Ramai yang terkujat-kujat bila ditanya banyak mana jumlah yang dikatakan satu trillion tu? Apatah lagi bila ada laporan akhbar yang memetik pendedahan Tun Mahathir, Perdana Menteri Malaysia ketujuh yang mengatakan bahawa jumlah hutang negara menghampiri RM1 Trillion.

Wahoooo ... banyak tau 1 trillion tu. Untuk pengetahuan anda, jumlah hutang negara sebanyak itu bukan satu yang mustahil berlaku. Malah, pernah ada laporan sekitar tahun 2012 yang mengatakan negara maju seperti Amerika Syarikat mempunyai hutang negara sebanyak USD1 Trillion.

Banyak Mana Yang Dimaksudkan Dengan 1 Trillion?

Banyak Mana 1 Trillion? Ok
Mungkin ada yang tak tahu, banyak manakah nilainya satu trillion itu. Jadi, saya nak kongsikan sedikit info fakta hangat ini kepada anda untuk lebih nampak berapakah yang dimaksudkan dengan 1 trillion ini.

1 trillion? Uhh banyak mana tu ehhh? Kita gunakan matawang USD la yer ..

Penerangan Nilai Satu Trillion

Ok, kalau sesapa nak tahu $USD1 trillion bersamaan dengan $USD1,000 billion atau $1,000,000,000,000 (ada 12 angka sifar) ... errr banyak tu kan. Aha ... tu dari segi angka, belum lagi dilambakkan jumlah fizikal duit sebanyak itu depan mata, maunya menggunung kot.

Banyak.. memang besar jumlah 1 trillion ni. Pening oo nak kira kalau guna sempoa...haha.

Jika Belanja Satu Trillion Dollar...

Banyak mana sebenarnya $1 trillion ini? Katakan anda membelanjakan $1 setiap saat, anda akan membelanja 1 juta USD dalam masa 12 hari. Dengan kadar yang sama, ia akan mengambil masa selama 32 tahun untuk membelanjakan 1 juta USD.

Ini bermakna anda perlukan lebih daripada 31,000 tahun untuk belanjakan satu trillion USD. Bagaimana kalau dalam Ringgit Malaysia? Tentu ia akan jadi lebih daripada itu ..

Sekarang anda nampak tak banyak mana yang dikatakan satu trillion itu dalam bentuk wang (dalam kes ini, saya gunakan USD).

Infografik Menunjukkan Nilai 1 Trillion

Mari saya tunjukkan dalam bentuk infografik ye ..
Banyak Mana 1 Trillion?

Jadi, ia satu nilai yang sangat sangat besar ... lebih besar dari billion, juta ...

Apabila Perdana Menteri mengatakan hutang negara ada hampir 1 trillion, ia bukan perkara yang kecil, ia satu yang sangat serius untuk diambil perhatian semua rakyat Malaysia.

5 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Tak dapat dibayangkan angka 1 trillion itu jauh sekali berurusan dengan angka trillion.. Jumlah yang sangat merisaukan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sungguh sangat merisaukan yah Lz , Sungguh Sedih , hidup dinegri paman Sam cuma jadi satpam , setiap tgl 1 , selalu bokek. Mau beli motor aja mesti nabung , tadi baru aja nonton acara H Paris yg bekas kfc penghasilan trillion. Apa ngak salah , maka aku gg.Gue pikir ,sambil mikir , yah tetap bingung , Gue beneran sampe pusing ,sampe ngitungin berapa bayak ayam mati , Jika satu triluun bisa beli berapa ayam yah. :)

      Delete
  2. fuh..

    nak rasai wang sejuta pun belum

    inikan Trillion..

    ReplyDelete
  3. nak kecimpung dlm politik plak ke blog ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masyuk ooo ...Cyber troopers leh dpt ribu ribu hanya tulis satu artikel.

      Skrang nak tulis biasa biasa org dh tak baca dah. Komen pun dah malas, tryla tgk post lain. Bila engagement kurang, adsense pun sedikit je.

      Delete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement