Bahang politik di Malaysia ini tak pernah reda. Hatta selepas berakhirnya Pilihan Raya, ia masih menjadi antara topik bualan paling popular, terutama oleh golongan yang terbabit secara langsung di dalam arena politik Malaysia.
Saya bukanlah pakar atau ahli nak sembang lelebih mengenai politik ni. Saya tak berapa pandai. Saya cuma tahu setiap kali Pilihan Raya, saya akan pergi mengundi. Tak tahulah ada di antara pembaca blog saya ini seorang yang arif pasal politik.
Sistem Politik Dalam Islam
Cuma, ketika dalam minggu-minggu bahang Pilihan Raya ke 14 yang lalu... saya sempatlah baca mengenai sistem politik dalam Islam ni. Walaupun pembacaan saya sekadar ringkas, namun banyak juga point penting yang diperoleh.Lagipun, dalam group whats App saya ... ada je rakan-rakan yang hebat berdebat mengenai sistem politik Islam ini. Salah seorang daripadanya merupakan ahli aktif Hizbrut Tahrir, yang sehingga kini masih disenarai-hitam oleh pihak kerajaan untuk masuk ke negeri Sabah/Sarawak.
Uhh ... hehe. Jangan risau, sahabat saya tu bukan seorang terrorist. Malah, dia seorang yang berhati baik dan sentiasa meraikan kelainan pendapat daripada rakan-rakan lain.
Baiklah.
Sekadar nak berkongsi mengenai sistem politik Islam yang ramai masih lagi kurang pengetahuan mengenainya, al-maklumlah ia bukan salah satu silabus penting diajar dalam kurikulum sekolah. Jika ada pun, ianya tidak ditekankan sangat. Melainkan .. anda belajar di peringkat lebih tinggi di universiti diiktiraf.
Pengertian Politik Menurut Islam
Politik adalah 'ilmu pemerintahan' atau 'ilmu siyasah', iaitu 'ilmu tata negara'. Pengertian dan konsep politik atau siasah dalam Islam sangat berbeza dengan pengertian dan konsep yang digunakan oleh orang yang bukan Islam. Ia sangat berbeza kerana politik Islam bersandarkan kepada tauhid.Politik dalam Islam menjuruskan kegiatan ummah kepada usaha untuk mendukung dan melaksanakan syari'at Allah melalui sistem kenegaraan dan pemerintahan. la bertujuan untuk menyimpulkan segala sudut Islam yang syumul melalui satu institusi yang mempunyai sahsiah untuk menerajui dan melaksanakan undang undang.
Dan undang-undang ini pula mestilah berpaksikan apa yang telah terkandung di dalam Al Quran dan hadith sahih; serta diperakui oleh para ilmuwan serta sarjana Islam dalam bidang politik.
Pengertian mengenai politik menurut Islam ini bertepatan dengan firman Allah S.W.T yang bermaksud:
"Dan katakanlah: Ya Tuhan ku, masukkanlah aku dengan cara yang baik dan keluarkanlah aku dengan cara yang baik dan berikanlah kepadaku daripada sisi Mu kekuasaan yang menolong." (AI Isra': 80)
Di atas landasan inilah para ulama menyatakan bahawa:
"Allah menghapuskan sesuatu perkara melalui kekuasaan negara apa yang tidak dihapuskanNya melaui al Qur'an"
Asas asas Sistem Politik Islam
Asas asas sistem politik Islam ialah:Hakimiyyah Ilahiyyah - Hakimiyyah atau memberikan kuasa pengadilan dan kedaulatan hukum tertinggi dalam sistem politik Islam hanyalah hak mutlak Allah. Tidak mungkin ianya menjadi milik sesiapa pun selain Allah S.W.T dan tidak ada sesiapa pun yang memiliki suatu bahagian daripadanya.
Firman Allah yang bermaksud:
"Dan tidak ada sekutu bagi Nya dalam kekuasaanNya." (Al Furqan: 2)
Dan lagi ...
"BagiNya segala puji di dunia dan di akhirat dan bagiNya segala penentuan (hukum) dan kepadaNya kamu dikembalikan." (A1 Qasas: 70)
Dan lagi ...
"Menetapkan hukum itu hanyalah hak Allah." (A1 An'am: 57)
Mungkin apa yang disebutkan di atas itu agak berat untuk difahami. Baik .. cuba hadam sekali lagi dalam ayat-ayat di bawah.
Hakimiyyah Ilahiyyah membawa pengertian pengertian yang berikut:
- Bahawasanya Allah adalah Pemelihara alam semesta yang pada hakikatnya adalah Tuhan yang menjadi Pemelihara manusia, dan tidak ada jalan lain bagi manusia kecuali patuh dan tunduk kepada sifat IlahiyyahNya Yang Maha Esa.
- Bahawasanya hak untuk menghakimi dan mengadili tidak dimiliki oleh sesiapa kecuali Allah. Oleh kerana itu, manusia wajib taat kepadaNya dan beribadat kepadaNya
- Bahawasanya hanya Allah S.W.T sahaja yang memiliki hak mengeluarkan hukum sebab Dialah satu-satunya Maha Pencipta.
- Bahawasanya hanya Allah sahaja yang memiliki hak mengeluarkan segala peraturan, sebab Dialah satu-satunya merupakan Pemilik.
- Bahawasanya hukum Allah S.W.T adalah sesuatu yang benar sebab hanya Dia sahaja Yang Mengetahui hakikat segala sesuatu, dan di tangan Nyalah sahaja penentuan hidayah dan penentuan jalan yang selamat dan lurus.
Hakimiyyah Ilahiyyah membawa erti bahawa teras utama kepada sistem politik Islam ialah tauhid kepada Allah S.W.T di segi rububiyyah dan uluhiyyahNya.
Tauhid ar-Rububiyyah bermakna beritiqad bahawa Allah S.W.T bersifat Esa, Pencipta, Pemelihara dan Tuan sekelian alam. Tauhid al-Uluhiyyah pula bermakna menjadikan Allah S.W.T sahaja sebagai sembahan yang sentiasa dipatuhi.
Risalah
Jalan kehidupan para rasul diiktiraf oleh Islam sebagai sunan al huda atau jalan-jalan hidayah. Jalan kehidupan mereka berlandaskan kepada segala wahyu yang diturunkan daripada Allah S.W.T untuk diri mereka dan juga untuk umat umat mereka.Para rasul sendiri yang menyampaikan hukum-hukum Allah S.W.T dan syariat syariatNya kepada manusia.
Risalah bererti bahawa kerasulan beberapa orang lelaki di kalangan manusia sejak Nabi Adam A.S hingga kepada Nabi Muhammad S.A.W adalah satu asas yang penting dalam sistem politik Islam.
Melalui landasan risalah inilah maka para rasul mewakili kekuasaan tertinggi Allah di dalam bidang perundangan dalam kehidupan manusia. Para rasul menyampaikan, mentafsir dan menterjemahkan segala wahyu Allah dengan ucapan dan perbuatan mereka.
Dalam sistem politik Islam, Allah S.W.T telah memerintahkan agar manusia menerima segala perintah dan larangan Rasulullah S.A.W. Manusia diwajibkan tunduk kepada perintah-perintah Rasulullah S.A.W dan tidak mengambil selain daripada Rasulullah S.A.W untuk menjadi hakim dalam segala perselisihan yang terjadi di antara mereka.
Firman Allah yang bermaksud:
"Apa yang diperintahkan Rasul kepadamu, maka terimalah dan apa yang dilarangnya bagi kamu, maka tinggatkanlah." (Al Hasyr: 7)
"Dan Kami tidak mengutus seorang Rasul melainkan untuk dita'ati dengan seizin Allah." (An Nisa': 64)
"Dan barangsiapa yang menentang Rasul setelah jelas kebenaran baginya, dan mengikuti jalan yang bukan jalan orang orang mu'min, akan Kami biarkan mereka bergelimang daiam kesesatan yang telah mereka datangi, dan Kami masukkan ia ke dalam jahannam dan jahannam itu adalah seburuk buruk tempat kembali." (An Nisa: 115)
"Maka demi Tuhanmu, mereka pada hakikatnya tidak beriman hingga mereka menjadikan kamu hakim terhadap perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa dalam hati mereka sesuatu keberatan terhadap keputusan yang kamu berikan, dan mereka menerima dengan sepenuhnya." (An Nisa': 65)
Khalifah
Khalifah bererti perwakilan. Dengan pengertian ini, ia bermaksud bahawa kedudukan manusia di atas muka bumi ialah sebagai wakil Allah S.W.T.Ini juga bermaksud bahawa di atas kekuasaan yang telah diamanahkan oleh Allah S.W.T, maka manusia dikehendaki melaksanakan undang-undang Allah dalam batas-batas yang ditetapkan. Di atas landasan ini, maka manusia bukanlah penguasa atau pemilik, tetapi ia hanyalah khalifah atau wakil Allah S.W.T yang menjadi Pemilik yang sebenarnya.
Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
"Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: "Sesungguhnya Aku akan menjadikan seorang khalifah di muka bumi... " (Al Baqarah: 30)
"Kemudian Kami jadikan kamu khalifah khalifah di muka bumi sesudah mereka supaya Kami memperhatikan bagaimana kamu berbuat." (Yunus: 14)
Seseorang khalifah hanya menjadi khalifah yang sah selama mana ia benar-benar mengikuti hukum-hukum Allah. Oleh itu khalifah sebagai asas ketiga dalam sistem politik Islam menuntut agar tugas tersebut dipegang oleh orang orang yang memenuhi syarat-syarat berikut:
- Mereka mestilah terdiri daripada orang orang yang benar benar menerima dan mendukung prinsip-prinsip tanggungjawab yang terangkum di dalam pengertian khilafah.
- Mereka tidak terdiri daripada orang orang zalim, fasiq, fajir dan lalai terhadap Allah serta bertindak melanggar batas batas yang ditetapkan oleh Nya
- Mereka mestilah terdiri daripada orang orang yang berilmu, berakal sihat, memiliki kecerdasan, kearifan serta kemampuan intelek dan fizikal.
- Mereka mestilah terdiri daripada orang orang yang amanah sehingga dapat dipikulkan tanggungjawab kepada mereka dengan aman dan tanpa keraguan
Dalam sejarah politik Islam, antara tokoh hebat yang dilantik menjadi khalifah adalah Saidina Umar Al Khatab. Beliau adalah sahabat Nabi Muhammad S.A.W yang menjadi antara contoh terbaik pemimpin Islam yang mendokong sistem politik Islam dalam pemerintahan sehingga ke akhir hayatnya.
Dalam satu pidatonya, Saidina Umar A.S berkata..
Hai orang banyak semuanya
Aku diangkat mengepalai kalian
Dan aku bukanlah yang terbaik diantara kalian
Jika aku membuat kebaikan
Maka dukunglah aku
Jika aku membuat kejelekan
Maka luruskanlah aku
Kebenaran itu suatu amanat
Dan kebohongan itu suatu khianat
Yang terlemah diantara kalian aku anggap yang terkuat sampai aku mengambil dan memulangkan haknya.
Yang terkuat diantara kalian aku anggap yang terlemah sampai aku mengambil hak si lemah dari tangannya.
Janganlah seorangpun diantara kalian meninggalkan jihad
Kaum yang meninggalkan jihad akan ditimpakan kehinaan oleh Allah
Patuhilah aku selama aku mematuhi Allah dan Rasul-Nya.
Bila aku mendurhakai Allah dan Rasul-Nya tidak ada kewajiban patuh kepadaku
Kini marilah kita melakukan sholat
Semoga Allah melimpahkan rahmat kepada kalian
Sumber: Forum
p.s: Entri ini agak berat untuk dihadam, tapi saya suka dibuat kongsi supaya ada tahu sedikit sebanyak mengenainya.
Post a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.