Makanan Yang Boleh dan Tidak Boleh Dijual di Kantin Sekolah
Secara amnya, saya tahulah juga sikit-sikit pasal jenis-jenis makanan yang boleh dan tidak boleh dijual di kantin sekolah ni, sebab perkara ini pernah jadi viral sedikit masa dahulu. Yelah, ia libatkan banyak pihak termasuklah pengusaha kantin.Tapi, sebagai ibu bapa yang mahukan yang terbaik untuk anak-anak, pastilah tak suka kalau makanan-makanan yang kurang sihat dijual di dalam sekolah. Jika semua tempat boleh jual makanan yang tak berapa nak bagus untuk anak-anak ini, jadi bagaimana nak sedarkan anak-anak mengenai pemakanan sihat?
Buatlah kempen sejuta kali untuk beri kesedaran makanan sihat tetapi akses kepada makanan yang tak berikan apa-apa faedah ini boleh diakses mudah oleh anak-anak kita dalam pagar sekolah .. ater camner? Sia-sia usaha murni mereka yang prihatin.
Makanan Yang Tidak Boleh Dijual di Kantin Sekolah
Ok, meh tengok secara am apakah makanan yang tidak boleh dan yang dibolehkan dijual di kantin sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.Makanan Boleh Dijual di Kantin Sekolah
Jadi? Dah nampak kan? Daripada senarai tidak boleh dijual tu, memang semuanya tu tak berapa bagus untuk anak-anak. Kena ingat ye, anak-anak ke sekolah untuk belajar .. jika makanan disediakan di kantin sekolah itu tidak begitu bagus untuk perkembangan otak .. bagaimana nak harapkan anak-anak peroleh kecemerlangan di sekolah.Kalau boleh, andai ibu bapa rajin dan ada waktu .. usahalah untuk sediakan sarapan atau bekal buat anak-anak ke sekolah. Pastikan ia bagus untuk kecerdasan, kecergasan dan minda mereka. Ada banyak makanan semulajadi yang bagus untuk perkembangan otak anak-anak .. maka gunakan sebaiknya.
Dan sebenarnya ada banyak je kategori dan jenis makanan yang dibenarkan dijual di kantin sekolah - andai ada pengusaha sekolah yang merasakan tersekat nak mencari rezeki dek kerana larangan ini.
Jadilah peniaga yang bertanggungjawab sikit. Anggap anak-anak tu sebagai anak sendiri dan anda mahu mereka dapatkan pemakanan sihat terbaik ...
Tak susah pun. In Sha Allah, ia akan dipermudahkan.
Kesimpulan - 11 Kategori Makanan Yang Dilarang Jual di Kantin Sekolah
Secara ringkas, jenis makanan yang tidak boleh dijual di kantin sekolah adalah seperti berikut:- Makanan yang diproses atau terproses seperti bebola ikan, kek ikan, nugget, sosej, daging burger dan seumpamanya - Makanan ini ada kandungan garam dan lemak yang tinggi. Sangat tidak baik kerana boleh mendedahkan anak-anak kepada risiko tekanan darah tinggi di awal usia; selain berisiko obesiti.
- Gula-gula dan coklat yang kesemuanya mempunyai kandungan gula yang sangat tinggi. Ia berisiko kepada anak-anak untuk menghadapi masalah karies gigi, masalah berat badan selain terdedah kepada risiko diabetes.
- Makanan berkrim serta yang bersalut gula secara berlebihan.
- Minuman tenaga isotonik, berkarbonat dan juga jus buah komersil.
- Makanan ringan seperti keropok, kerepek, asam, jeruk dan seumpamanya.
- Minuman berkafein seperti teh dan kopi. Minuman seperti ini tidak sesuai untuk proses pembelajaran anak-anak di sekolah.
- Produk mee, bihun atau kue-teow segera - 2-minit siap masak.
- Minuman dibancuh menggunakan kordial, tiga-dalam-satu (3-in-1), serbuk dan whipping cream.
- Produk kofeksi ais dan aiskrim.
- Makanan lewati tarikh luput, iaitu yang melanggar Akta Peraturan Makanan 1985.
- Makanan berupa mainan atau disertakan dengan mainan tertentu.
Larangan dilihat untuk mengelakkan anak-anak ini dari mengambil makanan dan minuman yang tinggi gula, garam serta lemak.
Sebagai ibu bapa tentulah tak mahu lihat anak berada dalam kategori obesiti, dan paling teruk dikesan bermasalah dengan penyakit kencing manis dan juga masalah tekanan darah tinggi... kan kan?
Buat pihak kantin sekolah, saya harap apa yang disarankan oleh pihak berwajib ini mendapat kerjasama yang sebaiknya. Ini untuk anak-anak - masa depan kita semua. Fikirkan andai masalah-masalah teruk yang bakal berlaku pada anak-anak disebabkan abainya kita, terhadap corak dan jenis pemakanan mereka ambil menerusi kantin sekolah.
Raikan usaha ini. Selesai di sekolah, pastikan anak-anak berada di rumah mendapat makanan berkhasiat terbaik. In Sha Allah.
Di sekolah ptg anak cikla mmg ada dijual mkn ringan. Ais krim pun ada. Rasanya ibu bpa dh buat aduan ttg ni, tp nampaknya takde apa2 tindakan. Still berjualan jugak mereka yg berkenaan. Bdk2 apa kisah, mmg dh jd mknn kgemaran mereka kan...
ReplyDeletedi sekolah banyak je jual makanan tak berkhasiat. keropok lekor, hotdog, dll. makanan sebijik style pasar malam. di koperasi pulak jual jajan dan air dlm tin. hhaha
ReplyDeleteKalau x nak bagi kantin jual, kena pastikan x ada pihak selain kantin yg menjual.mmang ikut dalam surat jerjanjian sewa kantin, kantin diberi hak eksklusif utk menjual makanan di sekolah.malangnya ramai org termasuk guru x peduli pasal perjanjian tu.segala jenis makanan ada di sekolah
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.