Anda tahu cara nak menyediakan Teh Tarik yang sihat tak? Aha ... saya fikir ramai yang pentingkan kesihatan pasti teringin nak tahu bagaimana nak membuat teh tarik sihat ni. Secara amnya, bila sebut pasal teh tarik sihat, ia pastilah tidak terlalu manis dan tidak menggunakan krimer susu pekat manis yang mengandungi terlalu banyak gula.

Tips dan Resepi Menyediakan Teh Tarik Sihat Tanpa Guna Susu Pekat Manis

Baru-baru ini, saya telah hadirkan diri ke Sambutan Bulan Pemakanan peringkat negeri Perak 2018 yang diadakan di Bagan Serai, Perak. Di situ, saya telah belajar dan dapat tahu resepi cara menyediakan teh tarik secara sihat dari pakar diet Kementerian Kesihatan.
Cara Sediakan Teh Tarik Sihat
Cara nak sediakan teh tarik sihat ni tak jauh beza pun dengan penyediaan teh tarik biasa yang menjadi kesukaan ramai rakyat Malaysia. Cuma yang berlainan adalah dari segi penggunaan gula dan jenis susu yang menjadi bahan utama menyediakan teh tarik yang sedap.

Bahan-Bahan & Cara Penyediaan Teh Tarik Sihat

Tips, Resepi atau Cara Sediakan Teh Tarik Sihat Guna Susu Rendah Lemak
Ok. Meh lihat apa bahan-bahan untuk hasilkan atau menyediakan Teh Tarik Sihat ini.
  • Teh uncang - 1 uncang
  • Susu rendah lemak 150 ml
  • Gula 1 sudu teh (5g)

Aha .. itu je. Cara nak menyediakan, sama je dengan cara penyediaan minuman yang lain. Boleh lihat gambar di bawah untuk lebih pencerahan terutama dari segi kandungan gula dan juga kalori, dibandingkan dengan teh tarik di kedai-kedai mamak mahupun restoran makanan yang lain.
Tips, Resepi atau Cara Sediakan Teh Tarik Sihat
Tips, Resepi atau Cara Sediakan Teh Tarik Sihat
Saya dah rasa teh tarik sihat ni, hmm memang sedap...walaupun rasanya tidak sesama dengan teh tarik yang menggunakan susu pekat manis yang tinggi kandungan kalori/gula.....huhu.

Anda bolehlah gunakan panduan cara penyediaan teh tarik sihat ini seperti ditunjukkan di atas tu, terutama untuk hidangan di bulan puasa di mana ia waktu paling sesuai untuk perbetulkan diet kita ke arah yang lebih sihat.

Teh Tarik Tanpa Guna Susu Pekat Manis

Saya suka nak sarankan cara penyediaan teh tarik sihat ini kepada semua memandangkan saya merupakan pesakit diabetes. Aha .. jangan jadi seperti saya, bila dah terkena penyakit .. baru nak berubah diet dan cari menu sihat.
Tips, Resepi atau Cara Sediakan Teh Tarik Sihat

Terima kasih kepada Unit Pemakanan PKD Batang Padang dan Muallim kerana membenarkan saya berkongsi resepi cara menyediakan teh tarik sihat guna susu rendah lemak ini.

Moga dapat dimanfaatkan.

2 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. sukatan gula tu yg sangat tepat. tapi itulah kita rakyat malaysia dah terlebih gula sudah ni. hehehee

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement