Kewajipan menunaikan zakat fitrah adalah salah satu daripada lima rukun Islam yang wajib dilaksanakan dengan sempurna. Sebaik sahaja masuk bulan Ramadan atau bulan puasa, maka kewajipan mengeluarkan zakat fitrah tertakluk buat semua individu yang beragama Islam.

Kita boleh mengeluarkan zakat fitrah seawal masuknya malam Ramadan pertama hinggalah sebelum solat sunat Hari Raya Aidil Fitri. Kalau ikutkan kepada syariat, waktu yang paling elok adalah sebelum solat Hari Raya Aidil Fitri, namun dikhuatiri nanti ada yang terlupa, seperti mana pernah berlaku kepada diri saya satu waktu dahulu.

Kadar Zakat Fitrah 2018 Untuk Semua Negeri Dalam Malaysia

Kadar Zakat Fitrah 2018 Untuk Semua Negeri Dalam Malaysia

Mungkin saya perlu kongsi kembali mengenai fakta penting mengenai pengeluaran zakat fitrah ini, yang wajib dilakukan di dalam bulan Ramadan.

Zakat dari segi bahasa bermaksud menyucikan dan membersihkan diri, manakala dari segi istilah bermaksud mengeluarkan sebahagian harta pada kadar tertentu kepada golongan asnaf yang memerlukan mengikut ketetapan syariat Islam.

Zakat fitrah pula adalah zakat individu yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan Muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.

Apa Hukum Zakat Fitrah?

Sekarang mari lihat dari segi hukum siapa yang sebenarnya diwajibkan oleh syarak agar wajib menunaikan zakat fitrah ini.

Hukum zakat fitrah adalah wajib ke atas umat Islam (tidak kira hamba atau merdeka, lelaki atau perempuan, kecil atau besar) yang memenuhi syarat-syarat yang berikut:
  1. Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya berbanding keperluan tanggungannya (berkemampuan) pada malam dan pagi Aidilfitri
  2. Hidup/lahir sebelum matahari jatuh dan kekal hidup selepas terbenam matahari pada dari terakhir bulan Ramadan (malam 1 Syawal)
  3. Kekal/memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadan dan berkekalan Islamnya
  4. Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadan (sempat bertemu akhir Ramadhan dan pertama Syawal)

Zakat fitrah dikeluarkan oleh ketua keluarga untuk dirinya dan juga tanggungannya (suami keluarkan zakat fitrah untuk dirinya, isteri, anak-anak, ibubapa dan sesiapa sahaja di bawah tanggungannya).

Buat wanita yang bekerja dan bujang, adalah lebih baik mengeluarkan zakat fitrah untuk dirinya, atas sebab dia mampu.

Bagaimana Kadar Zakat Fitrah Ditentukan?

Cara zakat fitrah ditentukan di Malaysia

Sebelum anda membayar zakat fitrah, adalah lebih elok anda tahu mengenai cara bagaimana zakat fitrah ini ditentukan.

"Ambillah zakat dari sebahagian harta mereka, dengan zakat itu kamu membersihkan dan mensucikan mereka dan berdoalah untuk mereka" (At-Taubah: 103)

Kadar zakat fitrah adalah bersamaan satu gantang Baghdad bersamaan dengan 2.7 kg makanan ruji di negara tersebut. Di Malaysia, beras dijadikan sebagai kiraan atau senilai dengannya.

Sepertimana tahun-tahun sebelum ini, kadar zakat fitrah 2018 bagi negeri-negeri di Malaysia adalah ditentukan oleh Majlis Agama Negeri masing-masing, kerana tanggungjawab mengutip dan mengagihkan zakat adalah di bawah bidang kuasa Majlis Agama Negeri.

Oleh itu, untuk mengetahui kadar zakat fitrah terkini dan lebih tepat,  seharusnya kita merujuk dengan Majlis Agama Negeri di negeri-negeri masing-masing. Lebih baik jika dirujuk kepada negeri tempat kita bekerja atau bermastautin.

Untuk memudahkan anda semua, saya lampirkan kadar zakat fitrah untuk tahun 2018 seluruh Malaysia sebagai panduan:
Kadar Zakat Fitrah 2018 Untuk Semua Negeri Dalam Malaysia
Seeloknya, zakat disalurkan melalui amil yang diiktiraf oleh Pusat Zakat Negeri walaupun tidak ada larangan oleh mana-mana 4 imam mazhab bagi mereka yang ingin membayar fitrah terus kepada penerima tanpa melalui amil.

Namun, melalui amil kita dapat mewujudkan sistem zakat yang lebih sistematik dan adil. Maka, samalah halnya dengan zakat fitrah ini. Adalah lebih baik kita gunakan amil yang telah dilantik oleh Majlis Agama Negeri dalam menyempurnakan ibadah wajib ini.

"Dan apa yang kamu berikan berupa zakat yang kamu maksudkan untuk mencapai keridhaan Allah, maka (yang berbuat demikian) itulah orang-orang yang melipat gandakan (pahalanya)" - (Ar-Rum: 39)

Apapun, sayugia saya ingin nyatakan, paling penting kita hendaklah sempurnakan kewajipan membayar zakat fitrah ini sebaiknya, dan janganlah sehingga terlewat. Mengeluarkan zakat fitrah juga adalah salah satu jalan keberkatan untuk keluarga kita .. in Sha Allah.


6 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Replies
    1. Terima kasih. Moga ia dapat dimanfaatkan oleh semua umat Islam.

      Delete
  2. Pahang.
    RM7
    taun ni masih bayar sendiri lagi. :)

    ReplyDelete
  3. Alhamdulilah, Suami dah selesai tunaikan tanggungjawabnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, cepat ditunaikan, dapat elak daripada terlupa.

      Delete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement