Malah, pihak Kementerian Kewangan juga telah mengeluarkan satu siaran media khas mengenai GST ini di laman Facebook rasmi mereka.
GST Sah Dimansuhkan - Kata Perdana Menteri Tun Mahathir dan Tan Sri Zeti
Pemansuhan GST telah disahkan oleh Perdana Menteri ke 7, Tun Dr Mahathir Mohammad dan juga Tan Sri Zeti Akhtar Aziz yang menjadi salah seorang ahli Majlis Penasihat Kerajaan, memetik sumber-sumber tersebut.Ini satu berita yang memang dinantikan oleh ramai rakyat Malaysia, kerana mereka merasakan terbeban dengan adanya GST ini sejak ianya diperkenalkan oleh kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak pada 1 April 2015. Ramai yang percaya, adanya GST telah mengakibatkan banyak harga barangan termasuklah barangan keperluan naik. Begitu juga dengan produk-produk berkaitan servis dan perkhidmatan.
Dengan pengesahan dan penegasan oleh Tun Mahathir serta Tan Sri Zeti Akhtar Aziz mengenai pemansuhan GST adalah muktamad, saya fikir ia akan melegakan rasa gelisah, gundah, serta kerisauan sesetengah dari kita yang berfikir kemungkinan GST ini akan dipertimbangkan oleh kerajaan baharu.
Keputusan untuk memansuhkan adalah muktamad dan usaha sedang dilakukan untuk merealisasikannya,” kata bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) yang merupakan antara lima ahli Majlis Penasihat Kerajaan, memetik Kosmo Online.
Dan menurut Perdana Menteri, Tun Mahathir, seperti dilaporkan Sinar Harian, beliau telah pun mengarahkan kerajaan agar GST tidak lagi dikutip.
"Kita akan bayar balik kepada mereka yang membuat tuntutan..... Kerajaan sebelum dah pungut lebih daripada yang dibayar dalam cukai GST," katanya dalam satu sidang media di Kuala Lumpur.
GST Pada Kadar Sifar Mulai 1 Jun 2018
Manakala, dalam satu kenyataan lain memetik dari Bernama dan juga FB Rasmi Kementerian Kewangan telah menetapkan bekalan barang dan perkhidmatan yang dibuat di dalam Malaysia serta barang dan perkhidmatan yang diimport akan dikenakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada kadar sifar, berkuat kuasa mulai 1 Jun ini.Dalam pentadbiran kerajaan Barisan Nasional sebelum ini, GST mula dikuatkuasakan dalam negara mulai 1 April, 2015 pada kadar standard enam peratus.
Dalam satu kenyataan hari ini, Kementeran Kewangan berkata langkah pengenaan GST pada kadar sifar ini berkuat kuasa mulai 1 Jun 2018 dan terpakai di seluruh negara sehingga dimaklumkan kelak.
Siaran Media Mengenai GST oleh Kementerian Kewangan Malaysia
Untuk penjelasan lanjut, sila hubungi Jabatan Kastam Diraja Malaysia di talian 1 300 88 8500 atau 03-7806 7200 (Pusat Panggilan Kastam).Tepati Janji Dalam Manifesto Pakatan Harapan
Salah satu daripada janji atau kandungan manifesto kerajaan Pakatan Harapan adalah untuk memansuhkan GST. Ia juga adalah antara 10 janji dalam 100 hari yang akan dilaksanakan oleh kerajaan Pakatan Harapan setelah memenangi PRU14.Rakyat sedang menanti agar segala janji ditunaikan oleh Kerajaan Pakatan Harapan, dengan harapan agar hari-hari mendatang akan menjadi lebih baik untuk semua, baik dari segi pembangunan ekonomi, sosial, dan juga masalah-masalah lain yang telah lama ditanggung.
Kita sebagai rakyat boleh mendoakan agar usaha murni untuk membantu kehidupan rakyat masakini dan masa akan datang akan terlaksana dengan jaya. Jangan hanya sekadar berjanji dan menulis manisfesto semata untuk pilihan raya. :)
nice sharing
ReplyDeleteTerima kasih, ramai perlu tahu fakta ini .. hehe
Deletealhamdulillah kalau betul 1 jun GST dimansuhkan ,,senang sikit
ReplyDeleteMoh sama-sama doa semoga ia akan benar-benar terlaksana. Hanya Allah S.W.T Maha Merancang segala sesuatu.
DeleteInsyaallah lepasni ni kita dapat kurangkan kadar kemiskinan. Hapuskan gst n trunkn harga barang baru semua dapat rasa. Ni bagi brim wujud gst taraaa guna maaa . Jom lawati blog kami https://www.ketamkecil.com/7-makanan-pesakit-endometriosis-untuk-kurangkan-sakit-setiap-bulan/
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.