Alhamdulillah. Menjadi.
Cara Setting Jam Tangan Digital
Sebenarnya saya menyedari akan silap jam tangan tersebut bila nak daftarkan anak saya yang kecil nama Maira ke Tadika Islam Perak. Begini ...."Yuran berapa Ustazah?" tanya saya.
"Dalam RM180" jawab ustazah.
Saya buka dompet. Alamak .. ada RM100 je, tak cukup lagi RM80.
"Ustazah, saya bayar dahulu RM100 ye" kata saya.
"Baiklah ..."
Ustazah pun mencari buku resit untuk menulis resit jumlah pembayaran yuran Tadika Islam Perak. Sambil menulis nama ... dan kemudian butiran, dia bertanya tanpa memandang saya.
"Tarikh hari ni baper lak dah?"
Dengan melihat jam Everlast yang masih berbau kotak Zalora, saya pun sebut .....
"28 hb dua .."
"Ehhh ye ke? ... 27 rasanya .. Isnin kan?" kata ustazah.
Saya pun buka telefon .... alamak ... salah la pula ....
Dari peristiwa tersebut, saya pun dapat tahu bahawa setting pada jam digital saya tu silap. Ia perlu diperbetulkan sebelum nanti peristiwa di atas tidak berlaku lagi.
Maka, kalau anda tak tahu bagaimana nak setting jam tangan digital anda, bolehlah rujuk pada gambarajah disediakan di bawah ini.
Saya lupa sumber saya dapat ni, tapi panduan ini daripada sebuah fail pdf. Itu sebab tak boleh nak ubah bahasa yang ada. Agak-agak tak faham... sila guna kamus anda ehhh ...
Moga panduan cara nak setting jam tangan digital ini boleh dimanfaatkan sebaiknya untuk mereka yang mencari tu .. err macam saya .. haha.
Alhamdulillah ... terima kasih atas perkongsian . Jom visit blog kami https://www.ketamkecil.com/5-cara-kuatkan-imun-anak-anak-elakkan-balik-balik-kena-p-klinik/
ReplyDeleteHehe tak pernah baiki, biasa masa beli tu sahaja penjual tetapkan terus masa dan tarikh. 😍
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.