Mat Dan dan Nadifa Adnan Terima Cahayamata Pertama - Seorang Bayi Lelaki
Alhamdulillah. Tentu seronok sekali pasangan Kareef Danial (Mat Dan) dan Nadifa Adnan kerana dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat. Mat Dan juga memberitahu menerusi instagramnya yang isteri dan anak berada di dalam keadaan sihat.Bayi lelaki sulong pasangan ini dilahirkan pada jam 6:43 petang 5 Mei 2018.
Dalam catatan yang sama, jejaka kelahiran Bristol, England itu turut mengucapkan terima kasih kepada doktor dan jururawat Salam Specialist Hospital dan juga Pusrawi KL yang banyak membantu melancarkan proses kelahiran bayi itu.
Sekali lagi tahniah pada Mat Dan dan Nadifa Adnan atas kelahiran bayi sulong mereka.
[Dah Baca?] Siapa Mat Dan? Ketahui 13 Fakta Mengenai Lelaki Kelahiran Bristol Fasih Berbahasa Terengganu
Seronok kan dapat baby ... hmm alhamdulillah, di usia saya dah jangkau 40 tahun lebih pun dapat merasa menimang baby baru pada awal tahun lepas (2017). Anugerah Allah S.W.T. Tiada siapa menjangkakan apa perancangan yang telah Allah S.W.Y sediakan.
Moga pasangan ini, Kareef Danial dan juga Nadifa Adnan akan menjadi pasangan ibu bapa yang terbaik. Semoga kehadiran 'orang baru' ini akan terus mengukuhkan hubungan kekeluargaan dan ikatan kasih sayang sesama mereka. Amin.
Sumber: Instagram Kareef Danial
Alhamdulillah. Tahniah. 😊
ReplyDeleteMesti comel baby pasangan ni kan ...
DeleteTahniah Matdan dan pasangan . Semoga anak yg dilahirkan mnjadi anak yg soleh dan berguna. Jom jana pendapatan bersama di sini : https://www.ketamkecil.com/mulakan-bisnes-modal-rendah-elak-kerugian-banyak/
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.