Beg Tangan Hermes Seakan Bungkusan Nasi Lemak Daun Pisang
Mungkin ada yang tak tahu, lebih setahun yang lalu (2016), rekaan beg tangan Hermes seperti bungkusan Nasi Lemak ini telah menjadi viral atau tular di twitter. Gambar rekaan beg Hermes seakan daun pisang ini dijumpai secara tidak sengaja oleh seorang pengguna Twitter sebelum ianya kemudian menjadi viral, selain menjadi bahan lawak ketika itu.Ya, memang rekaan beg Hermes yang biasanya berharga mahal nampak seperti bungkusan Nasi Lemak. Cubalah tengok gambar di bawah ..
Menurut satu laporan portal fesyen luar negara, beg tangan Hermes yang menyerupai bungkusan Nasi Lemak itu disekalikan dengan rasa tekstur seperti tekstur daun pisang! Aha .. daun pisang kan ke menjadi bahan utama untuk bungkus Nasi Lemak yang popular di Malaysia. Aha ... wow ..satu lagi kehebatan beg buatan tangan Hermes yang tak ada pada mana-mana jenama lain.
Sebenarnya koleksi rekaan Hermes yang menyerupai bungkusan Nasi Lemak ini adalah hasil kreativiti Jean-Paul. Beliau ialah seorang pereka fesyen terkenal dunia dan banyak menghasilkan rekaan untuk beg tangan Hermes.
Koleksi beg tangan Hermes yang nampaknya seperti mengambil budaya Asia sebagai inspirasi ini merupakan koleksi rekaan pada tahun 2010.
Jika dilihat pada gambar-gambar di bawah ni, koleksi Jean Paul bukan setakat beg Hermes yang nampak seperti bungkusan Nasi Lemak, tetapi kelihatan bermacam-macam jenis daun lain juga yang dijadikan sebagai sumber inspirasi.
Ada yang nampak seperti daun kelapa, dan juga daun pandan. Memang cantik!
Sumber: THR Gegar
Post a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.