tidak sesuai untuk tinggal dengan selesa.
  7. Sebuah program yang membolehkan syarikat besar dan NGO menyumbang kepada golongan ini, samada menerusi bantuan kewangan, tenaga, khidmat dan juga idea. Ini menggerakkan masyarakat untuk sama-sama membantu golongan tidak bernasib baik ini dalam langkah menjadikan KL sebuah bandaraya yang bebas kemiskinan tegar.
Ya, ramai golongan miskin tegar bandar, yang bermasalah, daif dan kurang berkemampuan telah dibantu menerusi program ini. Itulah sebabnya saya ingin bawakan Program Baiti Jannati ini ke pengetahuan anda semua, khusus buat mereka yang tinggal di ibukota Kuala Lumpur.
Mungkin ada yang masih mushkil mengenai Baiti Jannati DBKL ini. Orait, meh sama-sama tonton video di bawah ini untuk lebih tahu mengenai program Baiti Jannati. Biar faham lebih jelas lagi.



Ada yang tertanya, golongan asnaf yang bagaimana terpilih untuk program Baiti Jannati DBKL ini? Miskin tegar bandar yang seperti mana?

Video di bawah akan tunjukkan, dan beri pemahaman tentang golongan yang bagaimana dibantu oleh DBKL menerusi program ini. Aha .. turut dipaparkan adalah apa yang sebenarnya dilakukan menerusi Program Baiti Jannati ini ....



Syukur ... alhamdulillah, seronok tengok keluarga tu kan (dalam video) dapat rumah hak milik sendiri, dan paling best .. semua perabot rumah diganti, terus tukar '360 darjah' gitu ....semuanya baru.

Kena Beri Pujian, Dan Disokong

Apa yang telah dilakukan oleh DBKL ini memang wajar dipuji dan patut disokong semua. Siapa lagi nak bantu penduduk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ini jika bukan dari pihak berwajib seperti DBKL ni ... ye tak?

Selalunya ramai dok fikir DBKL kaki saman-saman kereta parking, kaki saman peniaga .... walhal ada perkara baik dilakukan oleh DBKL tak ramai yang ringan jari nak kongsi dan hebahkan pada yang lain.

Serius. Ramai tak tahu lagi mengenai Program Baiti Jannati dibuat DBKL serta Badan Amal Kasih Ibu Wilayah Persekutuan ni. Kalau sudi, anda share-lah artikel yang saya tulis ni ye .. semoga ramai terutama warga KL tahu mengenainya. Manalah tahu, ringan jari anda akan meringankan beban golongan yang memerlukan.

Biar golongan ini tahu, ada pihak yang prihatin mengenai masalah mereka menjadi warga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang tersempit dengan arus pembangunan yang semakin merancak dan pada masa sama menekan kehidupan seharian mereka.

28 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Saya pn baru tahu pasal baiti jannah ni

    BalasPadam
  2. Betul, masih ramai yang tak tahu pasal program ini. Perlu hebahkan supaya mereka yang layak akan menerima manfaat drp program ini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. In Sha Allah .. ramai rakan blogger yang telah bantu untuk lebih awareness ttg program baiti jannati ni.

      Padam
  3. alhamdulillah prihatin pada golongan yang memerlukan ... syabas DBKL!

    BalasPadam
  4. Alhamdulilah nasib mereka terbela.. Tapi kalau xde pendedahan sebegini.. Iris mmg x tau ape ade program cmni.. Terima kasih atas perkongsiannye

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, sama-sama ... harap ramai lagi akan share perkara-perkara baik begini.

      Padam
  5. rezeki orang KL.. alhamdulillah dpt kurangkan bebanan hidup diorang..

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah... Semoga program sebegini meringankan bebaban mereka yang memerlukan.
    Program gini harus diteruskan di masa akan datang.

    BalasPadam
  7. alhamdulilah sekurangnya merngembirakan mereka golongan asnaf ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak mampu nak bantu secara terus, kita bantu sebar-tahu akan perkara ini ...

      Padam
  8. Semoga program seperti ini membantu ramai golongan yang memerlukan ;)

    BalasPadam
  9. kita pun tumpang happy bila nampak golongan yg memerlukan ni dibantu ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. bayangkan kalau kita ini adalah mereka. Pasti akan rasa syukur sangat-sangat. Oranglain cuma tahu melihat dan senyum .. tapi tak melakukan apa-apa .. huhu

      Padam
  10. Bagusnya usaha DBKL utk membantu golongan asnaf ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Usaha murni DBKL yang seharusnya menjadi ikutan pihak berwajib lain.

      Padam
  11. bertuahnya jadi Warga WP..bukan senang nak dapat bantuan yang macam nih.

    BalasPadam
  12. Inisiatif terbaik kerajan pada golongan yang tak berkemampuan

    BalasPadam
  13. Usaha murni Kementerian Wilayah Persekutuan perlu diteruskan demi kesejahteraan orang ramai.

    BalasPadam
  14. diharap dpt membantu orang yg memerlukan di KL tu

    #hebatkannegaraku

    BalasPadam
  15. bagus HH war-warkan program macam ni..kadang ramai yg tak tahu ada bantuan utk mereka yg memerlukan tapi ada tak hebahan..so bila sharing macam ni, at least ada sedara-mara mereka yg berkongsi & dpt tolong..

    BalasPadam
  16. bagusnya usaha ni, dapatlah memberi hidup yang lebih selesa kepada yang kurang berkemampuan

    BalasPadam
  17. Tengok gambar pun sebak. Saya tahu perasaan miskin tegar :( Moga program Baiti Jannati ini diperluaskan.

    BalasPadam
  18. Semoga program ini dapat diperluaskan ke serata hospital

    BalasPadam
  19. Program sebegini sangat bermakna bagi yang memerlukan

    BalasPadam
  20. peluang yang bagus ni, ye la kan, nak beli rmah zaman sekarang pun susah juga.

    BalasPadam
  21. Mula2 pon sy ingat ntk kaum melayu je,. Tapi bagusla diperluaskan ntk semua kaum. At least program ni dapat mengurangkan gelandangan. Dpt menaikkan imej malaysia.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement