Bila dah masuk bulan Ramadan, rasa macam semakin galak pula iklan Nasi Nasi McDonald's keluar di kaca TV. Uhh ... cara promosinya yang memperlihatkan pelanggan menikmati Nasi Nasi McDonald's tu memang menggoda betul. Allahu Akbar.
Puasa - Jangan Mudah Tertewas Dengan Nasi Ayam McDonald's
Saya bukan nak bercerita soal Nasi McDonald's ini. Jauh sekali untuk buat review ... hahaha. Lagipun, saya memang tak tahu bagaimana rasanya nasi berlauk ayam goreng keluaran syarikat terkenal ini .. al maklumlah, di tempat saya tak ada McDonald's lagi ... yang ada cuma KFC dan Pizza Hut sahaja. Itupun dah jarang-jarang makan.Apa yang saya nak kongsikan ialah, tentang cabaran dan dugaan untuk mereka yang berpuasa di bulan Ramadan, yang mungkin mudah tertewas hanya kerana iklan Nasi McDonald's ini. Kalau mereka yang berkeluarga, tentu tahu bagaimana nak berdepan dengan anak-anak yang belum baligh, yang meronta mahu makan Nasi McDonald's di bulan Ramadan, pada siang hari.
Tetapi ada golongan yang dalam senyap-senyap menjadikan menu Nasi McDonald's ini untuk tidak berpuasa. Allahu Akbar. Hanya dengan alasan ... mereka tidak larat, atau tak berkemampuan berpuasa disebabkan tidak sempat bersahur sebelum subuh menjelma.
Orait.
Saya nak kongsikan satu kisah benar, diceritakan dan dikongsikan oleh sahabat saya yang juga merupakan seorang pemandu Grab di ibukota Kuala Lumpur.
Kisah Benar Dua Beradik Gigih Berpuasa Tanpa Sahur
Meh baca ... dikongsikan oleh saudara Ahmad Sobri Mansor.Selesai Zohor di Cyberjaya. Saja on Grab.
Sambil-sambil tengok baki komisen yang ada. Masuk 1 booking. Ambil di SK Cyberjaya. Hantar ke Puchong Perdana.
Tengah kalut pusing stereng, ada orang telefon. Pakai handfree. Jadi pemandu berhemah sikit.
"Encik Sobri. Saya yang booking Grab tadi. Untuk anak saya 2 orang. Mintak hantar ke rumah. Saya dekat KL. Tak sempat nak ambik. Minta tolong ye."
Macam kena leter pula. Laju betul.
"Ok kak, roger."
Sampai depan pintu pagar sekolah, nampak dua orang budak dah sedia menunggu. Sorang lelaki dan sorang perempuan. Tangan pegang handphone. Tengok no plat kereta ini. Terus mereka lambai. Masuk dalam kereta. Masuk gear. Jalan terus.
Dalam perjalanan, saja ajak mereka ini berbual.
"Mana satu abang, mana satu kakak ni?"
"Saya abang. Ini adik saya".
3 Hari Tak Kesempatan Bersahur
Saya sambung lagi."Abang nampak letih saja hari ni?"
"Ye uncle. Tak bangun sahur. 3 hari dah."
Terbeliak kejap mata. Kesian anak-anak ini.
Adik dah lena awal. Mungkin penangan aircond. Juga letih berpuasa. Abang saja yang masih melihat keluar. Macam menunggu panggilan. Dilihat telefon berulangkali. Tepat tekaan. Bunyi telefon. Terus si abang angkat. Loudspeaker.
Dikejutkan adik yang baru nak lena tidur.
"Ibu balik lambat tau. Nanti sampai rumah, abang dengan adik berbuka sendiri ye. Ibu dah mintak tolong acik Man sebelah belikan lauk dan nasi."
"Nanti Ibu balik pukul berapa?" Pantas si adik tanya soalan. Dalam mamai.
"Tak janji sayang. Lambat lagi hari ni."
Entah macam mana, si abang bersuara.
"Ibu, abang tak larat sangat dah. Adik pun sama. Dah sampai rumah nanti kitorang nak berbuka boleh tak?"
Terus dileter kedua-dua anak ini.
Tidak mendapat keizinan. Membuatkan si abang dan adik nampak sangat kecewa. Masih lagi loudspeaker. Leteran ibu masih tak berhenti. Abang matikan telefon.
"Adik ok tak?"
Diam. Tak bercakap apa-apa. Kecewa. Perhatikan saja. Paling kesian adik. Mulut dah nampak pucat. Mengelepek lemah. Abang membantu kuatkan semangat adik. Minta tahan puasa. Setengah hari saja lagi. Tabah hati abang dan tanggungjawab dengan adik seorang.
Sampai depan balai pengawal di apartment mereka ini tinggal, si abang keluarkan duit. Bayar. Ambil separuh tambang saja. Separuh lagi saya suruh simpan.
Turun dari kereta, abang tolong angkatkan beg adik. Berjalan kaki masuk dalam bangunan rumah. Hilang dari pandangan.
Tuhan bagi petunjuk dan pedoman lagi petang ini.
3 hari anak-anak ini tidak bangun sahur tapi gigih dan bertahan lapar untuk belajar nikmat Ramadan. Kita yang dewasa, sudah beristeri dan ada anak, terlepas sahur terkadang tewas hanya dengan melihat iklan Nasi Ayam McD.
Allahu...
Terusik Jiwa Baca Kisah Puasa Ini ..
Dah baca? Sedih tak? Hati saya sedikit terusik dengan cerita dikongsikan oleh sahabat saya yang saya kenal kerana menulis blog. Pernah bertemu sekali di Putrajaya. Orangnya kacak dan banyak tips untuk jana income tambahan menerusi aplikasi Grabcar dan juga Uber.
Apa yang diceritakan oleh saudara Sobri ni adalah realiti kehidupan kebanyakkan keluarga yang hidup mencari rezeki di ibukota. Anak-anak terpaksa berdikari.
Tak Sahur - Bukan Alasan Untuk Tidak Berpuasa
Kesiankan anak-anak ini satu hal, tetapi kegigihan anak-anak ini juga satu hal. Allahu Akbar, walaupun mereka diduga dan terpaksa hadapi cabaran hebat di usia kecil dalam bulan Ramadan, mereka tidak mudah tertewas berbanding sesetengah dari kita yang kononnya tak tertahan kerana tidak bersahur.Andai anak-anak ini boleh menghargai nikmat dan kelebihan berpuasa di bulan Ramadan, mengapa tidak kita? Terlepas sahur bukan disengajakan tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak meneruskan puasa yang wajib untuk setiap umat Islam.
Anak-anak kecil boleh bertahan lapar dan dahaga, tanpa bersahur .. mengapa tidak kita yang sudah baligh, bijak berfikir dan sudah lama diajar dan difahamkan akan rukun Islam ini?
Oh ya, pada sesiapa yang tak tahu mana satu iklan tentang Nasi McDonald's tu .. nah boleh tonton di bawah .. tapi awas, pastikan anda tidak mudah tertewas dek kerana menonton Nasi McDonald's Ayam ini. Tonton dengan risiko sendiri.
p.s: Kisah ini adalah pesanan untuk diri saya dan buat semua pembaca agar tidak mensia-siakan peluang berpuasa di bulan Ramadan Al-mubarak.
tersentuh juga baca kisah adik beradik tu mula2.. nasi mcD ni lah yang ada org tu nyanyi2 nak buat buka. nampak gayangya mmg kena beli ni
BalasPadambelum try lagi
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.