Pelanggan merupakan unsur penting dalam setiap perniagaan. Kini, lebih banyak perniagaan dihubungkan bersama pelanggan mereka setiap hari dengan bantuan internet dan salah satu cara paling biasa digunakan untuk mencari perniagaan dengan percuma adalah menerusi Google.

Sama ada para pelanggan sedang membuat carian di search atau maps, penyenaraian Google akan muncul pada masa yang sesuai apabila mereka ingin membuat keputusan secara aktif.

Manfaatkan Fungsi Google My Business

Google My Business
Mencari pelanggan adalah proses yang kadang-kala amat rumit dan memakan masa, tetapi dengan penyenaraian percuma di Google My Business (GMB), ia bukan lagi masalah.

Dengan ciri Penerangan Tersuai (Custom Descriptions) di penyenaraian Google, para pemilik perniagaan kini boleh memberitahu sebab mengapa perniagaan mereka sesuai untuk pelanggan sasaran.

Sebelum ini, GMB memberikan para pemilik perniagaan kebebasan membuat penyenaraian supaya menjadi bermaklumat, berguna dan sentiasa dikemaskini dengan tepat.

Kini, mereka juga boleh menulis penerangan perniagaan mereka dalam bahasa dan gaya mereka sendiri dan menonjolkan secara unik perniagaan mereka dalam semua aspek.

Kongsi sejarah perniagaan dengan pelanggan

Manfaatkan Google My Business Perniagaan Anda
Pemilik perniagaan kini boleh berkongsi bagaimana perniagaan mereka bermula, memberikan butiran mengenai syarikat mereka atau memberitahu pelanggan sasaran mereka tentang produk jualan unik perniagaan atau apa-apa sahaja yang membezakan mereka daripada pesaing perniagaan mereka yang lain.

Penerangan tambahan akan muncul pada penyenaraian dalam bahagian ‘Daripada Pemilik’, jadi pelanggan anda akan tahu bahawa penerangan tersebut datang terus daripada seorang pemilik perniagaan.
    
GMB juga menyediakan penerangan perniagaan yang telah disesuaikan untuk anda dengan cepat dan mudah. Hanya log ke dalam akaun Google perniagaan, klik untuk menyunting penyenaraian anda dan pilih untuk diterbitkan. Di situ anda boleh menerangkan perniagaan anda dalam 750 perkataan; dan
akan muncul sebelum pilihan diberikan kepada bakal pelanggan untuk membaca mengenai secara lebih lanjut.

Mendekati Pelanggan Baru dan Lama

Selain penerangan tersuai tadi, anda juga boleh menarik para pelanggan dengan berkongsi kemas kini bersama mereka menggunakan Terbitan Tempatan (Local Posts). Dengan Terbitan Tempatan, anda boleh berkongsi kemas kini yang relevan dan sesuai pada masanya seperti berita, acara istimewa, tawaran di Google Search dan Maps untuk membantu perniagaan anda menonjol kepada bakal pelanggan.

Selain itu, dengan menyertakan panggilan tindakan tersuai pada penyenaraian perniagaan anda, anda boleh memilih bagaimana untuk berhubung dengan pelanggan.

Aha..sesuatu yang agak menarik bukan?

Di samping itu, anda juga boleh membuat laman web yang mudah dan cantik bagi perniagaan dalam beberapa minit. Bukan sahaja ia sangat mudah disediakan, ia juga didatangkan dengan ciri-ciri hebat yang direka untuk menarik lebih banyak pelanggan kepada perniagaan anda dan tersedia untuk pengiklanan dengan paparan di peranti mudah alih, kemas kini automatik, pengurusan mudah alih dan banyak lagi.

[Dah Tahu?] Cara Teercepat Terpantas Untuk Pelanggan Temui Bisnes Anda di Internet

GMB bantu peniaga

GMB mengumpulkan semua cara Google yang dapat membantu perniagaan anda berkembang pesat di satu tempat.

Jadi? Kenapa anda sebagai pemilik perniagaan tidak menggunakan servis percuma ini yang disediakan oleh Google?

Antara perkara yang boleh anda lakukan menerusi Google My Business secara percuma:

  • Kemas kini maklumat perniagaan di Google Search dan Google Maps dari satu tempat
  • Tambah gambar yang menarik dan lawatan maya perniagaan untuk membantu pelanggan melihat apa yang menjadikan perniagaan anda unik
  • Dekati pelanggan secara langsung dengan berkongsi berita, acara dan kemas kini penting lain
  • Ketahui ulasan-ulasan tentang perniagaan dari seluruh web dan membalas ulasan yang dibuat di Google
  • Fahami cara pelanggan melihat dan berinteraksi dengan perniagaan anda menggunakan pandangan tersuai dan integrasi dengan AdWords Express
  • Urus maklumat anda di mana-mana sahaja dengan aplikasi Android dan iOS Google My Business. 
  • Boleh diakses melalui papan pemuka perniagaan yang ringkas dan mudah untuk akses di Google Search.

Google Search Pemudah Cara

Hanya cari perniagaan anda di Google Search dan mulakan suntingan.

Jika anda belum lagi menggunakan Google My Business, daftar sekarang dan mula berkongsi segalanya yang menarik tentang perniagaan anda kerana misi Google adalah untuk mengorganisasikan informasi dunia dan membuatnya dapat diakses dan digunakan secara universal.

Melalui produk dan platform seperti Search, Maps, Gmail, Android, Google Play, Chrome dan YouTube, Google memainkan peranan yang bermakna dalam kehidupan harian berbilion orang dan telah menjadi salah satu syarikat paling terkenal di dunia.

Namun, seandainya anda mahu cara paling cepat perniagaan, bisnes mahupun produk anda dikenali menerusi Google, belajarlah cara menggunakan Google Adword.
Google adalah anak syarikat Alphabet Inc.

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement